Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Thursday, April 19

Repost: Jejak Usia, Jejak Iman

ASSALAMUALAIKUM WBT


Alhamdulillah semuanya berlaku seperti yang dirancang. Alhamdulillah juga Allah masih memberikan keberkatan usia pada diri ini. Semoga hari-hari yang mendatang akan ditempuhi dengan sebaiknya.. Ameen ya Allah..


Sebenarnya sekadar ingin berkongsi hadiah yang indah ini buat semua, hadiah ini terkesan di dalam hati dan jiwa... Semoga Allah merahmati dan menyayangi dirinya selalu.. Dan memberikan kebahagiaan dan kegembiraan buatnya.. Ameen ya Allah.. 



.........................................................................................................................


Selamat Ulang Tahun Kak Nam, Adik Alya, Ukhti Azimah, Ukhti Annur

... Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.. segala syukur dan puji-pujian kepada Allah Tuhan semesta alam dan selawat serta salam ke atas junjungan  baginda Muhammad saw..

Hari ini sepatutnya lia tak akan online, tapi memandangkan hasrat hati nak tulis entry untuk seorang  sahabat, maka ku buka juga lappy kesayangan ini. Actually bukan untuk seorang sahabat sahaja tapi untuk empat orang. Bulan empat bersamaan empat orang sahabat lia sambut ulang tahun.

18/04/19___ Kak Nam
 Gadis Selangor(otw jadi milik orang). Kak Nam ini, lia kenal melalui laman sosial blog, dari komen entry blog kak nam.. kami berdua chating, dari chating  pernahlah juga mesej and kol... Tak sangka boleh kenal Kak nam, tapi itukan ketentuan Allah.kan Allah ada berfirman jika dia berkehendak sesuatu, maka Ia hanya berfirman"jadilah engkau,lalu jadilah ia"(2:117)
Begitu juga perkenalan kami berdua, Allah swt juga yang berkehendaki.Kami mula chating pada 11/11/11 taksilaplah Kalau kak nam baca post lia ni, lia nak ucap selamat ulang tahun yang ke...(lia tak ingat umur kak nam)Lia  tadinya nak kol akak untuk wish bday tapi heheheee..... rahsia
Semoga perkenalan kita ini sentiasa dipayungi dengan kasih sayang Allah swt... inyaAllah.
Kak nam banyak ajar lia melalui post-post akak... Terima kasih perkongsian ilmu itu kak...
Walau engkau jauh di seberang laut cina selatan...
dan walau ku tak pernah melihat kak nam... itu bukan jadi penghalang untuk jalinkan ukhuwwah fillah kan???. Betulkah kak nam? Tapi lia percaya satu hari nanti Allah pasti temukan kita berdua...amin..
Sayang kak nam... muah!

"Ya Allah terima kasih hadirkan teman-teman yang mencintaiMu dalam hidupku... Terima kasih atas nikmat yang tak terhingga ini, Ya Rahman.. semoga para sahabatku ini berada dalam naungan kasihMu... "

Tulisan lia tak cantik sori, ini je lia mampu berikan.. 
harap kak nam, adik alya, ukhti azim dan ukhti annur menyukainya

  
Sahabatku...
-Semoga redhaNya sentiasa bersama kalian
-Semoga meningkatnya usia kalian seiring dengan meningkatnya iman kalian wahai sahabatku...
-Kerjakan apa yang diperintahkanNya dan tinggalkan apa yang dilarangNya..
-Lia sentiasa ada dibelangkan kalian menyokong apa yang baik dan pastinya menjadi pembangkang nombor satu yang buruk hehehehhehehe.....InsyaAllah.
-Maaflah lia takda hadiah untuk kak nam,adik alya , ukhti azim dan ukhti annur.. hanya doa akan ku panjatkan bagi kalian semua...
-Salam jejak usia....jejak iman.....(n_n)
- semoga hubungan kita ini hingga ke jannahNya...
- Semoga kalian semua tetap mengajar lia tentang sesuatu....insyaAllah..
-Sayang Kak Nam, Adik Alya,Ukhti Azim,Ukhti Annur...Muah![pipi kanan,pipi kiri(hehehehhehhe)] 

p/s: kata-kata tak power tapi jika ianya tertinggal kesan dihati maknanya hajat dihati lia telah tertunai...penulis entry ini berada dalam keadaan sakit.. moga didoakan cepat sembuh ya.. terima kasih... akhir kata... mari kita raih cinta Pencipta kita,,, insyaAllah.

...........................................................................................................

p/s: peluk cium nam buat lia yang jauh di mata namun dekat di hati. insyaAllah.. semoga Allah segera temukan kita. Seandainya maut datang sebelum kita sempat bersua, semoga kita akan bertemu di JannahNya.. Ameen ya Allah.. 





Monday, April 16

Mari Sucikan Diri

ASSALAMUALAIKUM WBT

-Sucikan mata dengan air mata takut kepada-NYA.
-Sucikan telinga dengan bacaan Al-Qur’an dan nasihat agama.
-Sucikan kaki dengan melangkah ke rumah-NYA.
-Sucikan tangan dengan membantu sesama.
-Sucikan hati dengan zakat dan sedekah.
-Sucikan perut dengan puasa.
-Bersihkan dosa-dosa dengan istighfar dan taubat.
-Sucikan jiwa dengan ibadah.
-Sucikan lisan dengan dzikir.
-Sucikan pikiran dengan bersujud.
-Sucikan hidup dengan sunnah Rasulullah SAW.
-Sucikan keluarga dengan aturan-aturan ALLAH SWT

p/s: mari sucikan diri.. ayuh kawan-kawan, pakcik-pakcik, makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang dan semua.. ayuh2!!:D

Friday, April 13

Biarkan Ia Hilang



Biarkan ia hilang,
Rasa sayang yang bersarang,
Dalam kasih yang tidak kesampaian,
Biarkan ia hilang di bawa angan


Dalam diam mencipta angan,
mencintai dia dengan sepenuh harapan,
supaya diri menjadi pilihan,
oleh si dia yang digilai ramai.


Bagus akhlak dan juga budi,
hingga ramai yang mengagumi,
hingga ada yang ingin menjadikan suami,
untuk menjadi pemimpin di kemudian hari.


Rasa di hati terkubur mati,
Biar Allah menentukan takdir diri,
adakah dia bakal kumiliki,
menjadi nakhoda kehidupan duniawi dan syurgawi.


Cinta dan kasih tidak terungkap,
tersimpul erat di dalam diri,
andai si dia mengetahui,
pasti diri akan malu sendiri.


akan ku bawa jauh diriku pergi,
menyeberang laut melupakan perasaan diri,
bukan dia matlamat diri,
cinta Allah inginku miliki.


Biarkan Allah mengaturkan mimpi,
adakah impian menjadi realiti,
Hanya Allah yang Maha Mengetahui,
Apa akan berlaku di kemudian hari..




p/s: banyak sangat report yang perlu di siapkan akhir-akhir ini, walaupun agak sibuk namun masih sempat menukilkan beberapa kerat sajak untuk tatapan diri. Bukan berkenaan diri sendiri tetapi hanya terpikir dan cetusan idea yang datang sebagai inspirasi diri.. :D

Monday, April 2

Jubah Pengantin Untuk Nam

ASSALAMUALAIKUM WBT

Sejak akhir-akhir ini, rasa kurang bercakap tentang isu ini. Almaklumlah dah makin bosan dengannya. Bila sering memikirkannya rasa bosan datang menerpa. Tapi apa yang pasti, memikirkan hal ini membuatkan diri leka.


Sebelum mendeactivate facebook minggu lepas, sempat mencari kedai jubah dan tudung online di facebook. Banyak kedai online di facebook, sempat juga membeli beberapa tudung dan niqab yang ada. Terpegun dan tertarik melihat satu jubah pengantin putih yang amat menarik di sana.   Tetapi hanya mampu melihat dan membelek album jubah yang ada.. heeee... wink..wink.. ^^


gambar sekadar hiasan..
Orang kata nak berkahwin ini, pelbagai persiapan kena buat. Si isteri kena persiapkan diri untuk menjadi sayap kiri pada si suami, manakala si suami kena persiapkan ilmu yang banyak untuk menjadi nakhoda kepada si isteri untuk belayar bertemu Illahi.


Dalam tempoh sebelum berkahwin si gadis sibuk belajar memasak, menjahit, mengemas dan macam-macam kerja orang wanita ini supaya bila dah kahwin nanti tidaklah susah nak menguruskan kehidupan bakal suami dan anak-anak.


Andai semua perancangan pernikahan berjaya di laksanakan, syukur Alhamdulillah. Allah berkati kehidupan dengan kehadiran seorang peneman di dunia tetapi andai sebaliknya. Kerna Allah lebih mengetahui segala, maut datang sebelum jodoh...


Adakah kita sudah bersedia bertemu Yang Esa? Seperti kita persiapkan diri untuk hari pernikahan kita adakah kita dah melakukan persediaan yang cukup untuk kembali padaNya? Termenung panjang nam apabila memikirkan hal ini. Hari dinanti akan datang, tetapi adakah sempat menikmatinya? Hanya Allah SWT lebih mengetahui. Adakah perancangan dan persiapan yang kita lakukan berbulan-bulan untuk menyambut hari bahagia akan biasa kita hadapi? Jodoh kita belum pasti tetapi KEMATIAN itu pasti. 


gambar sekadar hiasan


Sambil mempersiapkan diri untuk hari bahagia, persiapkan diri juga untuk bertemu Kekasih Yang Satu. Andai jodoh datang dahulu, carilah pahala dalam urusan membina mahligai bahagia, tetapi andai maut datang lebih awal, maka persiapkan diri untuk dipersoalkan perihal iman dan amal kita di dunia ini. Yang bertakwa akan bahagia dan yang tidak akan kecundang di sana. Semoga Allah menerima amal ibadat kita dan menempatkan kita dikalangan para kekasihNya. 


p/s: terkesan dengan berita kematian yang diterima saban hari. Mereka telah pulang dan nasib mereka telah diketahui. Bagaimana dengan nasib nam nanti? Allah! Semoga Allah mudahkan pelayaran diri ini dan semoga Allah terima amal dan ibadat ku serta semoga hidayat sampai ke seluruh alam.. Ameen ya Allah