ASSALAMUALAIKUM WBT
Akhirnya fasa terakhir ramadhan telah tiba. Sedang ramai umat beriktikaf di masjid dan memperbanyakkan amalan, nam pula sedang sibuk meng"update' blog.. isk3.. lemahnya iman. Baru belajar nak tekan nafsu dari menulis di blog. Dan nampaknya tidak berjaya.. (T_T)
Baru-baru ini nam sempat ke Maju Junction Kuala Lumpur atas urusan kerja, masyaAllah.. Ramainya umat islam sedang "memakmurkan" shopping complex" dan bazaar berdekatan.. Rasa seperti ada pesta besar sedang diraikan oleh semua orang.. isk3..
Semoga Allah berikan kita taufiq dan hidayat seupaya kita dapat menghayati ramadhan al-kareem yang datang setahun sekali. Dan mungkin ini ramadhan yang terakhir.. :'(
Melentur buluh
Miss Qaseh baru pulang dari bekerja, sepanjang bulan puasa miss qaseh akan pulang seawal 5 petang untuk menyediakan juadah berbuka buat keluarga. Seperti setiap hari semasa pulang ke rumah miss qaseh akan melihat dua kanak-kanak indonesia yang bermain di hadapan rumahnya. Terdetik di hati kecil miss qaseh " Tak penat ke adik-adik ni main-main masa bulan puasa ini?". Akhirnya tidak tertahan rasanya kerna setiap hari melihat mereka, maka miss qaseh pun duduk di depan tembok di depan pintu dan memanggil mereka. Berlakulah temubual di antara miss qaseh dan kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu bernama Razali dan Muharam
Razali: Akak2, dalam longkang tu ada ikan berudu. Ikan berudu itu banyak. Dia (sambil menunjukkan jari kepada Muharam), suka main ikan berudu.
Miss Qaseh: awak pegang ke berudu tu? Haaa. Tahu tak bila besar nanti berudu tu akan jadi apa?
Razali: Ikan berudu itu kan anak ikan. Nanti dah besar jadi ikan lah kak.
Miss Qaseh: Bukanlah. Berudu tu anak katak. Nanti dia dah besar jadi katak la.. :D.. Awak kenal jentik-jentik? Bila dia besar jadi apa?
Razali: Jentik-jentik pun anak ikan kan kak?
Miss Qaseh: Salahlah. Jentik-jentik bila dah besar jadi nyamuk. :D.. Haa.. Penat tak main? Hari ini puasa tak?
Razali: Penat tapi best. Tak puasa kak.. (sambil senyum)
Miss Qaseh: Ehh. berapa hari dah tak puasa? Awak bangun sahur tak?
Razali: Tak pernah puasa pun kak.. Kiteorang bangun lambat sebab tidur lambat tengok tv.
Miss Qaseh terus bangun dari tempat duduk dan terus masuk ke rumah. Miss Qaseh keluar kembali dengan membawa dua bungkus keropok. Orang disekeliling yang menanti anak sekolah (rumah depan sekolah) semua melihat kepada miss qaseh yang membawa keropok. Mungkin terasa pelik memandangkan sekarang bulan ramadhan.
Miss Qaseh: Awak nak keropok x?
Muharam: Kami suka makan keropok. hehe..
Miss Qaseh: Ok.. Hari ini awak boleh makan keropok ini. Tapi esok awak kena puasa. Boleh?
Muharam dan Razali: Tapi kami tak pandai puasa. :(
Miss Qaseh: Nanti mintak ayah kejutkan awak bangun sahur. Jangan lupa niat puasa. Esok awak boleh la puasa. Tapi awak jangan banyak main. Nanti penat, tak larat nanti nak puasa.
Razali: Tapi kiteorang selalu bangun lambat kak. Sahur pukul berapa kak?
Miss Qaseh: Sahur pagi-pagi sebelum orang solat subuh.
Razali: Oh.. Nanti saya bangun sahur.. :D
Miss Qaseh: InsyaAllah. Esok akak jumpa awak lagi kat sini. Sekarang pegi basuh tangan dan makan keropok. Dah dekat maghrib nanti balik mandi..
Razali dan Muharam: Baik kak..
Keesokkannya kanak-kanak itu tidak kelihatan pun di luar rumah seperti biasa. Mungkin mereka penat berpuasa dan hanya berehat dirumah. Menjelang pukul 6, kelibat kanak-kanak itu berada di luar pintu. Miss Qaseh sempat bertanya "adakah mereka berpuasa hari ini?". Dan sesungguhnya mereka telah berpuasa dengan izin Allah.. Syukur alhamdulillah.
...........................................................................
Begitulah juga dengan kerja agama, setiap rumah dan setiap hati perlu di ketuk untuk menceritakan tentang iman dan amal. Jika tiada sesiapa yang melakukan kerja ini, umat akan jauh dari agama. Dan mungkin ada yang tidak tahu apa itu iman. Nauzubillah.
Setiap umat islam bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja ini. Sebarkan kalimah Laa Ilaha Illallah ke seluruh pelusuk dunia supaya kita semua berpegang pada kalimah yang sama.. InsyaAllah..
Salam satu IMAN untuk kita semua.. insyaAllah.. Selamat menikmati malam-malam terakhir ramadhan. Semoga Allah berikan kesempatan kepada kita untuk menikmati ramadhan lagi pada tahun hadapan.. :'(
p/s: selamat beriktikaf bagi yang sedang beriktikaf, selamat berkhuruj bagi yang sedang berkhuruj, selamat berpuasa bagi yang sedang berpuasa.. Semoga kita temui malam Lailatul Qadar yang di cari.. ameen ya Allah..
p/s: selamat beriktikaf bagi yang sedang beriktikaf, selamat berkhuruj bagi yang sedang berkhuruj, selamat berpuasa bagi yang sedang berpuasa.. Semoga kita temui malam Lailatul Qadar yang di cari.. ameen ya Allah..
No comments:
Post a Comment