Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Showing posts with label nukilan jiwa. Show all posts
Showing posts with label nukilan jiwa. Show all posts

Monday, August 6

Bisikan Perkahwinan

ASSALAMUALAIKUM WBT


Dia pulang membawa semangat,
kerna perjuangan mencapai matlamat,
Namun pergorbanan belum tamat,
kerna seluruh umat belum di lawat.

Buat encik suami pekerja agama
Kami rela ditinggalkan di rumah sahaja,
Asalkan suami menyambut takaza,
membawa umat kepada agama,

Pernah dulu berjanji setia bersama,
untuk bersama hingga ke syurga
Oleh itu kami rela korbankan semua,
Harta, masa dan juga suami tercinta.

Si isteri bukan manusia sempurna,
Bantulah mendidik akhlak dan budinya,
Supaya tidak cepat berputus asa,
apabila di soal mana suaminya?

Ditinggal pergi berbulan lamanya,
nafkah di berikan mengikut kemampuan yang ada,
si isteri di rumah tawajuh padaNya,
supaya suami pulang setelah takaza berjaya.

Wahai encik suami yang dicintai,
kami bukan meminta emas dan harta duniawi,
Dalam melengkapi kehidupan di sini,
Tetapi  kami hanya mengimpikan kehidupan syurgawi.

Wahai sayangku yang dicintai selalu,
semoga kita dapat bersama hingga ke syurga,
berpimpin tangan dan bermesra bersama,
Ingin ku jadi bidadarimu selamanya... :D



p/s: seperti tuan fuad ansari cadangkan.. nam pun melahirkan perasaan melalui penulisan.. :D..

p/s: selamat mengaut rahmat dan kasih sayang Allah pada malam-malam terakhir bulan ramadhan ini, entah sempat atau tidak kita menikmati ramadhan akan datang.. :'(






Monday, July 2

Dia Sudah Pergi

ASSALAMUALAIKUM WBT

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Dia lah Penggenggam hati-hati kita semoga kita berada dalam limpah dan rahmatNya. Ameen ya Allah..


Hari dinanti telah tiba,
kini semua kelengkapan dan persiapan sudah sedia,
untuk menemani si dia pergi mengembara,
Merantau jauh di atas dunia.

40hari , 4bulan takaza dibawa,
untuk menyebarkan agama di luar sana,
kerna ramai umat menderita,
usaha atas iman dan amal di bawa

Berbekalkan secebis doa ibubapa,
sahabat handai dan teman setia,
meninggalkan mereka untuk seketika,
andai syahid itu hadiah untuknya.

Hati berbunga kerna menjadi penanti setia,
semoga dia pulang membawa kabar gembira,
takaza di bawa telah berjaya,
Nabi tersenyum gembira atas korbannya.

Bukan dunia yang perlu di usaha,
sebaliknya akhirat yang abadi di sana,
menjadikan syurga impian utama,
Semoga dapat bertemu Nabi tercinta.

Semoga dapat apa yang dicinta,
menyebarkan agama ke seluruh dunia.
bukan sebutan nama yang perlu dibangga,
sebaliknya demi menyukakan Maha Pencipta.

Semoga dia pulang dengan gembira,
kerna membawa harapan kami bersama,
dan harapan Nabi tercinta,
agar agama tidak dilupa.

Dia ku nanti dengan setia,
untuk pulang membawa bahagia,
impian dan angan untuk bersama,
berpimpin tangan hingga ke syurga..

p/s: tiba ingin menjiwang di malam hari..lepas dengar cerita dari adik ada jemaah 2bulan jalan kaki di mahala nam..terus terniat nak tulis entry ni.. Y(n_n)Y


Friday, April 13

Biarkan Ia Hilang



Biarkan ia hilang,
Rasa sayang yang bersarang,
Dalam kasih yang tidak kesampaian,
Biarkan ia hilang di bawa angan


Dalam diam mencipta angan,
mencintai dia dengan sepenuh harapan,
supaya diri menjadi pilihan,
oleh si dia yang digilai ramai.


Bagus akhlak dan juga budi,
hingga ramai yang mengagumi,
hingga ada yang ingin menjadikan suami,
untuk menjadi pemimpin di kemudian hari.


Rasa di hati terkubur mati,
Biar Allah menentukan takdir diri,
adakah dia bakal kumiliki,
menjadi nakhoda kehidupan duniawi dan syurgawi.


Cinta dan kasih tidak terungkap,
tersimpul erat di dalam diri,
andai si dia mengetahui,
pasti diri akan malu sendiri.


akan ku bawa jauh diriku pergi,
menyeberang laut melupakan perasaan diri,
bukan dia matlamat diri,
cinta Allah inginku miliki.


Biarkan Allah mengaturkan mimpi,
adakah impian menjadi realiti,
Hanya Allah yang Maha Mengetahui,
Apa akan berlaku di kemudian hari..




p/s: banyak sangat report yang perlu di siapkan akhir-akhir ini, walaupun agak sibuk namun masih sempat menukilkan beberapa kerat sajak untuk tatapan diri. Bukan berkenaan diri sendiri tetapi hanya terpikir dan cetusan idea yang datang sebagai inspirasi diri.. :D

Monday, April 2

Jubah Pengantin Untuk Nam

ASSALAMUALAIKUM WBT

Sejak akhir-akhir ini, rasa kurang bercakap tentang isu ini. Almaklumlah dah makin bosan dengannya. Bila sering memikirkannya rasa bosan datang menerpa. Tapi apa yang pasti, memikirkan hal ini membuatkan diri leka.


Sebelum mendeactivate facebook minggu lepas, sempat mencari kedai jubah dan tudung online di facebook. Banyak kedai online di facebook, sempat juga membeli beberapa tudung dan niqab yang ada. Terpegun dan tertarik melihat satu jubah pengantin putih yang amat menarik di sana.   Tetapi hanya mampu melihat dan membelek album jubah yang ada.. heeee... wink..wink.. ^^


gambar sekadar hiasan..
Orang kata nak berkahwin ini, pelbagai persiapan kena buat. Si isteri kena persiapkan diri untuk menjadi sayap kiri pada si suami, manakala si suami kena persiapkan ilmu yang banyak untuk menjadi nakhoda kepada si isteri untuk belayar bertemu Illahi.


Dalam tempoh sebelum berkahwin si gadis sibuk belajar memasak, menjahit, mengemas dan macam-macam kerja orang wanita ini supaya bila dah kahwin nanti tidaklah susah nak menguruskan kehidupan bakal suami dan anak-anak.


Andai semua perancangan pernikahan berjaya di laksanakan, syukur Alhamdulillah. Allah berkati kehidupan dengan kehadiran seorang peneman di dunia tetapi andai sebaliknya. Kerna Allah lebih mengetahui segala, maut datang sebelum jodoh...


Adakah kita sudah bersedia bertemu Yang Esa? Seperti kita persiapkan diri untuk hari pernikahan kita adakah kita dah melakukan persediaan yang cukup untuk kembali padaNya? Termenung panjang nam apabila memikirkan hal ini. Hari dinanti akan datang, tetapi adakah sempat menikmatinya? Hanya Allah SWT lebih mengetahui. Adakah perancangan dan persiapan yang kita lakukan berbulan-bulan untuk menyambut hari bahagia akan biasa kita hadapi? Jodoh kita belum pasti tetapi KEMATIAN itu pasti. 


gambar sekadar hiasan


Sambil mempersiapkan diri untuk hari bahagia, persiapkan diri juga untuk bertemu Kekasih Yang Satu. Andai jodoh datang dahulu, carilah pahala dalam urusan membina mahligai bahagia, tetapi andai maut datang lebih awal, maka persiapkan diri untuk dipersoalkan perihal iman dan amal kita di dunia ini. Yang bertakwa akan bahagia dan yang tidak akan kecundang di sana. Semoga Allah menerima amal ibadat kita dan menempatkan kita dikalangan para kekasihNya. 


p/s: terkesan dengan berita kematian yang diterima saban hari. Mereka telah pulang dan nasib mereka telah diketahui. Bagaimana dengan nasib nam nanti? Allah! Semoga Allah mudahkan pelayaran diri ini dan semoga Allah terima amal dan ibadat ku serta semoga hidayat sampai ke seluruh alam.. Ameen ya Allah





Wednesday, December 21

Pujuk Rayu

ASSALAMUALAIKUM WBT





Ingin diserahkan seluruh kehidupan kepadaMu,
Namun sekali lagi aku tertipu dengan pujuk rayu,
Pujuk rayu yang menghancurkan kekuatan benteng dihadapanku,
Wahai Tuhan yang Maha Kuasa,
Bantulah aku untuk mengukuhkan benteng yang kian rapuh..

Ya Allah, memang payah ingin ku bina rasa zuq kepadaMu,
Tetapi amat mudah untukku meruntuhkannya pula,
Susah bagiku mewujudkan rasa nikmat ibadah kepadaMu,
Tetapi sekali hati ini di ganggu oleh nafsu,
Gugurlah semangat zuq kepadaMu..

 Entah bagaimana untuk ku lafazkan padaMu,
Sesungguhnya hanya Engkau mengetahui segala masalah hambaMu,
Permasalahan yang mengugurkan dan meruntuhkan keimananku,
Serta permasalahan yang memporak-perandakan hatiku,
Bantulah hambaMu dalam mengekang nafsu yang menipu.

Kumohon Allah mudahkan perjalananku,
Yang kadang-kadang terjatuh terburu nafsu,
Hingga diri terluka dan malu,
Kerna telah melupakan janjiku padaMU,
Janjiku untuk setia padaMu yang SATU…

Wednesday, November 30

Telah Jatuh Cinta?

ASSALAMUALAIKUM WBT

Oppss.. bukan saya jatuh cinta kepada sesiapa tetapi cuma jatuh cinta pada karya ini. (",)

Surat dari seorang suami buat isterinya.. 


(walaupun dah banyak kali orang post kat blog, saya masih nak post juga sebab saya sangat suka penulisan ini dan yang paling penting bahagian di bawah ini)

Sebelum ku akhiri surat ini
Aku ingin beri pujian untuk pengorbananmu
Tetapi…Aku tak pandai bersyair, tak seperti ahli dunia mengutip “ Beethouven “ atau “ Shaekespear “ untuk memuji kekasihnya.

Namun, aku hanya bisa berkata :

Aku mengagumi “ Matamu yang memerah “
Saat kamu menangis meminta hidayah.
Aku mencintai “ Pipimu yang merekah”
Saat kamu berkhidmat, menyiapkan secangkir teh disaat aku lelah.
Aku takjub dengan “ hidungmu” yang mengeluarkan isak
Saat kamu bertaubat atas masa lalu kita.
Aku mencintai belaian “ tanganmu" saat kau mengusap anak kita yang berbuat kesalahan.
Aku menikmati indahnya “ senyummu “
Saat kamu menghibur anak kita yang menangis
Agar mereka kembali tertawa.
Aku bersyukur…Allah SWT telah jodohkan aku dengan engkau.
Aku tahu banyak lelaki yang berhajat padamu
Untuk itu aku tak akan sia–sia kan kamu
Menjagamu dari musibah dunia dan akhirat.

Istriku …
Aku mencintaimu …
Tetapi aku tak selalu bersamamu
Aku sering tinggalkan kamu …
Maafkan aku…
Hanya aku berharap
Mencium harum nafasmu di dalam syurga
Tanpa ada lagi perpisahan
Memelukmu tak akan lagi ku lepaskan…

Ya Allah…
Anugerahkan kami …
Rahmatilah kami…
Gembirakanlah istriku walau dalam kesunyian
Dengan adanya asbab atau tanpa asbab disisinya…
Bersihkan hati istriku dari kecintaan kepada dunia
Agar mudah melafazkan nama-Mu
Saat hari terakhir kehidupan dunianya
Perpisahan kami dalam memperjuangkan agama-Mu
Jadikan asbab berkumpulnya kami dalam keluarga yang sebenarnya di Jannah.
Jadikan kesedihan kami,
Kerinduan kami,
Asbab Engkau ampuni kesalahan kami…
Jadikanlah asbab pengorbanan kami ini
Engkau redha kepada kami
Dan jadi asbab hidayah buat seluruh alam
Amin…Amin…Amin…


Wednesday, October 5

Terusik Hatiku

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Ya Allah!
Engkaulah Pemegang Hati ini,
Bantulah merawat hati ini
kerna ia telah di panah dengan takdir Mu.


Ya Allah!
Hanya pada Mu tempat ku luahkan rasa hatiku,
Rasa yang memberat dalam jiwa ku,
Bantulah hamba Mu menenangkan jiwa itu.


Ya Allah!
Takdir yang tercipta berbekas dalam jiwa,
Entah mengapa ia sukar di buang di kejauhan sana,
Ia tersarang dan merebak nanahnya.


Ya Allah!
Bantulah hambaMu menyelesaikan kemelut di hati.
Lantaran perasaan membisik di jiwa dan hati,
Panahan Mu kini menutupi ruang sanubari.


Ya Allah!
Kemelut melanda untuk penyatuan jiwa dan hati,
Jiwa yang dulu terhijab abadi,
Tetapi kini ia ingin bersatu dengan hati.


Ya Allah!
Bantulah hamba Mu ini,
Pilihlah hamba Mu ini,
Dan bimbinglah diri ini..





Tuesday, October 4

(T__T)



PEMEGANG DAN PEMILIK HATI INI HANYA SATU....


...................................................


PESANAN YANG SUNGGUH BERMAKNA DARI SEORANG TEMAN BUATKU :


"JAGA DIRI, JAGA AURAT, JAGA AKHLAK, JAGA IMAN!"


JAGA SEMUANYA, INSYAALLAH ALLAH AKAN JAGA NAM!


SEMOGA ALLAH MENJADIKAN AKHIRAT NAM LEBIH BAIK DARI DUNIA INI.. (T__T)




p/s: terima kasih untuk pesanan itu wahai teman.. semoga Allah sentiasa merahmati kamu sepanjang hidup dan akhiratmu.. semoga Allah menjadikan akhirat kamu juga wahai teman lebih baik dari dunia ini... semoga Allah pilih kamu lagi n lagi dalam agamaNya.. 

p/s 2: alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah mentakdirkan diriku untuk mengenalmu.. semoga Allah akan memuliakan kamu wahai teman ku...

p/s 3: sangat terusik apabila mendengar pesanan ini.. (T__T)


Saturday, October 1

Wahai Diriku

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG




Wahai Diriku yang serba kekurangan,
Mengertikah kamu bahawa agama yang penting di dunia?
Jadi mengapa terus terkesan dengan dunia yang fana?
Sedangkan engkau tahu akhirat yang abadi ada di sana.


Wahai Diriku yang sering menangisi kenangan silam mu,
mengapa tangiskan semua yang telah di takdirkan oleh Rabb mu
Bukankah engkau lebih tabah sebelum ini?
Kuatkan semangat dan sebarkan senyuman di wajahmu.


Wahai Diriku yang sentiasa bersalah,
mengapa engkau ulangi kesilapan yang sama?
sedangkan engkau tahu engkau patut membaiki kesilapan lalu,
pelajari sesuatu dari masa silam mu wahai diriku.


Wahai Diriku yang sukar mengerti,
kenapa semakin engkau tanya semakin banyak yang engkau tidak fahami?
Bukankah patut engkau beramal dengan ilmu yang ada padamu?
Kenapa hanya mendengar dan tidak melakukan apa-apa?


Wahai Diriku yang semakin di tinggalkan,
kenapa semua semakin meninggalkan dirimu?
sedangkan dulu mereka selalu tertawa bersama mu,
mereka takut perubahan yang berlaku padamu,
kerna itu mereka pergi meninggalkan dirimu.


Wahai Diriku yang punya hati dan jiwa,
mengapa selalu merasa sedih dan bermuram durja?
bukankah Allah yang Maha Berkuasa,
Mematikan dan menghidupkan kita semua.


Wahai Diriku yang lemah tidak bermaya,
mengapa tidak tahan cubaan dunia?
Sedangkan engkau yakin Taklukan Allah semua di langit dan di bumi sana.
kuatkan semangat dan cekalkan jiwa kerna Allah sentiasa bersama.


Wahai Diriku yang semakin menyepi,
Dari kehidupan yang semakin mencabar minda,
salah langkah merosakkan diri,
lebih baik menyepikan diri seketika.


Wahai Diriku yang tidak punya apa-apa,
mengapa selalu mengeluh dengan apa yang ada?
sedangkan engkau ada semua,
yang penting hanya iman dan takwa.


Wahai Diriku berjalanlah kamu untuk mengembara,
supaya jiwa terdidik sempurna,
melihat islam di pelusuk dunia,
supaya iman di dada terpahat sempurna.




p/s: perjalanan yang jauh baru sahaja bermula, sambil merangkak dan menunggu penunjuk arah dari Yang Esa supaya tidak sesat di lambung ombak kehidupan.. menangislah wahai diri atas semua khilaf yang pernah kau buat dulu, supaya ia menjadi ikhtibar sepanjang hayatmu.. selamat beramal dan berubah wahai diri... (T__T)

Friday, September 30

Dilema

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG



"Biar hati mati menolak CINTA insani, 
biar badan lesu ditohmah kata keji, 
jangan kau menangis wahai mata hati, 
menangislah andai CINTA mu ditolak ILLAHI"

Tuesday, September 27

Kasih Mu Abadi

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG


Ya Allah..


Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu..
Aku buta tanpa bimbingan-Mu...
Aku cacat tanpa hidayah-Mu...
Aku hina tanpa rahmat-Mu...
Kuatkanlah hati dan semangatku...
Tabahkan aku menghadapi segala dugaan yang datang dari-Mu..


Jika cinta adalah kerinduan, maka jadikanlah rindu ini dalam zikir pada-Mu..
Jika cintya adalah perjuangan, maka kobarkanlah semangat di dada kami...
Jika cinta adalah pengorbanan, maka jadikan pengorbanan ini tidak sia-sia di sisi-Mu...
Jika cinta adalah air mata, maka jadikan ia air taubat pada-Mu 


Amin YA ALLAH.....


Amin YA RAHMAN..........


Amin YA RAHIM....


Amin YA KARIM...


Amin YAA RABBAL ALAMIN....






Cukuplah Allah bagiku. Mengapa apabila di tinggalkan makhluk baru kita kembali kepada Allah? Bukankah Dia sentiasa ada bersama kita saat kita senang atau susah? Dia tidak pernah tinggakan kita tetapi kitalah yang selalu lupa pada-Nya. Lalu fikirkanlah.. layakkah diri kita di cintai-Nya? Apabila kamu mengingati Allah waktu senangmu maka Allah akan mengingatimu pada waktu susahmu.. Sesungguhnya Dia amat mencintaimu melebihi ibumu...


Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, 
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya,
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,
Airmata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,
Indahnya tarbiah Allah,
Tersiram rahmat dan hikmah,
Di uji kita sebagai tanda kasih sayang-Nya...... 


Semoga Allah pilih kita lagi.. lagi.. n lagi.. untuk di uji olehNya kerna itu tanda kasih sayangNya buat kita. Semoga Allah pandang kita di dunia dan di akhirat kelak dengan pandangan penuh rahmat... ameen ya rabbal alamin....









Wednesday, September 7

Pekerja Agama

ASSALAMUALAIKUM WBT


Pekerja Agama,
Dimana-mana engkau ada,
di simpang sini, di simpang sana,
di surau sini, di surau sana,
Tujuan untuk menziarah saudara.


Pekerja Agama,
Sanggup bercuti kerja sementara,
untuk menziarah umat yang menderita,
terlupa agama lantaran terleka,
akibat terpengaruh dunia sementara.


Pekerja Agama,
Sanggup meninggalkan si isteri dan anak-anak di rumah sana,
kerna menjalankan tanggungjawab agama,
Bila pulang dirumah saja,
anak-anak segera menyambut dengan gembira.


Pekerja Agama,
Walaupun ada yang masih belajar di sekolah, universiti dan kolej yang ada,
namun bila cuti datang menjelma,
segera mereka berazam semua,
untuk menyahut seruan Rabb nya.


Pekerja Agama,
apabila keluar ke jalan Tuhannya,
masing-masing bagaikan selalu bersua,
sedangkan pada hakikatnya,
ia bertemu buat pertama kalinya.


Pekerja agama,
Walaupun ada dikalangan engkau cendekiawan dan golongan profesional negara,
namun apabila keluar ke jalan jihad-Nya,
Engkau hanya insan biasa,
Tiada pangkat di mata manusia.


Pekerja Agama,
Walaupun ada yang menghina dan mencerca,
kerna berpakaian selekeh belaka,
namun itu semua dahulu kala,
sekarang semua segak bergaya dengan berpakaian sunnah Nabi nya.


Pekerja Agama,
amalan sunnah jarang di lupa,
memakai serban, serta berseluar di atas buku lalinya,
kayu sugi juga tidak dilupa,
berjanggut kemas kacak rupanya.


Pekerja Agama,
Penuh di masjid dan di surau yang ada,
bertaklim dan berbayan tidak kira masa,
iman dan amal sentiasa di jaga,
semasa keluar di mana-mana.


Pekerja Agama,
Bukan dunia yang engkau tunggukan,
tetapi akhirat yang engkau nantikan,
hidup dan mati hanya untuk perjuangan,
Dalam menyebarkan risalah Tuhan.


Pekerja Agama,
Mungkin engkau tidak popular di mata manusia,
namun engkau mulia di hadapan Yang Maha Esa,
Kerna korban harta dan masa,
untuk menyambung tugas yang Nabi tinggalkan buat umatnya.


Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, "Manakah amal yang lebih utama? " Baginda menjawab, "Solat pada awal waktu, berbakti kepada kedua ibubapa dan berjuang di jalan Allah." (HR Bukhari)

p/s: kerna terkesan dengan laporan seorang pekerja agama yang keluar di sabah dan IPB baru-baru ini. Hamba yang tidak paham tentang usaha ini hanya mampu mendoakan mereka semua teruskan istiqamah dan mujahadah dalam kerja ini kerna masih ramai yang menunggu mereka di muka-muka pintu untuk mendengar tentang kebesaran Allah SWT. Semoga Allah hantar semua pekerja-pekerja agama ini ke seluruh pelusuk dunia. semoga dengannya hidayah tersebar seluruh dunia. ameen..

Tuesday, September 6

melawan arus

ASSALAMUALAIKUM WBT




Wahai saudaraku,
entah bagaimana inginku nyatakan padamu,
tentang segala isi hati yang semakin bersarang di jiwa ku,
ingin sahaja ku meluahkan padamu,
namun ia mungkin akan menghampakan dirimu.


wahai saudaraku,
mungkin aku berbeza dari dahulu,
tapi perbezaan diriku bukan pengakhiran hubungan kau dan aku,
kita masih ada hubungan saudara,
yang mengukuhkan ikatan kita,


wahai saudaraku,
aku tahu kau mungkin kecewa dengan keputusanku,
bukan niatku menyakitkan hati mu,
tapi apakah daya hatiku telah terpaut pada sesuatu,
bukan kerna ajakan manusia sebaliknya hidayah yang datang menimpaku,


wahai saudaraku,
aku tidak mampu untuk kembali berubah hanya kerna untuk dirimu
kerna telah ku genggam erat semua amanat,
tekad di dada semakin kuat,
akan ku gagahkan juga untuk mendapatkan ia.


wahai saudaraku,
bukan aku tidak kasih pada dirimu,
namun kasihku padamu,
tidak sekuat kasih ku pada Tuhanku,
dan kasih ku pada kedua orang tuaku.


wahai saudaraku,
ku korbankan semua untuk meraih rahmat dari Tuhanku,
sebagai penghargaan buat ibubapa ku,
kerna ku tidak punya kerjaya yang boleh dibangga,
atau harta benda yang mengaburi mata.


wahai saudaraku,
sesungguhnya aku menyayangi dirimu,
lantaran aku dan kamu,
bersama berkongsi cerita suka dan duka,
sejak awal kelahiran diriku.


Wahai saudaraku,
ku mohon kamu redai aku,
ku harap kamu sokonglah aku,
ku perlu hanya itu darimu,
sebagai penguat semangat untuk memulakan perjalanan kehidupanku.


p/s: semoga kamu mengerti isi hatiku wahai saudaraku... semoga Allah melimpahkan rahmat dan memberikan taufiq dan hidayah buat dirikku, kamu, keluarga dan seluruh umat islam. ameen.. 

Friday, August 26

Hiba Hatiku

ASSALAMUALAIKUM WBT


Ibu.
Hari ini menyinar bahagia,
Namun mengapa tangisan ada di matamu wahai ibu?
Mengapa Ibu menangis menceritakan kisah lalu hidupku?
Sesungguhnya tidak ku tahu apa di lubuk hatimu wahai kekasihku.


Ibu.
Jangan bimbang akan diriku,
Mungkin aku kelihatan lemah di matamu,
Namun ada kekuatan yang di hadiah Allah buat diriku,


Ibu,
Ku mohon jangan tangisi masa silamku,
Mungkin dulu aku kerap mengalirkan airmata mengenang kekasih hatimu,
Namun sekarang aku telah terima semuanya dengan hati yang tenang wahai sayangku.


Ibu,
Anakmu kini telah dewasa,
Tetapi anakmu ini masih kerap menangis bila hatinya terusik mengenang kenangan semalam,
Kenangan yang penuh cinta dan kasih sayang dari buah hati mu tercinta.


Ibu,
Tangisan mu menjadikan hiba terasa di hatiku,
Jangan begitu wahai ibu,
Ku tidak bisa melihat dirimu begitu.


Ibu,
Ku harap satu darimu,
Ku mohon jangan tangiskan masa silam ku,
kerna masa silamku adalah tanda kasih sayang ku buat dirimu.


Ibu,
tiada apa yang dapatku berikan untuk meredakan tangisanmu,
hanya ucapan bahawa aku telah terima semua masa silam hidupku,
semua itu adalah rancangan Allah yang terbaik buatku wahai ibu.


Ibu,
ku bahagia kerna Allah menghadiahkan ibu menjadi mahkota hidup ku,
kerna dirimu tabah dan sabar melayani kami,
walaupun tiada tonggak semangat di belakangmu.


Ibu,
Ku hanya mampu menghadiahkan doa untuk dirimu,
Supaya Allah SWT memberkati dan memberikan rahmat seumur hidupmu,
Ibu ketahuilah aku sangat bangga punya ibu dan penyokong yang kuat sepertimu,
Aku sayang kamu wahai kekasih dan buah hatiku.




p/s: hati tiba-tiba menjadi hiba melihat tangisan ibu secara tiba-tiba lantaran menceritakan masa silam ku bersama ayahku. Mungkin aku kerap menangis dahulu kerna tidak menerima kenyataan itu. Tetapi sekarang aku lebih tabah berbanding dahulu. Kerna ada Allah sebagai tempat mengadu, Kerna ada Allah yang sering menemaniku, dan Kerna ada Allah sentiasa menjadi pemberi semangat dalam hidupku.Terima kasih Allah! LOVE ALLAH! :>





Wednesday, July 27

SAHABAT

ASSALAMUALAIKUM WBT


SAHABAT,
Kedatangan diri mu amat di nanti oleh ku,
Ku menunggu tetapi kamu masih tidak berkunjung tiba,
Ku berdoa meminta Allah percepatkan perjalananmu,
Supaya kita dapat cepat berjumpa.


SAHABAT,
Kita telah ditakdirkan untuk bertemu di dunia,
Menjadi teman dalam suka dan duka,
Menasihati dan berpesan sesama kita,
Supaya kita tidak terus terleka.

SAHABAT,
Entah mengapa hati berbunga,
kedatanganmu mengubat jiwa,
Engkau memimpin tanganku untuk bersama,
Teruskan usaha untuk bekalan di hari muka.

SAHABAT,
Bukan niatku menyusahkan diri mu,
Dengan cerita suka dan duka hidup ku,
aku sekadar memerlukan sokongan dari mu,
sepertimana aku memerlukan dorongan keluargaku.

SAHABAT,
Maafkan aku kerna selalu terlupa tentang dirimu,
Hingga mengabaikan perasaan kamu,
Hingga kamu menangis atas perbuatan ku,
Bukan niatku untuk menyakitkan diri mu.

SAHABAT,
Ingin saja aku katakan,
aku ingin bersahabat selama-lamanya,
namun apakah daya,
Kita semua bakal dijemput bertemu Yang Esa.

SAHABAT,
Sebuah puisi ini di gubah khas untukmu,
cuma ini yang mampu ku nukilkan buatmu,
Sekadar luahan rasa di jiwa,
Kerna kita bersahabat kerna Yang Esa.
Semoga Allah merahmati persahabatan kita.


p/s: sekadar luahan buat sahabat yang sedia mendengar dan bersama-sama memimpin tangan hamba yang selalu terkandas dalam kehidupan dunia. Semoga ALLAH sentiasa melimpahkan rahmatNya kepada dirimu wahai sahabat. Semoga ukhwah ini berkekalan..