Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Wednesday, December 21

Pujuk Rayu

ASSALAMUALAIKUM WBT





Ingin diserahkan seluruh kehidupan kepadaMu,
Namun sekali lagi aku tertipu dengan pujuk rayu,
Pujuk rayu yang menghancurkan kekuatan benteng dihadapanku,
Wahai Tuhan yang Maha Kuasa,
Bantulah aku untuk mengukuhkan benteng yang kian rapuh..

Ya Allah, memang payah ingin ku bina rasa zuq kepadaMu,
Tetapi amat mudah untukku meruntuhkannya pula,
Susah bagiku mewujudkan rasa nikmat ibadah kepadaMu,
Tetapi sekali hati ini di ganggu oleh nafsu,
Gugurlah semangat zuq kepadaMu..

 Entah bagaimana untuk ku lafazkan padaMu,
Sesungguhnya hanya Engkau mengetahui segala masalah hambaMu,
Permasalahan yang mengugurkan dan meruntuhkan keimananku,
Serta permasalahan yang memporak-perandakan hatiku,
Bantulah hambaMu dalam mengekang nafsu yang menipu.

Kumohon Allah mudahkan perjalananku,
Yang kadang-kadang terjatuh terburu nafsu,
Hingga diri terluka dan malu,
Kerna telah melupakan janjiku padaMU,
Janjiku untuk setia padaMu yang SATU…

6 comments:

ukhti,mardhiah said...

Byk jln, byk simpang,
Ada bengkok,lurus,sempit dan luas,
Mata y luas seakan tertutup,
Telinga y dgr seakan tuli,
Tolak ilmu,sanjung ego,
Kesekian kali, Engkau ku khianati.

Sahabat, be strong coz i'll be there.

<3<3<3
tulh, mard suruh nikah, x nak. Heh

LeiyaUmairah said...

em bermaknanya.. (n_n)

nam said...

ukhti mard ku sayang:

banyak simpang, banyak jalan,
tapi jalan yang ku ambil kurang terang,
kerna terburu-buru mengejar yang semalam
maka tersesatlah di jalan yang kelam...

p/s: kawen? bagi nam seorang calon.. mintak dia datang umah terus jumpa mak..(gurau!!..hehe)


adik lia ku cyg:

sangat bermakna... (",)

p/s: tp bukan berkaitan jodoh yer cyg... (n_n)

Bijen M. said...

Jalan agama tu jalan yang paling mudah insyaAllah.

nam said...

tuan hafiz jamaludin:

benar.. jalan agama jalan yang paling mudah dan selamat.. insyaAllah...

selamat usaha atas iman dan amal.. (",)

peRmaTa_ aGamA said...

subhanallah..peringatan buat diri ini jga..

sm0ga bahagia dlm limpahan kasih sayang Nya..

~ sharing is caring..(^_~) ~