ASSALAMUALAIKUM WBT
Alhamdulillah berlalu sudah masa-masa sulit buat saya dan keluarga, di saat kami goyah dengan ujian dan dugaan yang menimpa akhirnya ada sinar cahaya terang memberikan harapan baru buat kami sekeluarga. Rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT kerna telah menduga kami dan pada masa yang sama memberikan rahmat yang tidak terhingga kepada kami.
Sedikit sebanyak ujian kali ini memberikan impak yang besar pada kami sekeluarga dan memberikan peluang kepada keluarga si faqir ini mengenali dunia iman dan amal. Alhamdulillah. Inilah rahmat yang besar Allah SWT kurniakan kepada kami. Akhirnya Allah SWT mengabulkan doa-doa si faqir ini.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda: "Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang: "Apa maksudnya meminta dicepatkan?” Jawab baginda: "Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” (Muslim)
Semoga Allah terus memilih keluarga si faqir dalam melayari bahtera iman dan amal dan semoga Allah terus memilih keluarga si faqir dalam menjadikan kerja agama sebagai maksud kehidupan. Ameen ya Allah.
No comments:
Post a Comment