Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Thursday, April 24

Jauh ke Selatan







ASSALAMUALAIKUM WBT.

(Al Fatihah,Selawat dan salam kepada Junjungan mulia Rasulullah yang dicintai dan dirindui selalu yang membawa hidayah dari ALLAH untuk manusia semuanya. Salam kepada ahli keluarga Rasulullah dan Para Sahabat Rasulullah yang sentiasa mendampingi di dunia dan akhiratnya. Semoga Allah melimpahkan syafaat dan rahmatnya kepada para kekasihNya. Al Fatihah dan juga kepada kedua bonda dan ayahanda tercinta yang sentiasa dirindui selalu. Semoga Allah mengasihimu seperti mana kalian berdua mengasihi ku dulu. Salam juga kepada keluarga yang jauh dimata tetapi dekat dihati. Semoga Allah merahmati urusan dunia dan akhirat kalian semua dan sentiasa di bawah naunganNya selalu. Salam terakhir buat saudaraku semua yang seagama denganku. Semoga kita semua dapat kembali padaNya dengan iman yang teguh di dada. Ameen ya Allah)

Lama sudah tidak menjenguk teratak buruk yang sedang menanti roboh ini. Dua tiga hari ini asyik berkira ingin mezahirkan sesuatu di sini. Namun kerna kononnya sibuk dengan dunia yang sedang hampir ke penghujungnya tetapi iman tidak pula diusahakan.  Sungguh alpanya diri ini. Ampunkan segala kealpaan kami YA ALLAH..

Sekarang sudah jauh dari kesibukan Kuala Lumpur dan isu air yang sedang hangat diperkatakan di Selangor. Berada jauh di selatan tanah air dan berhijrah ke tempat baru ini banyak memberikan impak yang besar dalam hidup nam. Tidak lagi terkesan dengan kerja pejabat yang memenatkan otak dan minda sekian kalinya. Sekarang hanya menanti untuk permulaan langkah yang sudah saban tahun nam nantikan.

Hampir 3 bulan berada di sini, pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru yang nam sempat cedok di sana sini. Banyak kejadian di hadapan mata yang memberikan pengajaran pada diri untuk terus memperkasakan diri dalam memperhambakan diri pada Allah Yang Maha Esa. Diri hanya menjadi pemerhati dengan gelagat manusia dan fenomena yang sedang melanda kita semua. Ada yang terkesan dan ada juga yang tidak langsung ambil kisah. Semoga kita dikalangan hamba yang diberikan peringatan oleh Allah SWT.

Sedar tidak sedar dunia sekarang mengalami perubahan yang ketara hanya yang terpilih oleh Allah SWT yang diperlihatkan dengan kebenaran yang sebenarnya.  Masa yang diperkatakan dulu sedang hampir, saat untuk Allah SWT memperlihatkan segala kekuasaanNya.

Akhir dulu dengan sepotong maksud ayat dari Al-Quran. InsyaAllah.
"Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya). Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?. Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?. Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak). Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat." (AL WAQIAH Ayat 7-12)


p/s: Baru rasanya adik lelaki nam mengembara ke tanah seberang, tidak sangka cepat betul masa berlalu. Adik lelaki nam sudah hampir 5 bulan meninggalkan rumah dan pergi mencari ilmu. Sekarang hanya menanti kepulangannya pada 15 Mei nanti. InsyaAllah.












Friday, January 24

Dia Sudah Berhijrah


Pejam celik, pejam celik akhirnya sudah masuk ke tahun baru 2014.  Sudah 14 tahun ayahanda dan hampir 2 tahun ibunda pergi menghadap Ilahi. Baru semalam rasanya lahir ke dunia ini kerna masa sangat cepat berlalu. 


Ibu Ayah....

Saya bukanlah anak yang terbaik buatmu. Tetapi insyaAllah akan saya usahakan untuk mendorong permata hatimu untuk menjadi seorang yang berguna pada agama. Semoga Allah SWT mudahkan semuanya.

Ibu Ayah...

Bukan saya tidak mahu menjadi kebanggaanmu tetapi saya banyak kelemahan yang tidak diperlihatkan padamu dan semua. Tetapi ibu ayah insyaAllah akan saya usahakan si dia menjadi kebangganmu di sana. Semoga Allah SWT mudahkan semuanya.

Ibu Ayah..

Mesti ibu ayah sedang tersenyum bahagia kerna seorang permatamu sedang membuat langkah pertama untuk agamanya dan agama semua. Semoga Allah SWT mudahkan perjalanannya.

Ibu Ayah..

Saya tiada hadiah hebat untuk dihadiahkan kepada ibu ayah berdua. Tetapi insyaAllah saya akan usahakan pemata hati kalian menghadiahkan sesuatu yang berharga untuk ibu ayah. Semoga Allah SWT mudahkan semua.


p/s: sudah seminggu adik kat indonesia. semoga Allah mudahkan semuanya.. ameen ya Allah.. rindu, sunyi dan sepi kat rumah sebab tiada teman bergaduh.. :'(