Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Friday, January 24

Dia Sudah Berhijrah


Pejam celik, pejam celik akhirnya sudah masuk ke tahun baru 2014.  Sudah 14 tahun ayahanda dan hampir 2 tahun ibunda pergi menghadap Ilahi. Baru semalam rasanya lahir ke dunia ini kerna masa sangat cepat berlalu. 


Ibu Ayah....

Saya bukanlah anak yang terbaik buatmu. Tetapi insyaAllah akan saya usahakan untuk mendorong permata hatimu untuk menjadi seorang yang berguna pada agama. Semoga Allah SWT mudahkan semuanya.

Ibu Ayah...

Bukan saya tidak mahu menjadi kebanggaanmu tetapi saya banyak kelemahan yang tidak diperlihatkan padamu dan semua. Tetapi ibu ayah insyaAllah akan saya usahakan si dia menjadi kebangganmu di sana. Semoga Allah SWT mudahkan semuanya.

Ibu Ayah..

Mesti ibu ayah sedang tersenyum bahagia kerna seorang permatamu sedang membuat langkah pertama untuk agamanya dan agama semua. Semoga Allah SWT mudahkan perjalanannya.

Ibu Ayah..

Saya tiada hadiah hebat untuk dihadiahkan kepada ibu ayah berdua. Tetapi insyaAllah saya akan usahakan pemata hati kalian menghadiahkan sesuatu yang berharga untuk ibu ayah. Semoga Allah SWT mudahkan semua.


p/s: sudah seminggu adik kat indonesia. semoga Allah mudahkan semuanya.. ameen ya Allah.. rindu, sunyi dan sepi kat rumah sebab tiada teman bergaduh.. :'(