Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Tuesday, June 4

Aku Pergi


Jam menunjukkan sudah pukul 4.30 pagi. Aku terbangun setelah hampir 6 jam terbuai mimpi. Mimpi yang menjadikan impian kehidupan indah sekali. Namun ia kadang-kadang hanya mainan kerna hanya sedikit yang menjadi realiti.

Apabila bangun pagi ini, aku merasa kematian semakin hampir dengan diri. Aku rasa sangat takut. Apakah aku telah lakukan yang terbaik ketika ini? Apakah aku telah korban sesuatu untuk agamaku? Apakah aku akan kembali ke kampung abadi yang aku inginkan? Apakah aku telah khidmat kedua orang tua ku dengan baik sebelum ini? Apakah adik-beradikku sedia melepaskan aku pergi? Ya Allah.. Apakah perasaan ini? 

Aku melihat di sisi, kakak ku masih lena di buai mimpi. Mungkin bermimpi bertemu ibu dan ayah lagi. Untungnya dia kerna selalu bermimpi ibu ayah tercinta. Aku langkahkan kaki untuk turun ke ruang tamu, aku melihat adik lelaki ku sedang nyenyak tidur. Di atas sofa adik perempuanku sedang baring, sepatutnya dia tidur di sebelahku namun mungkin kerna kepanasan, dia tidur di ruang tamu.

Aku melihat satu persatu wajah mereka, inilah insan yang bakal aku tinggalkan nanti. Insan yang aku sayangi selepas ayah dan ibuku. Semoga adik- beradik aku tabah dalam menghadapi kehidupan yang penuh ujian dan dugaan. 


p/s: semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan mengasihi insan-insan yang aku kasihi. ameen ya Allah

Monday, May 20

Menanti

ASSALAMUALAIKUM WBT

Dari hari ke hari,
Dari minggu ke minggu,
Dari tahun ke tahun, 
Dah 13 tahun ayah pergi.
Dan mak pula sudah 6 bulan pergi menghadap Illahi.

Kami yang kecil sudah semakin besar,
Dulu kanak-kanak sekarang sudah menjadi dewasa,
Semakin matang dengan ujian yang menimpa.
Ujian yang tidak berhenti-henti mengetuk pintu hati.

Sekarang aku masih menanti. 
Menanti impian dan angan-anganku menjadi realiti.
Bukan bercita-cita mahligai duniawi,
Tetapi akhirat yang hakiki.

Bukan untuk mendesak takdir menyebelahi aku,
Tetapi memohon takdir bersama aku,
Untuk mencapai keinginan hakiki,
bertemu di syurga yang abadi.




Monday, April 15

Maafkan Saya Wahai Saudara


Astagfirullah hal azim

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun

Fitnah Oh Fitnah...

Fitnah Akhir Zaman

........................................................................................................

Wahai Makcik-makcik dan Pakcik-pakcik.

Maafkan nam kerna tidak mampu untuk menegur kalian.

Nam juga pendosa, ahli maksiat padaNya.

Tapi nam sedih melihat kalian melanggar laranganNya


Wahai Kakak-kakak dan Abang-Abang.

Maafkan nam kerna tidak bisa meluahkan sebarang kata dari bibir,

Untuk menghalang kalian dari terus hanyut dibuai dosa.

Tapi nam berkata di dalam hati inilah saudara seislamku semua.


Wahai Adik-adik harapan agama,

Maafkan akak kerna tidak langsung berkata apa.

Apabila melihat adik terus lalai dengan dunia.

Akak tidak membenci kalian, cuma membenci apa yang kalian lakukan.


Tolonglah wahai saudara seislamku semua,

Jangan menyalahkan nam bila tiba keadilan akan berbicara,

Jangan menunding jari kalian semua kepada si pendosa ini.

Kerna dosa nam masih banyak untuk di hitung.


Aku lah yang patut disalahkan untuk semuanya,

Kerna lalai dalam bermuhasabah diri dan berdoa padaNya,

Tahajud dan doa kepada Allah SWT untuk umat dan diri selalu leka,

Hingga saudara ku semua jauh dari agama.


Wahai Saudaraku semua,

Ayuhlah berhijrah kepada kebaikan,

Berubahlah menjadi muslim sejati,

Korban dan pilihlah jalan agama.


Tinggalkan semua seluar pendekmu,

Tinggalkan semua sanggul untamu,

Tinggalkan semua mekap dan hiasan dirimu yang dipamerkan kepada umum,

Jadilah islam yang sebenarnya dan bukan sekadar pada nama.











Friday, March 8

Friday, February 22

Cinta terbaru

ASSALAMUALAIKUM WBT

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Agung lagi Maha Mulia. Selawat dan Salam Buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW dan Keluarga yang diMuliakan oleh Allah SWT


Pejam celik, pejam celik dah hampir 100 hari mak pegi menghadap Illahi. Cepat sungguh masa berlalu, rasanya baru semalam kami menciumkan tangan ibu sebelum ibu pergi. Isk3.. Sabtu ini 23/02/2012 kami akan mengadakan kenduri tahlil ke 100 hari mak. Sabarlah wahai hati. Itu sudah fitrah kehidupan, yang hidup pasti akan mati. Semua sedang menunggu giliran untuk kembali kepada Illahi. :)

Terima kasih kepada teman-teman yang banyak menghantar mesej dan menelefon bertanyakan khabar dan menghantar sedikit semangat untuk nam sepanjang perjalanan nam menempuh 100 hari ini. Semoga Allah SWT muliakan kalian atas sikap ambil berat kalian. Semoga Allah SWT limpahkan ganjaran yang tidak terhingga atas sifat mulia itu. Ameen ya Allah. Sepanjang 100 hari ini, banyak sungguh perkara baru dan pengalaman baru yang terpaksa nam hadapi. Agak lelah juga ingin mengatur perjalanan ini, namun kerna azam yang kuat untuk teruskan kehidupan. Allah SWT mudahkan perjalanan dihadapan. Alhamdulillah..

Inilah nam yang baru..


Nam yang baru ini banyak habiskan masa dengan mencuba membuat pelbagai jenis kek dan manisan. Seronok rasanya habiskan masa dengan tepung, telur, mixer, oven dan lain2.. Teringat kata-kata Chef Ammar; "Masak dari hati with IMAN". Eh.. Apa kaitan tajuk entry ini dengan buat kek? Itulah cinta yang nam ingin kenalkan.

Cinta yang baru nam kenali.

JOM BERCINTA... :D

..............................................................................................

Sebelum terlupa nam nak promote sikit perniagaan seorang karkun yang sempat datang semasa hari pengkebumiaan mak nam.. Maulana FIQKOFALLAH aka FIKRI

Bak Fiq Kofallah... Anda berbekam menggunakan perkhidmatan beliau, anda dapat dua pahala.

1. Pahala jikalau anda berniat mengikuti sunnah Nabi SAW berbekam.
2. Pahala membantu beliau secara tidak langsung untuk menyegerakan pernikahan beliau.

boleh contact beliau secara terus di facebook beliau PUSAT RAWATAN BEKAM BATANG KALI or telefon terus 013-293 9169 untuk membuat temujanji. Hanya untuk kaum adam. :D




Thursday, January 31

Terus Bersemangat!!

ASSALAMUALAIKUM WBT

سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: " مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ: {إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ} [البقرة: 156] ، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ، وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا "، قَالَتْ: فَلَمَّا تُوُفِّيَ أَبُو سَلَمَةَ، قُلْتُ: كَمَا أَمَرَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَخْلَفَ اللهُ لِي خَيْرًا مِنْهُ، رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

"Aku mendengar Rasulullah S.A.W berkata, tidaklah bagi seorang hamba yang ditimpa suatu musibah lalu menyebut (Innalillah wa inna ilaihi rojiun..sesungguhnya dari Allah kami datang, dan kepadaNya jua kami kembali, Ya Allah ganjarilah aku dengan sedikit ganjaran dari musibah ini, dan gantikan bagi ku suatu yang lebih baik darinya) melainkan Allah akan menganjarinya pada musibah tersebut dan menggantikan baginya suatu yang lebih baik" Lalu Ummu Salamah berkata : Sejurus selepas kematian Abu Salamah (suami Ummu Salamah) sebagaimana Rasulullah mengajarkanku doa tersebut, memang Allah menggantikan bagiku seorang yang lagi baik, dan beliau merupakan Rasulullah S.A.W

Walaupun agak perlahan langkah untuk teruskan kehidupan namun kehidupan masih perlu diteruskan. Dan mungkin tidak sama seperti "NAM" yang lama, namun "NAM" yang baru ini sudah jauh berbeza dengan dahulu dan hatinya sedangnya di tarbiah oleh Allah SWT.

Teringat kata-kata seorang sahabat nam. "Ibu dan ayah tinggalkan nam di dunia untuk menanti nam di syurga. Jadi nam kena berusaha untuk "mengembirakan" Allah SWT supaya nam dapat kembali ke syurga untuk bertemu ayah dan ibu."  Nam hanya tersenyum kelat mendengar kata-kata itu namun sebaliknya fikiran sedang menghadam kata-kata yang ada benarnya. Nam sepatutnya kembali bersemangat dan bersyukur kepada Allah SWT kerna Allah SWT menguji nam di kalangan berjuta-juta hambaNya yang lain. 
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Di sisi nam ada "amanah" yang ibu dan ayah tinggalkan. "Amanah" yang bakal meneruskan zuriat keturunan daripada ibu dan ayah. Yang bakal ibu dan ayah banggakan di akhirat kelak. InsyaAllah. Semoga Allah SWT memudahkan nam menjaga "amanah' yang ada di sisi nam sebaiknya. Ameen ya Allah... Nam kena bersemangat kerna ada "amanah" yang ditinggalkan untuk nam. Doakan nam terus tabah dan sabar dalam perjalanan yang penuh dengan ujian ini... :(

p/s: doakan Allah SWT permudahkan urusan "pembinaan mahligai nam di syurga" yang sedang nam usahakan. Semoga Allah SWT mudahkan nam.. Ameen Ya Allah..









Friday, January 25

Rindu

ASSALAMUALAIKUM WBT

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But i never realised it
And now it’s too late
Forgive me

Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you


25/01/2013, sudah 2 bulan seminggu ibu pergi menghadap Illahi. Semakin kuat rasanya rindu ini. 
Rindu untuk menatap wajahmu, 
Rindu untuk bergurau denganmu, 
Rindu untuk tidur di sisi mu,
Rindu untuk di suap oleh mu, 
Rindu untuk makan masakanmu, 
Rindu untuk mendengar leteranmu,
dan Rindu untuk terus khidmat padamu wahai ibu

Selalu rasanya menziarah pusara ibu dan ayah. Bila melihat pusara ibu dan ayah rasa seperti mimpi kerna ditinggal pergi oleh mereka berdua. Rasa terlalu "kecil" untuk merasai perasaan ini. Namun ini adalah takdir Illahi. Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Hebat sungguh perpisahan ini, kerna ia meragut hampir keseluruhan kegembiraan yang ada. Meragut wajah ceria yang pernah menghiasi wajah anak-anakmu. Namun perpisahan ini akan berlaku juga walaupun sekuat mana kami menghalang. Kerna Allah SWT lebih mengkehendakkan diri mu ibu berada di samping Nya di syurga sana.

Terkesan di benak hati apabila terlihat si anak dan ibu mereka berjalan dan bermesra di depan mata. Aduhai. Bergenang airmata kerna cemburu dengan mereka. Masih punya ibubapa untuk terus menagih kasih dan manja. 


Sekarang hilanglah satu keberkatan dalam hidup kami di sisi Allah SWT iaitu DOA SEORANG IBU. Sekarang tiada lagi yang akan doakan kami seperti ibu doakan kami. Ohh ibu.. :'(.. Tiada lagi yang mendoakan kejayaan dan kegembiraan kami seperti mu wahai ibu. Ibu.. dirimu tiada pengganti... 


perasaan sedih ini akan berkurang tapi ia tidak hilang.
Doakan kami tabah dalam meneruskan pelayaran, rasa
perlukan sedikit semangat dari Allah SWT untuk teruskan 
melangkah.  Langkah sumbang tapi masih boleh terus berjalan.
Semoga Allah SWT tunjukkan jalan kepada kami. Ameen ya Allah.
Semoga Allah SWT tempatkan kedua ibubapaku di kalangan insan
yang beriman di sisiNya. Al-Fatihah.


p/s: menulis disaat hati sangat bergolak dengan kesedihan. menulis tanpa isi.. maafkan saya pada yang membaca. :'(