Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Wednesday, January 14

Mengetahui tetapi tidak Memahami

ASSALAMUALAIKUM WBT

Sudah lama rasanya meninggalkan zaman blog yang dulunya tempat meluahkan perasaan dan penulisan. Hampir 8 bulan memencilkan diri dan mencari apa yang nam inginkan, namun sehingga hari penulisan ini dicoretkan, nam masih belum mengetahui apa yang nam inginkan. Berkisar tentang kehidupan yang tidak kekal abadi dan akhirat yang abadi mana mungkin nam dapat mencari jawapan persoalan-persoalan yang menunjah akal fikiran saban hari. Akhirnya nam melupakan hasrat nam untuk meneruskan kehidupan dengan persoalan sebaliknya memulakan semula dengan cara yang nam senangi. InsyaAllah.

............................................................................................

Astagfirullah. Istighfar panjang nam hari ini. Sepanjang minggu lepas banyak kisah yang menjadi pengajaran dalam kehidupan nam. Setelah beberapa lama memikirkan bagaimana hendak meluahkan perasaan ini, akhirnya hari ini nam dapat luahkan semuanya. InsyaAllah. 

Sepanjang minggu lepas, dengan pengajaran-pengajaran yang baru. Nam barulah tersedar mengenai istilah "MENGENALI TIDAK SEMESTINYA MEMAHAMI". Allah SWT hendak tarbiah nam dengan sesuatu yang nam dapat lihat dengan mata dan dapat nam fikirkan kebaikan dan keburukannya.

Berkisar dengan kehidupan yang nam jalani saban hari. Pertama kali nam saksikan sendiri di hadapan mata nam. Sesungguhnya nam tidak membenci mereka sebaliknya nam kasihkan mereka kerna mereka ada niat untuk melakukan sunnah Nabi SAW tetapi tidak berilmu untuk mengamalkannya. Bukan nam hendak berbangga nam berilmu sebaliknya nam lebih tidak berilmu dari mereka kerna itu Allah SWT membiarkan nam menyaksikan peristiwa-peristiwa ini dihadapan mata nam.

Purdah, Niqab, Khimar, Cadar adalah istilah-istilah yang digunakan terhadap pakaian itu. Pakaian Para Sahabiah dahulu, mereka memakai pakaian yang mencerminkan sifat malu pada diri, tetapi kini dunia sudah berubah. Pakaian ini seolah-olah dihidupkan kembali dengan cara berbeza. Diexploitasi dengan istilah yang sukar nam terangkan. Mana mungkin mereka mengatakan mereka mengikut sunnah sedangkan mereka sedang melakukan sebaliknya. Mungkin pemahaman nam dan mereka mengenai perkara ini berbeza kerna itu persefahaman tidak dapat kami temui. Mungkin juga nam nampak dari kaca mata nam bahawa apa yang dipertontonkan adalah salah tetapi sebaliknya bagi mereka. Entahla. Dunia ini sungguh keliru. Tetapi sayangku, sahabat, teman, kawan wanitaku semua, tahukah kamu sebenarnya fitnah yang besar telah berlaku pada masa kini. Pada mulanya kita ingin menghidupkan sunnah tetapi terjadi sebaliknya kemudian hari. Hingga akhirnya kita sendiri menjadi fitnah dalam pelaksanaan sunnah. 


Mana mungkin purdah/khimar/niqab/cadar dipakaikan bersama jubah yang ketat dan menimbulkan pelbagai perhiasaan diri. 

Mana mungkin juga purdah/khimar/niqab/cadar dipakaikan bersama jubah tetapi kaki tidak berstoking

Mana mungkin purdah/khimar/niqab/cadar dipakaikan bersama tudung yang pendek hingga menampakkan perhiasaan didada

Mana mungkin sayangku!

Sayangku sahabat, teman, kawan, purdah/khimar/niqab/cadar sepatutnya dipakai bersama jubah atau pakaian yang longgar dan labuh, kaki hendaklah berstoking dan tudung mestilah menutup perhiasaan didada dan sayangku lenganmu juga harus kamu tutup.  

Dan begitulah permahamanku mengenai amalan sunnah berpakaian ini. Mungkin nam silap, maka sesiapa sila tolong betulkan nam kerna nam masih jahil tentang hal ini. 

Kerna itulah nam katakan "MENGETAHUI TETAPI TIDAK MEMAHAMI", kita tahu mengenai sunnah pemakaian ini tetapi kita tidak memahami bagaimana hendak mempraktiknya, akhirnya kita membuat pemahaman sendiri dan menjadi fitnah kepada amalan sunnah itu sendiri. 

Begitulah orang kata, kita mengetahui atau mengenali seseorang tetapi tidak semestinya kita cukup memahami mereka. Begitu juga dengan amalan sunnah pemakaian ini, bertanyalah dengan sesiapa yang pakar atau ahli dalam bidang ini atau rujuklah dimana-mana supaya kita tidak membuat penafsiran dan pemahaman dengan cara sendiri. Ikutlah apa yang Para sahabiah atau wanita dulu telah tonjolkan tentang pemakaian sunnah ini. Semoga kita lebih memahami dan jangan hanya mengetahui. 


p/s: pengajaran mengenai post amatlah jelas mengenai kejadian-kejadian yang sering menimpa umat saban hari. Allah SWT sahajalah pemegang hati-hati kita, semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat dan hidayat kepada kita supaya kita terus berada dalam jalan yang diredhai olehNya. Ameen Ya Allah. InsyaAllah.
















Friday, August 3

Bisikan Masturat II

ASSALAMUALAIKUM WBT

Masturat bukanlah serikandi yang dijadikan untuk di angkat dan dipuji hingga terasa diri melambung tinggi. Namun sebenarnya diri hanya ibarat sekeping kertas kosong yang perlu dilukiskan oleh seorang pelukis yang berilmu dan berdedikasi. Bukan sebarang lukis boleh di lukis di atas kertas ini sebaliknya hanya lukisan yang membawa identiti dan peribadi yang murni. Bukan memilih tetapi sekadar berharap pelukis yang hadir berjiwa solehin. Tetapi Allah SWT lebih mengetahui rahsia berkenaan ini.



Ada juga beberapa insan yang cuba untuk merapatkan diri. Tapi maaf di dahulukan lantaran tiada ikatan yang sah yang membolehkan kita berbicara sesama sendiri. 

Baru-baru ini nam terperangkap apabila persoalan-persoalan diajukan untuk mengetahui tahap kebolehan diri.  Tetapi nam tidak boleh melatah dan perlu menjawap soalan dengan berlapang diri supaya jawapan yang di berikan memuaskan hati. Maafkan andai jawapan yang diberikan tidak dapat menyenangkan hati. Lantaran kelemahan diri dan kurangnya kepahaman nam pada usaha iman dan amal ini. 

Ikuti perbualan nam dengan seorang insan yang di muliakan Allah SWT di suatu hari di laman sosial yahoo messenger (nam copy sebijik dari ym):

* N= nam
* H= Hamba Allah SWT

H : Masturat selalu dikaitkan dengan wanita-wanita yang tidak gemarkan fesyen aka tidak pandai berfesyen. Bagaimana masturat dapat membidas kenyataan ini?

N : Masturat sememangnya "old fesyen aka tidak pandai berfesyen" :D.. Tiada apa yang perlu nam bidas tentang hal ini.. :)

H: Maknanya kalian ini insan-insan yang suka duduk di bawah tempurung dan tidak suka mengikut perkembangan semasa? (ikon: senyum sinis)

N: Maaf nam ingin bertanya. Apa pentingnya fesyen ini pada hidup kita? Boleh saudari terangkan?

H: hurmmm...untuk nampak cantik.. wanitakan di jadikan cantik oleh Allah SWT. Jadi kenapa perlu disimpan kecantikkan itu di sebalik purdah dan jubah yang labuh? (ikon: tidak puas hati)

N: kerna kami cantik, kami menyimpan diri kami. :D. Jika barang yang cantik diperlihatkan di khalayak ramai. Semua mata akan tertumpu padanya. Betul tak? Jadi bagaimana dengan tuntutan Allah SWT untuk menyuruh kita menjaga pandangan dan menjaga kehormatan diri?

H: Tapi kerna kita cantiklah kita perlu berbangga dan mempamerkan diri. Itulah namanya bersyukur.. (ikon: muka menang)

N: Astagfirullah.. Sesungguhnya kita telah terperdaya dengan syaitan laknatullah. :'(.. Jika itu caranya kita bersyukur dengan kurniaan kecantikkan dan keelokkan susuk tubuh maka tiada hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk meminta kita untuk melabuhkan tudung dan menutup aurat. 

H: ok.. Saya terima berkaitan aurat itu. Tetapi kenapa mesti berpakaian hitam? Di negara kita yang panas ini, rasa tidak sesuai berpakaian begitu.. huh!

N: Saudari bezakan ye. Andai nam berpakaian hitam dan sahabat nam berpakaian merah. Mana satu yang menarik perhatian saudari? :D

H: Mestilah warna merah. Kan lebih menyerlah berbanding hitam yang gelap dan tidak berseri. 

N: Itulah jawapan untuk soalan saudari. :D

H:  Apa jawapannya? (ikon tanda tanya)

N: Kena tidak mahu menarik perhatian ataupun menyerlah. Kadang-kadang orang tak perasaan pun andai kami lalu di situ... heheh.. :D

H: Tapi sebenarnya kalian lebih menarik perhatian dari kami yang seksi. (ikon: senyum sinis)

N: kerna itu kami di galakkan berada di rumah dan mengehadkan aktiviti hanya dirumah. Jika kuar dirumah kami di galakan keluar bersama suami dan adik beradik. :D.. Maaflah saudari, kerja nam sedikit tergugat kerna chat ini. InsyaAllah lain masa kita bersoal jawap lagi.. Semoga Allah bagi kepahaman pada nam dan juga saudari serta seluruh umat islam lain.. ameen ya Allah.. InsyaAllah..

H: ok. 
..............................................................................................................

Sering dipersoalkan berkaitan pakaian dan cara penampilan diri. Namun sudah biasa dengan situasi ini. Baru-baru mula melangkah dulu, agak sukar untuk menjawap semua persoalan ini kerna tidak memahami dan mengetahui. Mungkin kerna dulu nam tidak istiqamah dan sekarang nam telah diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan tanpa rasa ragu. :D 

moral of the story: buatlah sesuatu perkara kerna Allah SWT dan semoga Allah SWT berikan kekuatan untuk istiqamah dalam sesuatu amalan. InsyaAllah

p/s: selitkan nama nam dalam doakan kalian. Nam berazam untuk kuar masturat tahun depan.. InsyaAllah.. Semoga Allah pilih nam yang lemah ini.. :'(


Wednesday, February 29

PetunjukMu Buatku

ASSALAMUALAIKUM WBT



Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan (yang tepat) kepada Engkau dengan ilmu (yang ada pada-Mu), dan aku memohon kekuasaan-Mu (untuk menyelesaikan urusanku) dengan kudrat-Mu.

Dan aku memohon kepada-Mu sebahagian karunia-Mu yang agung, karena sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha Tahu sedangkan aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib.

Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahawa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta (lebih baik pula) akibatnya (di dunia dan akhirat), maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini.

Dan sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta (lebih buruk pula) akibatnya (di dunia dan akhirat), maka jauhkanlah urusan ini dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku redha menerimanya..



Thursday, December 15

Tawaran Hebat!

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah.. Bulan ini bulan cinta.. Bulan yang ramai anak muda dan pasangan bahagia menjadikan cinta halal buat mereka. Bertimbun-timbun berita baik yang saya terima. Mahligai bahagia sedang berusaha ingin di bina. SubhanaAllah. Mabruk! (",)





Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: 

"Wahai kumpulan anak-anak muda! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.” 
(HR BUKHARI)

Banyak undangan telah di terima, tapi ada yang belum saya penuhi undangannya. Maklumlah tidak berlesen dan tidak berkereta, kalau jauh maaflah.. Memang tidak dapat di penuhi. Hanya mampu doakan kebahagian kalian hingga ke syurga.. Ameen ya Allah... (",)

Seorang adik pernah bertanya pendapat saya tentang "kawen muda". Saya hanya menyokong dan berhujah sedikit. Alhamdulillah "syor" di terima.. Mahligai bahagia bakal di bina. InsyaAllah.. (",).. Bukan sekadar itu, tawaran menjadi pengapit pun di terima, masyaAllah.. Tak tahu nak jawap apa ni... nak cakap ya tapi serba salah sebab segan nak berdiri kat sebelah pengantin.. Nak cakap tidak, kesian pula pada si adik yang berharap. (",)

Terpaksalah menunggu jawapan daripada saya, samada saya setuju atau sebaliknya.. hehe.. Takut sebenarnya nak terima tawaran hebat cam ni.. (",)..

Sabda Rasullullah s.aw. lagi :


“Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi”. 
[HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]


Kepada adik-adik yang akan berumah tangga ni, akak doakan kebahagian kalian.. InsyaAllah.. Dakwah jadi pegangan, walaupun dah kawen dakwah jangan lupa. Usahakan iman dan amal sama-sama. Semoga Allah berkati kehidupan kalian.. Ameen ya Allah...


Tuesday, November 22

Aurat itu Maruah Diri

ASSALAMUALAIKUM WBT


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan).“Ah! Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.” Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa. Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”

2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.

3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.” Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah. Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”

Lalu dicubalah idea baru itu dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”

6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.

“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”

“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah…

Wednesday, November 9

"Hari Kekasih???"

ASSALAMUALAIKUM WBT.





Berapakah harga sebuah pengorbanan dan kesetiaan??

Kesetiaan si gadis di ukur dengan kesediaan untuk menyerahkan jiwa dan raganya sebelum menikah.. benarkah begitu kesetiaan? Astagfirullah..

Selepas berkorban 9 bulan mengandungkan si kecil itu, bila sampai masanya si kecil itu di buang ke dalam longkang, tong sampah.. benarkah begitu harga pengorbanan? Astagfirullah..


.........................................................................................


Valentine's day, mesti ramai tahu hari apa ini. Hari kekasih kan?? Ia jatuh pada tarikh 14 february setiap tahun. Pada saat ini pasangan kekasih yang bermadu kasih menyambut hari kekasih yang tidak pernah tercatat dalam kalendar islam di antara hari-hari yang patut di sambut.


Pada hari itu, si jejaka meminta si gadis membuktikan kesetiaan dengan mengorbankan maruah dan harga diri. Kerna cinta pada si jejaka, si gadis rela menyerah diri. Astagfirullah.. Begitukah nilainya cinta?? Andai si gadis tidak ingin membuktikan kesetiaan maka si gadis akan di tinggalkan.. Begitukah cinta?? Tanpa akad yang menghalalkan cara, si gadis menyerahkan diri. Bergelombanglah keduanya dalam zina yang di murka Allah. Astagfirullah.. Kedua-dua mereka berjaya di goda syaitan, saat itu nafsu jadi raja dalam diri.. Astagfirullah.. 


Selang beberapa minggu, si gadis di sahkan hamil. MasyaAllah.. Hadiah dari Allah, atas bukti "cinta" mereka.. Apabila mengandung si gadis meminta si jejaka bertanggungjawab atas anak yang di dalam perutnya. Namun si jejaka enggan, maka si gadis kecewa dan menggugurkan kandungan. Astagfirullah.. Tetapi ada juga si jejaka yang pada awalnya sanggup untuk bertanggungjawab, namun apabila sampai masa melahirkan. Si kecil yang tidak mengerti apa-apa di buang di dalam tong sampah, dalam sungai, dalam longkang, di tanam hidup-hidup dan ada juga yang di pam di dalam tandas.. Astagfirullah.. Dunia akhir zaman..


Sejak bulan september hingga sekarang, kita asyik mendengar berita tentang pembuangan bayi dan kekejaman manusia terhadap mereka. Sedarkah apakah puncanya?? Jika di kira sejak bulan 14 february hingga 09 november sekarang, ia hampir 9 bulan. Ia sama dengan tempoh kematangan bayi dalam perut. Jadi bayi-bayi yang terbuang dan di bunuh kejam ini mungkin  adalah "hadiah" atas sambutan hari valentine itu. Astagfirullah..


Inilah "hadiah" atas sambutan hari valentine itu....



















"Ya Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pemaaf, ampunkan kami atas dosa kami, ampunkan kami atas sifat sambil lewa kami. Ya Allah, ampunkan kami atas sikap tidak berperikemanusiaan kami, ampunkan kami atas sikap melambau batas kami. Ya Allah kami khilaf, ya Allah, kami lemah, kami tidak mampu menegur mereka dan kami juga tidak mampu menegur diri kami. Ampunkan kami ya Allah. Selamatkan anak-anak cucu Nabi Adam ini Ya Allah supaya tidak terpedaya dengan nafsu. Supaya tidak terhumban dalam neraka atas silap mereka ya Allah. Selamatkan kami dan bantulah kami. Kami takut dengan azabMu ya Allah. Ya Allah, lindungi anak-anak cucu ku nanti ya Allah dari perkara yang meraih murkaMu. Lindungi seluruh umat islam ya Allah. Berikan hidayah dan petunjuk menuju Mu ya Allah.  Ya Allah, tetapkan kami dalam jalan kebenaranMu ya Allah. Hidupkan dan matikan kami dalam iman dan taqwa kepadaMu. Kami perlu Engkau ya Allah... Ameen ya Allah"



p/s: tercalar hati apabila melihat si kecil yang tidak berdosa ini di lakukan begini. 

Selitan doa : 

"Ya Allah, berikan aku jodoh yang beriman dan beramal soleh. Berikan aku jodoh yang menjadi pekerja agamaMu, berikan aku seorang suami yang menjadikan dakwah sebagai maksud hidupnya, berikan aku seorang suami yang boleh mengajak aku keluar di jalan Mu. Ya Allah berikan aku anak-anak soleh dan solehah yang menjadi daie, daiedah, alim, alimah yang menjadi pengusaha agamaMu juga. Kekalkan kami dalam iman islam Ya Allah dan tempatkan kedua orang tuaku, keluargaku, saudara-saudaraku dan aku di samping kekasihMu kelak..ameen ya Allah" 

Friday, October 21

Zina.... Tragedi Ngeri Umat Akhir Zaman

ASSALAMUALAIKUM WBT


Semakin hari semakin menjadi kes tak berperikemanusiaan ni.. Ada bayi kena kelar, kena pam dalam tandas, kena baling, kena bungkus dalam plastik.. Astagfirullah.. Rasa seperti kembali kepada zaman jahiliyyah. Zaman tanpa agama.. Isk3.. 


Umat semakin jauh dari agama.. Kerna itu yang haram jadi halal, yang buruk jadi baik, yang hodoh jadi cantik. Manusia terperdaya dengan tipu daya nafsu dan syaitan. Seronok menjadi hamba dunia, akhirat yang makin dekat semakin terlupa. Astagfirullah.. Semoga Allah ampunkan kita...


Mungkin sebab-sebab macam ni buat saya malas dan tak suka tengok berita. Isu politik, kekejaman manusia sana sini. (Aduhh.. Pening kepala je kalau saya pikir)... 


Ok berbalik pada isu buang bayi dan kezaliman serta pembunuhan kejam yang dilakukan segelintir pihak yang ingin menutup keaiban mereka. Rasa sedih sangat tengok bayi tu di perlakukan macam tu. Mereka bukan salah apa-apa pun. Masih belum mengenal dosa pahala.  Kita yang kenal dosa pahala ini yang tidak terpikir akan azab Allah atas perbuatan mungkar dan engkar kita. Kita zalimi diri sendiri dan pada masa yang sama menzalimi orang lain.. isk3.. astagfirullah.. semoga Allah terima taubat kita.. ameen ya Allah..


JAUHI ZINA.... Itulah ingatan Allah banyak kali kepada kita hambaNya. Dan telah diperjelaskan banyak kali di dalam Al-Quran dan Hadis supaya ia menjadi ingatan buat kita. 


"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (Surah Al-Israk: 32)

"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman" (Surah An-Nur: 2)

Firman Allah bermaksud:
" Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas" 
(Surah Al-Mukminun: 5-7)

Sabda Rasulullah SAW:
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka" 
( Hadis Riwayat Baihaqi)

Sabda Rasulullah SAW:
" Umatku akan sentiada baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka" (Hadis Riwayat Imam Ahmad)


Banyak sekali ingatan dan ulangan mengenai zina ini di dalam Al-Quran dan Hadis. Tetapi umat masih belum peka tentang hal ini. Hanya keseronokan yang mereka mahu. Kejar DUNIA.. DUNIA..DUNIA.. dan DUNIA lagi... Seronok hingga lupa kita semua bakal di hisab di hadapan Allah atas semua baik buruk kita. 


Marah, sakit hati, geram, terkilan, simpati, sedih dan semua ada dalam hati ini apabila melihat berita sana sini tentang kes buang dan kezaliman ke atas bayi ini. Nak je saya minta kat sapa-sapa yang tidak mahu bayi mereka, suruh mereka bagi bayi mereka kat saya.. Biar saya tolong jaga.. 


Mak selalu cakap, anak tu anugerah dari Allah.. Setiap anak bawa rezeki dan rahmat kepada ibubapa mereka. Jadi tidak rugi pun kalau kita kasihi mereka. Sayangi mereka dan jangan zalimi mereka kerna mereka berhak untuk hidup.


Jangan jadi pembunuh kerna kita bukan pembunuh. Biarkan yang berhak hidup teruskan kehidupan mereka. Bukan tugas kita nak ambil nyawa mereka. Jangan terpedaya dengan nafsu yang ingin jadi raja dalam diri.. Jangan tutup dosa kita dengan menambahkan dosa lagi.. Bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerna sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat..


Ingat Allah... Ingat dosa.. Ingat pahala.. Ingat Syurga... Ingat neraka...




p/s: pemberitahuan... saya memang suka anak kecil ni.. jadi kalau tak nak bayi tu bagi saya.. biar saya yang jaga.. insyaAllah.. (",)


p/s 2: mula-mula rasa nak letak gambar bayi tapi bila tengok balik gambar-gambar tu rasa sedih sangat. Tak sampai hati nak letak.. (T__T)

Monday, October 17

Penantiaan Si Isteri di pintu syurga

ASSALAMUALAIKUM WBT





............................................................................................................

Seorang isteri bertanya kepada suaminya: " Apakah saat paling bahagia di dalam hidup abang?"

Suaminya memandang muka isterinya dan berkata: " Saat itu belum terjadi lagi."

Si isteri terdiam sejenak.

Kemudian dia bertanya lagi: " Dan bila saat itu akan terjadi?"

Suaminya berkata: " Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, " Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" di dalam rumah kita di syurga."

Firman Allah SWT:

" Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang di perintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang di perintahkan." (At-Tahrim:6)

" Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim)

"Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengenjutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya" (Sanad hadis ini kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)

Semoga Allah memuliakan si suami yang hidup dan matinya mengerjakan ibadah dan sentiasa mencari redha Allah dalam setiap perbuatan dan perilakunya. Dan semoga Allah memuliakan si isteri yang taat dan patuh kepada suaminya yang tidak melanggar ajaran dan peraturan Allah SWT. Semoga dengannya dapatlah si suami dan si isteri ini terus berkasih di dalam syurga dengan penuh limpahan kasih dan sayang dari Yang Maha Esa..


................................................................................

p/s: semoga Allah pilih lagi n lagi.. Semoga Allah muliakan wanita dengan menjadi isteri yang menyenangkan hati suami dan menjadi isteri yang mengajak suami kuar ke jalan Allah SWT.. ameen ya Allah..

p/s 2: semalam selepas taklim sempat mendengar bayan jemaah Qatar yang kuar di mohala saya. Walaupun terkelip-kelip saya dengar, asbab tak paham bahasa urdu. Alhamdulillah Allah mudahkan dengan kehadiran penterjemah.. semoga Allah pilih lagi n lagi

p/s 3: sekadar kopi n paste untuk berkongsi di ruangan ini.. (",)


















Saturday, October 8

Bicara Tentang Hati

Baru sahaja ingin merebahkan diri selepas selesai makan ubat. Tiba-tiba mesej di terima di handphone saya. Mula-mula terasa malas nak melayan memandangkan keadaan badan yang kurang sehat. Tapi gagahkan diri juga untuk bangun dan mencapai handphone untuk membaca mesej kerna takut mesej yang penting memandangkan diri tidak bekerja hari ini.. Rupa-rupanya sahabat saya yang menghantar mesej. Agak terkejut juga membaca mesejnya. Sahabat bertanya "BICARA TENTANG HATI". Bicara tentang hati yang sahabat saya tanyakan ini ia di kaitkan dengan perasaan, jodoh dan masa depan. Sahabat meminta saya menulis tentang ini di sini.

................................................................................



Wahai sahabat yang ku kasihi, meh baca saya berbicara tentang hati nie. Walaupun pada hakikatnya saya sendiri pun tidak berapa pasti dengan hati sendiri. 

Nabi SAW bersabda dalam hadits Ibnu Mas’ud:

“Ketahuilah, sesungguhnya di dalam hati ada segumpal daging yang kalau dia baik maka akan baik pula seluruh anggota tubuh, dan kalau dia rusak maka akan rusak pula seluruh anggota tubuh, ketahuilah di adalah hati.” (Muttafaqun alaih)

Bila berbicara tentang hati ini ia akan di kaitkan dengan perasaan, almaklumlah kita semua sudah semakin dewasa dan bakal mengalami masalah hati yang menjerat jiwa dan perasaan. Namun apakah sandaran kita apabila masalah ini datang menerpa dan mula bertapak dalam hati dan jiwa? Bermohonlah pada Allah supaya tidak menenggelamkan kita dalam kemelut perasaan yang dapat merosakkan sekeping hati yang suci ini. Sesungguhnya hati ini di bawah genggaman Allah, Dia berhak memalingkan hati kita kepada sesiapa yang Dia kehendaki. 

Mungkin orang yang paling kita benci akan menjadi pendamping hidup kita selama-lamanya dan mungkin juga orang yang paling kita suka akan menjadi musuh kita suatu hari nanti. Kita tidak tahu rahsia hati ini kerna ia merupakan rahsia Allah.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah 216)

Buat Sahabat yang di sayangi, apabila kata sayang dan cinta mula di beri, janganlah terus terperdaya dengannya kerna tiada jaminan untuk semua ungkapan itu. Tiada jaminan bahawa kata dan sayang yang terluah menandakan dia adalah jodoh kita. Luahan kata "Aku suka kamu", "Aku sayang kamu", "Aku cinta kamu" adalah ungkapan yang penuh dengan bebanan tanggungjawab. Ia tidak semudah melafazkannya dengan kata-kata.

Salahkah aku sukakan dia? Bukankah perasaan suka itu adalah fitrah? Benar wahai sahabat. Perasaan suka itu adalah fitrah namun fitrah perlukan hidayah, jika tidak fitrah akan menjadi fitnah. Namun alangkah ruginya andai kita terfitnah semata-mata ingin menyempurnakan fitrah.

Seberapa kita yakin dengan hati kita? Hati berkata ia adalah jodoh dan pilihan terbaik kita. Tanpa istikharah dan doa supaya Allah berikan petunjuk kepada kita, maka kita berbuat keputusan bahawa ia adalah terbaik buat kita. Maka kita hanya percayakan hati kita, mengapa kita tidak meminta Allah buka kan mata kita dan berikan petunjuk buat keputusan yang penting ini. Perkara ini berkaitan dunia dan akhirat kita. Benarkan? Itulah seharusnya kamu lakukan wahai sahabat, istikharah dan mintalah Allah berikan petunjuk buat pilihan yang terbaik buat mu wahai sahabatku.

Ingatlah wahai sahabatku... 

"CINTA YANG DICARI ADALAH BAIK, TETAPI CINTA YANG DIDAPATI TANPA DICARI ADALAH LEBIH BAIK"

"tiada yang lebih diketahui dari hatimu, dan sebaik-baik hati adalah sentiasa berhubung dengan Allah, tanyalah pada Allah, dirimu akan menemui jawapannya"

Jadi jangan rungsingkan perihal perasaan yang datang tanpa di duga ini kerna ia tidak kekal lama. Ia hanya bertandang seketika lantaran si syaitan yang ingin mengotorkan jiwa dan hati yang suci bersih ini. Biarkan cinta dan perasaan itu bertapa andai ada ikatan yang halal darinya kerna tiada murka Allah buatnya malah ia lebih meraih pahala dari Allah. 

"Kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum kita mencintai diri sendiri, dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum kita mencintai ALLAH!"

Wahai sahabatku, insan yang benar-benar mencintai dirimu akan terus berjumpa orang tua mu dan melamarmu untuk menjadikan kamu suri hidupnya. Dan dia sesekali tidak akan mensia-siakan masa yang ada dengan hanya bermain cinta denganmu. Kerna dengan bermain cinta hanya akan membuang masa dan menghilangkan manisnya cinta yang halal buatmu dan dirinya. Lagi manis andai cinta itu mendapat keredhaan dari Allah.
Untukmu CINTA,...
Yang hadir di hati tanpa sebab, tanpa syarat,
tak terbatas oleh ruang,waktu dan jarak yang membentang...
Andai benar cinta itu karena Allah biarkanlah Allah Sang Pemilik Cinta yang mengatur segalanya hingga KEINDAHAN itu datang pada waktunya dengan orang yang TERBAIK yang Allah pilihkan untuk kita...
Akhir sekali wahai sahabatku.. doakan supaya cinta Allah datang seiring dengan cinta makhluk buat mu..

" YA ALLAH BERIKANLAH CINTA-MU KEPADAKU, JADIKANLAH ORANG YANG MENCINTAI-MU MENCINTAI AKU, DAN JADIKANLAH AKU MENCINTAI SEGALA SESUATU YANG MEMBAWA KEPADA KECINTAAN-MU!"


p/s: sudah penat menulis panjang lebar mengenai hal ini. buat sahabat yang di kasihi oleh Allah. Jika masih ada yang belum terang buatmu, nanti insyaAllah kita berjumpa dan akan saya cuba terangkan kepadamu. Tetapi ketahuilah bahawa saya juga masih belum memahami hal ini. Kita akan berjaya rungkainya andai kita pernah merasai halalnya cinta yang sebenar... insyaAllah...

p/s: ok.. masa untuk berehat.. makan ubat dan tidur.. :D

Tuesday, October 4

(T__T)



PEMEGANG DAN PEMILIK HATI INI HANYA SATU....


...................................................


PESANAN YANG SUNGGUH BERMAKNA DARI SEORANG TEMAN BUATKU :


"JAGA DIRI, JAGA AURAT, JAGA AKHLAK, JAGA IMAN!"


JAGA SEMUANYA, INSYAALLAH ALLAH AKAN JAGA NAM!


SEMOGA ALLAH MENJADIKAN AKHIRAT NAM LEBIH BAIK DARI DUNIA INI.. (T__T)




p/s: terima kasih untuk pesanan itu wahai teman.. semoga Allah sentiasa merahmati kamu sepanjang hidup dan akhiratmu.. semoga Allah menjadikan akhirat kamu juga wahai teman lebih baik dari dunia ini... semoga Allah pilih kamu lagi n lagi dalam agamaNya.. 

p/s 2: alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah mentakdirkan diriku untuk mengenalmu.. semoga Allah akan memuliakan kamu wahai teman ku...

p/s 3: sangat terusik apabila mendengar pesanan ini.. (T__T)


Sunday, September 25

Abaikan Ia

DENGAN NAMA ALLAH YANG MEMEGANG HIDUP DAN MATIKU


kenapa suka pakai tudung warna gelap?

kenapa suka pakai baju kurung hitam?

kenapa suka pakai jubah hitam?

kan klu pakai pakaian hitam panas, awak x panas ker?

Awak x rasa orang pandang serong kat awak ker bila pakai pakaian hitam ni?

kenapa awak tiba-tiba berubah dan pakai tudung besar macam ni?

Pakai tudung macam ni susah nak berfesyen tau.. awak x kesah ker?

Cara pakaian awak ni kolot la..!!!




BIARLAH APA MANUSIA NAK KATA KERNA YANG MENILAI SAYA BUKANNYA MEREKA TETAPI YANG MENILAI SAYA ADALAH ALLAH SWT..


Jadilah seperti yang Allah perintah dan bukannya menjadi seperti yang manusia perintahkan kerna yang memegang kehidupan kita adalah Allah bukannya manusia.. Jadi janganlah putus asa apabila mendengar kata-kata manusia kerna manusia tidak mampu memberi kemudaratan kepada kita tanpa izin dari Allah.. (",)

Tuesday, September 20

Saat Lafaz Sakinah

ASSALAMUALAIKUM WBT



Yakinlah pada janji ALLAH ,kita telah ada pasangan masing-masing sabarlah menanti, ikutilah panduan islam dalam mencari pasangan, hindarilah segala macam zina, zina mata, zina hati, dimana zina hati itu bahaya, lebihkanlah jauhi diri dari mendekati, larilah sejauh mana, bisulah seribu kata, kalau ALLAH kata kun fayakun, jadilah! maka jadilah, dengan izinNYA, jadi jagalah rasa hati yang singgah itu, pendamlah ia, dan sederhanakan, kerna janji ALLAH itu PASTI

Saat mendengar lagu "saat lafaz sakinah", sayu di hati kerna si ayah yang sepatutnya menjadi wali buat diri ini telah pergi menghadap Illahi, andai sampai masanya nanti si abang akan melaksanakan tanggungjawab ini bagi pihak ayah. Walaupun si abang yang menjadi wali tetapi tangisan ibu yang paling jelas seperti yang berlaku 3 tahun lalu di saat  kakak di ijab kabul, ibu tiba-tiba menangis kerna mengganggap dirinya telah kehilangan si anak yang di cinta dan di jaga sejak kecil. Namun sebenarnya ibu tidak pernah kehilangan anak sebaliknya punya seorang lagi anak yang baru. Itulah indahnya perkahwinan kerna menjadikan ibubapa bertambah anaknya dan si anak akan punya ibubapa yang baru.. 

Teringat pesanan ibu buat kakak " nanti dah kawen, ibu mertua tu kita kena hormat macam ibu kita, jangan anggap dia orang luar, jangan lebihkan mak dan jangan pula lebihkan dia, kena berlaku adil.. ingat tu, derhaka pada ibu mertua seumpama derhaka pada ibu sendiri..." Pesanan ibu buat kakak adalah pesanan buat diri yang belum mengalami situasi itu. Andai saatnya tiba, semoga Allah permudahkan segalanya. ameen...

Jom sama-sama dengarkan lagu dari kumpulan FAR EAST- SAAT LAFAZ SAKINAH. Lagu ni mengenai pesanan si wali kepada bakal menantunya.. Sangat syahdu........... seriussss.................(T___T)


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

(Pesanan si ayah)
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

(Jawapan si menantu)
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku


Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



.........................................................................................

Aku ingin mencari cinta sejati yang boleh membawa aku ke jalan Illahi. Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam. Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah. Aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie. Aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid. Aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai ALLAH lebih dari segalanya

Namun adakah layak buat diriku yang serba kekurangan dan masih terkejar-kejar dengan kenangan silam yang meluluhkan perasan hatiku... Bantulah aku YA ALLAH, untuk membetulkan diriku sebelum saat itu tiba... 

"Jika si isteri hanya beranggapan akan berubah hanya apabila memiliki lelaki yang soleh untuk menjadi suaminya, maka alangkah ruginya si isteri kerna masa yang banyak akan di luangkan untuk mengajar si isteri, sedangkan sepatutnya masa si suami harus  di habiskan di jalan Allah.." 
Pikirlah wahai diri.......... Muhasabah diri............ Semoga Allah permudahkan......... (T__T)
........................................................................
p/s: tersedih sekejap bila dengar lagu ini... 

p/s 2: kepada sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan, semoga Allah permudahkan urusan rumahtangga yang bakal di bina, semoga berkekalan hingga akhir hayat dan berkekalan di jannah... semoga Allah menghadiahi dengan anak-anak yang bakal menjadi mujahid dan mujahidah agama... ameen...