ASSALAMUALAIKUM WBT
Masturat bukanlah serikandi yang dijadikan untuk di angkat dan dipuji hingga terasa diri melambung tinggi. Namun sebenarnya diri hanya ibarat sekeping kertas kosong yang perlu dilukiskan oleh seorang pelukis yang berilmu dan berdedikasi. Bukan sebarang lukis boleh di lukis di atas kertas ini sebaliknya hanya lukisan yang membawa identiti dan peribadi yang murni. Bukan memilih tetapi sekadar berharap pelukis yang hadir berjiwa solehin. Tetapi Allah SWT lebih mengetahui rahsia berkenaan ini.
Ada juga beberapa insan yang cuba untuk merapatkan diri. Tapi maaf di dahulukan lantaran tiada ikatan yang sah yang membolehkan kita berbicara sesama sendiri.
Baru-baru ini nam terperangkap apabila persoalan-persoalan diajukan untuk mengetahui tahap kebolehan diri. Tetapi nam tidak boleh melatah dan perlu menjawap soalan dengan berlapang diri supaya jawapan yang di berikan memuaskan hati. Maafkan andai jawapan yang diberikan tidak dapat menyenangkan hati. Lantaran kelemahan diri dan kurangnya kepahaman nam pada usaha iman dan amal ini.
Ikuti perbualan nam dengan seorang insan yang di muliakan Allah SWT di suatu hari di laman sosial yahoo messenger (nam copy sebijik dari ym):
* N= nam
* H= Hamba Allah SWT
H : Masturat selalu dikaitkan dengan wanita-wanita yang tidak gemarkan fesyen aka tidak pandai berfesyen. Bagaimana masturat dapat membidas kenyataan ini?
N : Masturat sememangnya "old fesyen aka tidak pandai berfesyen" :D.. Tiada apa yang perlu nam bidas tentang hal ini.. :)
H: Maknanya kalian ini insan-insan yang suka duduk di bawah tempurung dan tidak suka mengikut perkembangan semasa? (ikon: senyum sinis)
N: Maaf nam ingin bertanya. Apa pentingnya fesyen ini pada hidup kita? Boleh saudari terangkan?
H: hurmmm...untuk nampak cantik.. wanitakan di jadikan cantik oleh Allah SWT. Jadi kenapa perlu disimpan kecantikkan itu di sebalik purdah dan jubah yang labuh? (ikon: tidak puas hati)
N: kerna kami cantik, kami menyimpan diri kami. :D. Jika barang yang cantik diperlihatkan di khalayak ramai. Semua mata akan tertumpu padanya. Betul tak? Jadi bagaimana dengan tuntutan Allah SWT untuk menyuruh kita menjaga pandangan dan menjaga kehormatan diri?
H: Tapi kerna kita cantiklah kita perlu berbangga dan mempamerkan diri. Itulah namanya bersyukur.. (ikon: muka menang)
N: Astagfirullah.. Sesungguhnya kita telah terperdaya dengan syaitan laknatullah. :'(.. Jika itu caranya kita bersyukur dengan kurniaan kecantikkan dan keelokkan susuk tubuh maka tiada hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk meminta kita untuk melabuhkan tudung dan menutup aurat.
H: ok.. Saya terima berkaitan aurat itu. Tetapi kenapa mesti berpakaian hitam? Di negara kita yang panas ini, rasa tidak sesuai berpakaian begitu.. huh!
N: Saudari bezakan ye. Andai nam berpakaian hitam dan sahabat nam berpakaian merah. Mana satu yang menarik perhatian saudari? :D
H: Mestilah warna merah. Kan lebih menyerlah berbanding hitam yang gelap dan tidak berseri.
N: Itulah jawapan untuk soalan saudari. :D
H: Apa jawapannya? (ikon tanda tanya)
N: Kena tidak mahu menarik perhatian ataupun menyerlah. Kadang-kadang orang tak perasaan pun andai kami lalu di situ... heheh.. :D
H: Tapi sebenarnya kalian lebih menarik perhatian dari kami yang seksi. (ikon: senyum sinis)
N: kerna itu kami di galakkan berada di rumah dan mengehadkan aktiviti hanya dirumah. Jika kuar dirumah kami di galakan keluar bersama suami dan adik beradik. :D.. Maaflah saudari, kerja nam sedikit tergugat kerna chat ini. InsyaAllah lain masa kita bersoal jawap lagi.. Semoga Allah bagi kepahaman pada nam dan juga saudari serta seluruh umat islam lain.. ameen ya Allah.. InsyaAllah..
H: ok.
..............................................................................................................
Sering dipersoalkan berkaitan pakaian dan cara penampilan diri. Namun sudah biasa dengan situasi ini. Baru-baru mula melangkah dulu, agak sukar untuk menjawap semua persoalan ini kerna tidak memahami dan mengetahui. Mungkin kerna dulu nam tidak istiqamah dan sekarang nam telah diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan tanpa rasa ragu. :D
moral of the story: buatlah sesuatu perkara kerna Allah SWT dan semoga Allah SWT berikan kekuatan untuk istiqamah dalam sesuatu amalan. InsyaAllah
3 comments:
kalau ada bisikan masturat, maka kena ada bisikan perkahwinan.. (",)
tahap keimanan manusia adalah berbeza menyebabkan tidak semua mampu melihat perintah Allah itu pada pandangan yang betul dan sebaiknya..
semoga Allah pilih anda keluar masturat as soon as possible okai....
permata yg cantik kena sorok baik-baik,takut nanti cahaya yg cantik tu hilang.....woha....
semua anda terus kuat...usaha lg n lg..sampai tiada lg....woha
nanti nak buat "bisikan karkun" ...
Post a Comment