Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Thursday, January 31

Terus Bersemangat!!

ASSALAMUALAIKUM WBT

سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: " مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ: {إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ} [البقرة: 156] ، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ، وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا "، قَالَتْ: فَلَمَّا تُوُفِّيَ أَبُو سَلَمَةَ، قُلْتُ: كَمَا أَمَرَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَخْلَفَ اللهُ لِي خَيْرًا مِنْهُ، رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

"Aku mendengar Rasulullah S.A.W berkata, tidaklah bagi seorang hamba yang ditimpa suatu musibah lalu menyebut (Innalillah wa inna ilaihi rojiun..sesungguhnya dari Allah kami datang, dan kepadaNya jua kami kembali, Ya Allah ganjarilah aku dengan sedikit ganjaran dari musibah ini, dan gantikan bagi ku suatu yang lebih baik darinya) melainkan Allah akan menganjarinya pada musibah tersebut dan menggantikan baginya suatu yang lebih baik" Lalu Ummu Salamah berkata : Sejurus selepas kematian Abu Salamah (suami Ummu Salamah) sebagaimana Rasulullah mengajarkanku doa tersebut, memang Allah menggantikan bagiku seorang yang lagi baik, dan beliau merupakan Rasulullah S.A.W

Walaupun agak perlahan langkah untuk teruskan kehidupan namun kehidupan masih perlu diteruskan. Dan mungkin tidak sama seperti "NAM" yang lama, namun "NAM" yang baru ini sudah jauh berbeza dengan dahulu dan hatinya sedangnya di tarbiah oleh Allah SWT.

Teringat kata-kata seorang sahabat nam. "Ibu dan ayah tinggalkan nam di dunia untuk menanti nam di syurga. Jadi nam kena berusaha untuk "mengembirakan" Allah SWT supaya nam dapat kembali ke syurga untuk bertemu ayah dan ibu."  Nam hanya tersenyum kelat mendengar kata-kata itu namun sebaliknya fikiran sedang menghadam kata-kata yang ada benarnya. Nam sepatutnya kembali bersemangat dan bersyukur kepada Allah SWT kerna Allah SWT menguji nam di kalangan berjuta-juta hambaNya yang lain. 
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Di sisi nam ada "amanah" yang ibu dan ayah tinggalkan. "Amanah" yang bakal meneruskan zuriat keturunan daripada ibu dan ayah. Yang bakal ibu dan ayah banggakan di akhirat kelak. InsyaAllah. Semoga Allah SWT memudahkan nam menjaga "amanah' yang ada di sisi nam sebaiknya. Ameen ya Allah... Nam kena bersemangat kerna ada "amanah" yang ditinggalkan untuk nam. Doakan nam terus tabah dan sabar dalam perjalanan yang penuh dengan ujian ini... :(

p/s: doakan Allah SWT permudahkan urusan "pembinaan mahligai nam di syurga" yang sedang nam usahakan. Semoga Allah SWT mudahkan nam.. Ameen Ya Allah..









Friday, January 25

Rindu

ASSALAMUALAIKUM WBT

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But i never realised it
And now it’s too late
Forgive me

Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you


25/01/2013, sudah 2 bulan seminggu ibu pergi menghadap Illahi. Semakin kuat rasanya rindu ini. 
Rindu untuk menatap wajahmu, 
Rindu untuk bergurau denganmu, 
Rindu untuk tidur di sisi mu,
Rindu untuk di suap oleh mu, 
Rindu untuk makan masakanmu, 
Rindu untuk mendengar leteranmu,
dan Rindu untuk terus khidmat padamu wahai ibu

Selalu rasanya menziarah pusara ibu dan ayah. Bila melihat pusara ibu dan ayah rasa seperti mimpi kerna ditinggal pergi oleh mereka berdua. Rasa terlalu "kecil" untuk merasai perasaan ini. Namun ini adalah takdir Illahi. Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Hebat sungguh perpisahan ini, kerna ia meragut hampir keseluruhan kegembiraan yang ada. Meragut wajah ceria yang pernah menghiasi wajah anak-anakmu. Namun perpisahan ini akan berlaku juga walaupun sekuat mana kami menghalang. Kerna Allah SWT lebih mengkehendakkan diri mu ibu berada di samping Nya di syurga sana.

Terkesan di benak hati apabila terlihat si anak dan ibu mereka berjalan dan bermesra di depan mata. Aduhai. Bergenang airmata kerna cemburu dengan mereka. Masih punya ibubapa untuk terus menagih kasih dan manja. 


Sekarang hilanglah satu keberkatan dalam hidup kami di sisi Allah SWT iaitu DOA SEORANG IBU. Sekarang tiada lagi yang akan doakan kami seperti ibu doakan kami. Ohh ibu.. :'(.. Tiada lagi yang mendoakan kejayaan dan kegembiraan kami seperti mu wahai ibu. Ibu.. dirimu tiada pengganti... 


perasaan sedih ini akan berkurang tapi ia tidak hilang.
Doakan kami tabah dalam meneruskan pelayaran, rasa
perlukan sedikit semangat dari Allah SWT untuk teruskan 
melangkah.  Langkah sumbang tapi masih boleh terus berjalan.
Semoga Allah SWT tunjukkan jalan kepada kami. Ameen ya Allah.
Semoga Allah SWT tempatkan kedua ibubapaku di kalangan insan
yang beriman di sisiNya. Al-Fatihah.


p/s: menulis disaat hati sangat bergolak dengan kesedihan. menulis tanpa isi.. maafkan saya pada yang membaca. :'(