Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Wednesday, March 7

Dia Permata Yang Dicari

ASSALAMUALAIKUM WBT


Selawat dan Salam Buat Junjungan Mulia Rasulullah SAW dan Para Sahabat yang Di Muliakan Allah SWT.. Hari berganti hari dan usia makin meningkat hari demi hari. Semoga nam menjadi dewasa dari semalam.. Ameen ya Allah..


Minggu ini minggu yang suram, ibu tiada bersama di rumah kerna ibu tinggal bersama kakak di Johor. Di rumah hanya tinggal nam, kakak dan adik lelaki. Rasa sunyi pula bila ibu tiada di sisi. Balik dari kerja tiada sesiapa yang menanti seperti selalunya, tiada sesiapa juga yang bertanyakan kabar nam setiap hari seperti ibu lakukan setiap hari.


Hari Isnin lepas bersamaan 5/3/2012, genaplah umur adik lelaki nam 16 tahun. MasyaAllah, cepatnya masa berlalu. Terasa masih baru mendukung dia sewaktu kecil dahulu. Masa seperti sekejap sahaja berlalu, terkenang sewaktu ayah meninggalkan kami dahulu sewaktu adik berusia 4 tahun. Sekarang adik telah menjadi remaja dan menjadi kebanggaan ibu tercinta.


Adik menjadi seperti yang pernah ayah hajatkan. Adik lengkap berserban dan berjubah melangkah ke masjid sebagai mentee bilal. Adik telah di hantar ke sekolah agama seawal umur 4 tahun. Alhamdulillah, dulu ayah penah berhajat ingin menjadikan adik seorang yang baik agamanya. 



Inilah adik lelaki nam satu-satunya, kebanggaan ayah dan ibu, insyaAllah.. Dialah bakal menjadi wali nam andai nam menikah nanti.. (",)

Teringat kata-kata adik kepada mak:

" Mak, adik nak tempahkan tempat khas buat mak di syurga sana, dan andai sesiapa dari kita yang pergi, dapatlah adik bacakan tahlil dan mandikan jenazah mereka"

Terus menitik airmata seorang ibu apabila anak bongsu kesayangannya berkata begitu. Hati ibu mana yang tidak tersentuh saat anak yang dilahirkan dan dijaga dengan penuh kasih sayang menyatakan keinginan begitu kepada si ibu.

Semoga Allah memilih adik lelaki nam ini dalam usaha iman dan amal serta mengekalkan dia di dalam jalan hidayah.. ameen ya Allah.. 

p/s: tiba-tiba rasa nak bercerita tentang adik lelaki nam ini sebab nam tinggal dengan dia ja kat rumah bila balik keje.. 

2 comments:

fuad ansari said...

adik nam, sehebat kakaknya.. (",)

untung bakal abang iparnya kerana punya adik ipar yang baik yang boleh dibuat teman ke masjid.. (",)

LeiyaUmairah said...

nampak matang la kak nam... abg lia 6/3..