Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Thursday, March 29

"Wall" Saya

ASSALAMUALAIKUM WBT


facebook ini macam rumah kita
atau kadang-kadang macam bilik kita
orang boleh datang dan tengok
kadang-kadang kita tidak jemput
kadang-kadang kita jemput dengan sedar
dan kadang-kadang kita jemput tanpa sedar
dan yang lebih membimbangkan ada yang datang masuk rumah kita tanpa kita sedar






Jadi kepada sesiapa yang nak masuk "rumah" saya, 
Sila rujuk "wali" saya..
Tak cakap kat saya pun tak per..
Terus saja menghadap mereka..
Kalau nak tengok "wall" saya..
Silalah minta izin dengan "tuan rumah" dulu..
Cara berhemah lebih mulia..


Kalau kat facebook, nak jadi "kawan" kena tekan button "ADD"
Kalau sudi berkawan akan di "APPROVE"
Kalau tidak sudi berkawan akan di "HIDE" or " IGNORE"

Begitu juga situasi di dunia nyata,
Kalau nak taaruf atau nak tengok "WALL" saya, sila jumpa "WALI" saya,
Sebelum taaruf kena istikharah dulu, bila dah yakin baru datang taaruf,
Lepas taaruf dan dah tengok "WALL" saya, balik dan istikharah lagi..
Jika cukup yakin baru boleh "ADD" saya..
Jika kurang yakin, tidak mengapa, ada "REQUEST" lain yang boleh di buat..
Allah akan sampaikan bila sudah tiba masanya.. insyaAllah


p/s: ada maksud tersirat di sebalik entry ni.. sekian terima kasih.. wink..wink.. ^^

Friday, March 23

♥♥♥ CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥♥♥

ASSALAMUALAIKUM WBT



Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” (HR. Al-Hakim)


p/s: credit to my beloved friend ana lina.. love u my dear.. like this entry..  ♥♥♥




Thursday, March 22

Ujian dan Rahmat Allah

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah berlalu sudah masa-masa sulit buat saya dan keluarga, di saat kami goyah dengan  ujian dan dugaan yang menimpa akhirnya ada sinar cahaya terang memberikan harapan baru buat kami sekeluarga. Rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT kerna telah menduga kami dan pada masa yang sama memberikan rahmat yang tidak terhingga kepada kami.


Sedikit sebanyak ujian kali ini memberikan impak yang besar pada kami sekeluarga dan memberikan peluang kepada keluarga si faqir ini mengenali dunia iman dan amal. Alhamdulillah. Inilah rahmat yang besar Allah SWT kurniakan kepada kami. Akhirnya Allah SWT mengabulkan doa-doa si faqir ini. 



Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda: "Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang: "Apa maksudnya meminta dicepatkan?” Jawab baginda: "Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” (Muslim)


Semoga Allah terus memilih keluarga si faqir dalam melayari bahtera iman dan amal dan semoga Allah terus memilih keluarga si faqir dalam menjadikan kerja agama sebagai maksud kehidupan. Ameen ya Allah.









Tuesday, March 20

Taklim

Taklim Rumah/ Kolej/ Bilik

Rumah-rumah yang mengadakan taklim bermakna mewarisi pusaka Rasulullah SWT. Sesiapa yang mewarisi pusaka Rasulullah SWT maka rahmat dan berkat akan datang, ketenteraman (sakinah) dan ketenangan (inayah) akan wujud.Rumah-rumah yang ada taklim terpelihara, diziarahi para malaikat dan diturunkan taufiq dan hidayah serta rahmat. Segala amal-amal buruk, kegelapan dan ketegangan akan keluar dari rumah-rumah kita. Amalan taklim membawa cahaya dan kesannya, kehidupan sekeluarga dalam aman damai.

Adab-adab Taklim di Rumah
(1) Mesyuarat suami/isteri dan keluarga supaya semua ambil fikir tentang penting dan mulianya majlis ini (utamakan fikir orang yang lebih tua).
(2) Tetapkan masa, sebaik-baiknya masa bila semua ahli keluarga dapat berkumpul.
(3) Istiqamah tempat yang sesuai.
(4) Bawa adab-adab majlis dengan sempurna, duduk rapat-rapat, tutup aurat dll.
(5) Baca kitab Fadhail Amal.
(6) Masa taklim istiqomah 30 minit dan azam 2 kali atau 1 kali dalam sebulan lakukan taklim penuh seperti taklim kita keluar ke jalan Allah SWT.

Jika kita dapat hidupkan taklim di rumah maknanya rumah kita telah ada ciri-ciri rumah Rasulullah SAW dan para sahabat. InsyaAllah bagaimana Allah SWT mendidik (tarbiyah) mereka, begitu juga Allah SWT akan mendidik kita. Apa-apa jua sifat-sifat yang mulia yang ada dalam diri mereka, insyaAllah Allah SWT akan beri sedikit-sedikit pada diri kita.

Tujuan Majlis Taklim
(1) Tujuan kita mengadakan majlis taklim ini ialah semata-mata untuk mengingati dan mendapat keredhaan Allah SWT.
(2) Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW, dimana melalui sunnah yang mana kita mesti amalkan bukan sekadar belajar atau mendengar sahaja tetapi untuk mengamalkan dalam kehidupan kita seharian. Di zaman fasha dan mungkar ini satu sunnah yang dapat kita hidupkan, Allah SWT akan kurniakan ganjaran 100 pahala syahid.
(3) Apabila diadakan majlis taklim ini, maka datanglah keghairahan atau semangat untuk beramal.
(4) Untuk menghubungkan ilmu kita yang sedikit dengan ilmu Allah SWT yang sangat luas.
(5) Supaya kita dapat korbankan sedikit masa kita untuk menghayati agama Allah SWT.
(6) Supaya kita dapat wujudkan fikir dan kerisauan tentang agama seperti mana suami-suami kita. Dengan ini suami isteri akan ada risau fikir yang sama dan sehaluan.
(7) Unyuk mengetahui segala perintah-perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW dan juga tentang hari akhirat.
(8) Untuk menghubungkan ilmu dan amal.
(9) Untuk masukkan Nur Hadith dan Al-Quran dalam hati kita.

Kelebihan Majlis Taklim.
Ada banyak sekali kelebihan yang kita dapati apabila kita adakan majlis seperti ini atau kita hadirkan diri kita di dalam majlis seperti ini. Diantaranya majlis seperti ini merupakan majlis magfirah iaitu majlis keampunan, di mana Allah SWT akan ampunkan dosa para peserta majlis ini dan digantikan dengan pahala. Walaupun kita kebetulan sahaja, Allah SWT tetap akan mengampunkan dosa-dosa kita sepertimana mereka yang lain. Allah SWT akan turunkan Rahmatnya untuk tiap-tiap orang di majlis ini. Ada 4 di muka bumi ini di mana Allah SWT turunkan Rahmatnya;
(1) Di Masjidil Haram
(2) Di Makam Rasulullah SAW
(3) Di bulan Ramadhan
(4) Di majlis-majlis mengingati Allah seperti majlis taklim dan taklum ini.Kalau kita sentiasa dapat hadirkan diri kita di majlis ini maka kita dapat meningkatkan 5 perkara di dalam diri kita;
(1) Iman
(2) Ibadat
(3) Muamalat
(4) Muasyarah
(5) Akhlak

Kita juga mendapat sakinah atau ketenangan jiwa. Satu majlis taklim dapat menghapuskan 100 majlis lalai iaitu majlis yang tidak mengingati Allah SWT. Tempat-tempat di mana majlis ini diadakan, maka para malaikat melihat tempat itu bercahaya seperti bintang-bintang di langit. Seketika di majlis taklim ganjarannya lebih baik kita menziarahi 100 orang sakit. Majlis ini juga lebih mulia dari kita menghantar 1000 orang jenazah ke kubur. Apabila kita keluar dengan niat menuntut ilmu atau mengajar ilmu kerana Allah SWT 70,000 para malaikat akan menghamparkan sayapnya masing-masing di bawah kaki kita kita dan semua makhluk Allah di bumi, di darat dan di udara akan memohon keampunan untuk kita.
Hadith Rasulullah SAW bersabda majlis ini merupakan kebun-kebun Syurga. Majlis taklim juga bermakna kita mewarisi pusaka Rasulullah SAW dengan itu rumah-rumah yang ada taklim, rahmat dan berkat akan datang (sakinah, ketenangan dan ketenteraman akan wujud).









Sunday, March 11

Bawa Ku Terbang

ASSALAMUALAIKUM WBT


Biar gambar menceritakan perasaan yang bersarang di dada dan minda. Terasa ingin terbang ke mana-mana sahaja. Ingin mencari sedikit ruang untuk melontarkan keluhan yang panjang.




Bawa ku terbang melintasi angkasa,
Terbang bersama harapan yang ada,
Ingin ku padam segala cita,
untuk di semadi bersama angannya..


Bawa ku terbang merentasi benua,
Untuk berhijrah melawan dunia,
sampai bila aku akan terpana,
dengan kecantikkan dunia sementara.


Bawa ku terbang meninggalkan semua,
Mencari secebis harapan tersisa,
Ku habiskan usia dengan dosa yang alpa,
Hingga kelamnya hati di tutup hitamnya.


Bawa ku terbang melayang ke sana,
Menjadi seorang hamba yang berjaya,
meraih syurga dengan bahagia,
bertemu dengan kekasihku semua.





Wednesday, March 7

Muzakarah 6 Sifat

ASSALAMUALAIKUM WBT



”6 SIFAT SAHABAT BUKANLAH KESEMPURNAAN AGAMA, TETAPI JIKA KITA DAPAT AMAL KITA AKAN DAPAT AMAL AGAMA DENGAN SEMPURNA, INSYALLAH.”


1. Laaillaahaillallah
Maksud :
-Allah berkuasa, Makhluk tiada kuasa.Meyakini segala sesuatu atas kehendak dan kudrat allah.

Cara Untuk dapat :
1. Dakwah tentang kelebihan Laaillaahaillallah pada org Lain.
2. Guna mata lihat kebesaran Allah,telinga dengar kebesaran Allah,mulut cakap kebesaran Allah,akal fikir kebesaran Allah.
3. Doa semoga Allah bagi hakikat tersebut.

Kelebihan :
1. Iman sebesar zarah,Allah bagi syurga luas 10kali ganda dunia.
2. Org yg ucap Laaillaahaillallah di akhir kalam,wajib baginya syurga.

Muhammadurrasulullah
Maksud :
-Cara hidup suci murni (Sunnah) Nabi SAW bawa kejayaan dunia & akhirat.

Cara Untuk dapat :
1. Dakwah.
2. Amal sunnah nabi (surah,sirah,salira)dlm kehidupan Seharian 24jam.
3. Doa semoga Allah bagi kekuatan amal sunnah nabi.

Kelebihan :
1. Satu sunnah dihidupkan di zaman kerosakkan umat, Allah bagi 100 pahala syahid.
2. Siapa amal sunnah istiqama, masuk syurga bersama nabi.

2. Solat Khusu’ & Khudu’
Maksud :
- Bawa ketaatan dlm solat di luar solat. Dlm solat baca quran,luar solat pun baca quran/dlm solat tundukkan pandangan,luar solat pun tundukkan pandangan (tawadhu).

Cara dapat :
1. Dakwah.
2. Amal solat-solat sunat,solat di awal waktu,solat berjemaah di masjid di mana azan diazankan(lelaki).
3. Doa semoga Allah bagi hakikat solat.

Kelebihan :
1. 5 jaminan jg solat :
i) rezeki diberkati.
ii) azab kubur diangkat.
iii) menerima catatan amal tangan kanan.
iv) meniti titian Sirat sepantas kilat.
v) masuk syurga tanpa hisab.


3. Ilmu
Maksud :
- Tahu mana satu perintah Allah, tahu mana satu larangan Allah.
- Tahu perintah allah yg didahulukan dan dikemudiankan.

cara dapat :
1. Dakwah.
2. Jumpa alim ulama/ustaz belajar ilmu MASAIL(hukum hakam) dan baca/dengar bacaan ta'lim belajar ilmu FADHAIL.
3. Doa semoga Allah bagi hakikat Ilmu.

Kelebihan :
1. seseorang yg beramal dengan ilmu lebih ditakuti syaitan daripada 1000 org ahli ibadah yg beramal tanpa ilmu.
2. seseorang yg keluar utk belajar ilmu,jika dia mati dikira mati syahid.
3. malaikat mendoakan org yg menimba ilmu.

Zikir
Maksud :
- ingat Allah setiap masa dan keadaan.

Cara Dapat :
1. Dakwah.
2.Amal zikir harian 300 pagi dan petang Subhanallah,Alhamdullillah,Laaillahaillallah,Allahuabar 100 kali, Selawat 100 kali, Istighfar 100 kali. Amal bc Quran, solat sunat, doa-doa Masnun.
3. Doa semoga Allah bagi hakikat Zikir.

Kelebihan :
1. Orang berzikir hidup di sisi Allah,tidak berzikir mati di sisi Allah.
2. masuk syurga tersenyum-senyum.
3. mematahkan kekuatan syaitan.
4. satu pintu syurga disediakan khas utk org yg istiqamah berzikir.


4. Ikram Muslimin
Maksud :
- tunaikan hak saudara tanpa tuntut hak balik (tanpa meminta balasan).

Cara dapat :
1. Dakwah.
2. Menyayangi org islam semata-mata kerana satu kalimah dgn cr memuliakan alim ulama,hormati org tua,sayangi kanak-kanak.
3.Doa semoga Allah bagi hakikat Ikram muslimin.

Kelebihan :
1. Allah bagi 73 hasanah,1 sahaja sudah cukup keperluannya di dunia,72 lagi Allah bagi di akhirat.
2. Berjumpa dan berpisah semata-mata kerana Allah,salah satu drpd 7 golongan yg dinaungi arasy Allah di padang Mahsyar.
3. Org yg membatalkan iktikafnya di masjid semata-mata menunaikan hak saudara,Allah bagi pahala iktikaf setahun.seseorang yg beriktikaf di masjid ,Allah jauhkan dia dari neraka sejauh 3 parit.1 parit jaraknya antara langit & bumi.

5. Ikhlas Niat
- buat sesuatu perkara baik semata-mata kerana Allah,dan tinggalkan sesuatu perkara buruk semata-mata kerana Allah.

Cara dapat :
1. Dakwah.
2. Periksa niat sebelum,semasa dan selepas setiap
amalan.
3. Doa semoga Allah bagi hakikat Ikhlas.

Kelebihan :
1. membesarkan ganjaran setiap amalan.sedekah sebiji tamar dengan ikhlas Allah bagi ganjaran sebesar gunung Uhud.
2. Ikhlas menyebabkan amalan sesorang diterima Allah.
3. Org yg tidak ikhlas beramal (riak),dihumban ke dlm neraka dgn mukanya ditelangkup dan diseret di tanah.

6. Dakwah (mengajak)& Tabligh (menyampaikan)
Maksud :
- usaha bagaimana agama yg sempurna dpt wujud dlm diri,ahli keluarga dan seluruh umat (seluruh umat beriman dan taat perintah allah,lelaki akil baligh dpt solat berjemaah 5 waktu di masjid dan wanita2 dpt tutup aurat dgn sempurna).
- ubah salah faham bahawa harta,diri dan masa bukan milik kita tapi milik Allah
( gunakannya ikut kehendak Allah ).

Cara dapat :
1. Dakwah.
2. Buat pengorbanan atas agama dgn Gunakan harta,diri dan masa di jalan Allah,serta buat 5 amal masjid,hidupkan dakwah,ibadat,talim talum dan khidmat dlm masjid,buat hubungan dengan markas,sambut takaza agama.
3. Doa supaya Allah pilih dan istiqamah dlm usaha agama dan Allah pilih anak isteri dan zuriat keturunan dan seluruh umat islam dalam usaha agama.

Kelebihan :
1. sepagi sepetang di jalan Allah LEBIH BAIK dari dunia dan seisi isinya.
2. seketika di jalan Allah LEBIH BAIK daripada beribadat di hadapan hajarul aswad,di malam lailatulqadar.
3.Debu-debu yg melekat di badan org yg keluar di jalan Allah diharamkan hatta asap api neraka memyentuhnya
4. Malaikat yg menjunjung Arasy mendoakan keampunan kepada org yg keluar di jalan Allah.
5. sehari di jalan Allah lebih baik daripada seribu hari yang lain.

”SEMOGA APA YANG KITA TAHU/DENGAR KITA CUBA AMAL DAN SAMPAIKAN PADA ORG LAIN, INSYALLAH”

p/s: copy paste dari blog seorang pengusaha atas iman dan amal. 

Dia Permata Yang Dicari

ASSALAMUALAIKUM WBT


Selawat dan Salam Buat Junjungan Mulia Rasulullah SAW dan Para Sahabat yang Di Muliakan Allah SWT.. Hari berganti hari dan usia makin meningkat hari demi hari. Semoga nam menjadi dewasa dari semalam.. Ameen ya Allah..


Minggu ini minggu yang suram, ibu tiada bersama di rumah kerna ibu tinggal bersama kakak di Johor. Di rumah hanya tinggal nam, kakak dan adik lelaki. Rasa sunyi pula bila ibu tiada di sisi. Balik dari kerja tiada sesiapa yang menanti seperti selalunya, tiada sesiapa juga yang bertanyakan kabar nam setiap hari seperti ibu lakukan setiap hari.


Hari Isnin lepas bersamaan 5/3/2012, genaplah umur adik lelaki nam 16 tahun. MasyaAllah, cepatnya masa berlalu. Terasa masih baru mendukung dia sewaktu kecil dahulu. Masa seperti sekejap sahaja berlalu, terkenang sewaktu ayah meninggalkan kami dahulu sewaktu adik berusia 4 tahun. Sekarang adik telah menjadi remaja dan menjadi kebanggaan ibu tercinta.


Adik menjadi seperti yang pernah ayah hajatkan. Adik lengkap berserban dan berjubah melangkah ke masjid sebagai mentee bilal. Adik telah di hantar ke sekolah agama seawal umur 4 tahun. Alhamdulillah, dulu ayah penah berhajat ingin menjadikan adik seorang yang baik agamanya. 



Inilah adik lelaki nam satu-satunya, kebanggaan ayah dan ibu, insyaAllah.. Dialah bakal menjadi wali nam andai nam menikah nanti.. (",)

Teringat kata-kata adik kepada mak:

" Mak, adik nak tempahkan tempat khas buat mak di syurga sana, dan andai sesiapa dari kita yang pergi, dapatlah adik bacakan tahlil dan mandikan jenazah mereka"

Terus menitik airmata seorang ibu apabila anak bongsu kesayangannya berkata begitu. Hati ibu mana yang tidak tersentuh saat anak yang dilahirkan dan dijaga dengan penuh kasih sayang menyatakan keinginan begitu kepada si ibu.

Semoga Allah memilih adik lelaki nam ini dalam usaha iman dan amal serta mengekalkan dia di dalam jalan hidayah.. ameen ya Allah.. 

p/s: tiba-tiba rasa nak bercerita tentang adik lelaki nam ini sebab nam tinggal dengan dia ja kat rumah bila balik keje..