Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Thursday, December 15

Tawaran Hebat!

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah.. Bulan ini bulan cinta.. Bulan yang ramai anak muda dan pasangan bahagia menjadikan cinta halal buat mereka. Bertimbun-timbun berita baik yang saya terima. Mahligai bahagia sedang berusaha ingin di bina. SubhanaAllah. Mabruk! (",)





Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: 

"Wahai kumpulan anak-anak muda! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.” 
(HR BUKHARI)

Banyak undangan telah di terima, tapi ada yang belum saya penuhi undangannya. Maklumlah tidak berlesen dan tidak berkereta, kalau jauh maaflah.. Memang tidak dapat di penuhi. Hanya mampu doakan kebahagian kalian hingga ke syurga.. Ameen ya Allah... (",)

Seorang adik pernah bertanya pendapat saya tentang "kawen muda". Saya hanya menyokong dan berhujah sedikit. Alhamdulillah "syor" di terima.. Mahligai bahagia bakal di bina. InsyaAllah.. (",).. Bukan sekadar itu, tawaran menjadi pengapit pun di terima, masyaAllah.. Tak tahu nak jawap apa ni... nak cakap ya tapi serba salah sebab segan nak berdiri kat sebelah pengantin.. Nak cakap tidak, kesian pula pada si adik yang berharap. (",)

Terpaksalah menunggu jawapan daripada saya, samada saya setuju atau sebaliknya.. hehe.. Takut sebenarnya nak terima tawaran hebat cam ni.. (",)..

Sabda Rasullullah s.aw. lagi :


“Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi”. 
[HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]


Kepada adik-adik yang akan berumah tangga ni, akak doakan kebahagian kalian.. InsyaAllah.. Dakwah jadi pegangan, walaupun dah kawen dakwah jangan lupa. Usahakan iman dan amal sama-sama. Semoga Allah berkati kehidupan kalian.. Ameen ya Allah...


5 comments:

LeiyaUmairah said...

*kahwin

Jemputlah kak nam datang kahwin lia... hahhhaaa

RuMaH TuA said...

Menyempunakan bahagian daripada agama.

"Selamat buat 'mereka'"

(^-^)

fuad ansari said...

nanti jemput datang, kawan saya (Ramli) kawin... (",)

ramai nak kawin time cuti sekolah.. sy rasa, mungkin cikgu2 kalau nak kawin time ni, boleh diterima.. kalau yg bukan cikgu, kan elok kawin waktu lain.. sebab bila byk sgt jemputan time cuti sekolah, dah tak dapat nak pergi semua.. (",)

Egg Head said...

alhamdulillah....ramli nak tambah lg satu...murah rezki ramli....musim nie semua cikgu2 sibuk sambut takazah 40hari la....halqah saya 5 org cikgu yg keluar 40 hari....alhamdulillah...

nam said...

adik lia:

eh.. adik akak ni dah nak kawen ker?
nak g kenduri lia, akak kena naik kapal terbangla.. cepat2 bgtau kalau jadi.. leh tempah tiket.. heheh


ukhti iqa:

selamat.. mabrukk...

semoga berbahagia hingga ke syurga...


tuan fuad ansari:

ramli nak kawen lagi satu ker?
jaga2 ramli, nanti ada orang yg marah.. (",)

kwn2 nam yg bukan cikgu pun nak curi masa kawen masa2 ni.. senang nak kumpulkan ahli keluarga.. tiada alasan tak pergi sbb anak2 semua cuti sekolah.. :)


tuan jabbar:

masyaAllah... seronok dgr jemaah kuar masturat.. hidayat tersebar seluruh alam.. insyaAllah... (",)