Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Monday, August 27

Berhenti menulis

ASSALAMUALAIKUM WBT

Ramadhan sudah melabuhkan tirainya,
Syawal menggantikan suasana,
Semua gembira menyambutnya,
Namun mengapa ada yang berduka?

Menangis hiba membiarkan dia pergi,
Datang berkunjung hanya setahun sekali,
Tidak pasti adakah dapat bersua kembali,
Kerna ajal belum pasti..

Mungkin belum terlambat rasanya nam nak mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada setiap yang mengenali nam di alam maya dan juga di dunia nyata. Nam minta maaf dan mohon halalkan jika ada terambil atau termakan sesuatu kepunyaan kalian tanpa meminta izin terlebih dahulu. Dan nam minta maaf juga andai ada kata-kata dan perlakuan nam yang menguris hati dan perasaan tanpa nam sedar akan kesilapan itu. Harap doakan nam berjaya dalam perlayaran kehidupan yang baru nam hendak mulakan, kadang-kadang badai melanda dan menghayutkan nam ke tebing semula. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberikan kasih sayangNya kepada kalian semua yang selalu di kasihi dan di cintai oleh nam..


Ada satu pengumuman penting nam ingin beritahu disini. Ini mungkin post (entry) nam yang terakhir kerna nam ingin menyepikan dari dunia blogging ini. Semoga Allah mudahkan, berat rasanya ingin membuat keputusan ini memandangkan nam sangat gemar menulis. 

Kepada insan-insan yang dikasihi Allah, yang selalu memberikan nasihat dan kata-kata semangat untuk nam, nam ucapkan ribuan terima kasih. Nam sedang cuba memuhasabah diri dan memperbetulkan diri. InsyaAllah.. Semoga Allah muliakan kalian di dunia dan akhirat.. ameen ya Allah.

Akhir kata dari nam, teruskan usaha iman dan amal hingga ajal datang menjemput kalian semua. Semoga Allah berikan hidayah kepada semua dan semoga sama-sama kita menuju ke syurga abadi. Ameen ya Allah. 

Thursday, August 9

Melentur Buluh

ASSALAMUALAIKUM WBT


Akhirnya fasa terakhir ramadhan telah tiba. Sedang ramai umat beriktikaf di masjid dan memperbanyakkan amalan, nam pula sedang sibuk meng"update' blog.. isk3.. lemahnya iman. Baru belajar nak tekan nafsu dari menulis di blog. Dan nampaknya tidak berjaya.. (T_T)

Baru-baru ini nam sempat ke Maju Junction Kuala Lumpur atas urusan kerja, masyaAllah.. Ramainya umat islam sedang "memakmurkan" shopping complex" dan bazaar berdekatan.. Rasa seperti ada pesta besar sedang diraikan oleh semua orang.. isk3..

Semoga Allah berikan kita taufiq dan hidayat seupaya kita dapat menghayati ramadhan al-kareem yang datang setahun sekali. Dan mungkin ini ramadhan yang terakhir.. :'(

Melentur buluh

Miss Qaseh baru pulang dari bekerja, sepanjang bulan puasa miss qaseh akan pulang seawal 5 petang untuk menyediakan juadah berbuka buat keluarga. Seperti setiap hari semasa pulang ke rumah miss qaseh akan melihat dua kanak-kanak indonesia yang bermain di hadapan rumahnya. Terdetik di hati kecil miss qaseh " Tak penat ke adik-adik ni main-main masa bulan puasa ini?". Akhirnya tidak tertahan rasanya kerna setiap hari melihat mereka, maka miss qaseh pun duduk di depan tembok di depan pintu dan memanggil mereka. Berlakulah temubual di antara miss qaseh dan kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu bernama Razali dan Muharam

Razali: Akak2, dalam longkang tu ada ikan berudu. Ikan berudu itu banyak. Dia (sambil menunjukkan jari kepada Muharam), suka main ikan berudu.

Miss Qaseh: awak pegang ke berudu tu? Haaa. Tahu tak bila besar nanti berudu tu akan jadi apa?

Razali: Ikan berudu itu kan anak ikan. Nanti dah besar jadi ikan lah kak.

Miss Qaseh: Bukanlah. Berudu tu anak katak. Nanti dia dah besar jadi katak la.. :D.. Awak kenal jentik-jentik?  Bila dia besar jadi apa?

Razali: Jentik-jentik pun anak ikan kan kak? 

Miss Qaseh: Salahlah. Jentik-jentik bila dah besar jadi nyamuk. :D.. Haa.. Penat tak main? Hari ini puasa tak?

Razali: Penat tapi best. Tak puasa kak.. (sambil senyum)

Miss Qaseh: Ehh. berapa hari dah tak puasa? Awak bangun sahur tak?

Razali: Tak pernah puasa pun kak.. Kiteorang bangun lambat sebab tidur lambat tengok tv.

Miss Qaseh terus bangun dari tempat duduk dan terus masuk ke rumah. Miss Qaseh keluar kembali dengan membawa dua bungkus keropok. Orang disekeliling yang menanti anak sekolah (rumah depan sekolah) semua melihat kepada miss qaseh yang membawa keropok. Mungkin terasa pelik memandangkan sekarang bulan ramadhan.

Miss Qaseh: Awak nak keropok x?

Muharam: Kami suka makan keropok. hehe..

Miss Qaseh: Ok.. Hari ini awak boleh makan keropok ini. Tapi esok awak kena puasa. Boleh?

Muharam dan Razali: Tapi kami tak pandai puasa. :(

Miss Qaseh: Nanti mintak ayah kejutkan awak bangun sahur. Jangan lupa niat puasa. Esok awak boleh la puasa. Tapi awak jangan banyak main. Nanti penat, tak larat nanti nak puasa.

Razali: Tapi kiteorang selalu bangun lambat kak. Sahur pukul berapa kak?

Miss Qaseh: Sahur pagi-pagi sebelum orang solat subuh.

Razali: Oh.. Nanti saya bangun sahur.. :D

Miss Qaseh: InsyaAllah. Esok akak jumpa awak lagi kat sini. Sekarang pegi basuh tangan dan makan keropok. Dah dekat maghrib nanti balik mandi.. 

Razali dan Muharam: Baik kak..

Keesokkannya kanak-kanak itu tidak kelihatan pun di luar rumah seperti biasa. Mungkin mereka penat berpuasa dan hanya berehat dirumah. Menjelang pukul 6, kelibat kanak-kanak itu berada di luar pintu. Miss Qaseh sempat bertanya "adakah mereka berpuasa hari ini?". Dan sesungguhnya mereka telah berpuasa dengan izin Allah.. Syukur alhamdulillah.

Budak sekecil 7-8 tahun mungkin tidak mengerti tentang puasa, solat dan mengaji Al-Quran jika tidak diterapkan sejak kecil. Tetapi tidak mustahil budak 4 tahun boleh berpuasa, bersolat dan mengaji Al-Quran. Apa yang penting kena didik mereka dengan betul. InsyaAllah..
...........................................................................

Begitulah juga dengan kerja agama, setiap rumah dan setiap hati perlu di ketuk untuk menceritakan tentang iman dan amal. Jika tiada sesiapa yang melakukan kerja ini, umat akan jauh dari agama. Dan mungkin ada yang tidak tahu apa itu iman. Nauzubillah. 

Setiap umat islam bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja ini. Sebarkan kalimah Laa Ilaha Illallah ke seluruh pelusuk dunia supaya kita semua berpegang pada kalimah yang sama.. InsyaAllah..

Salam satu IMAN untuk kita semua.. insyaAllah.. Selamat menikmati malam-malam terakhir ramadhan. Semoga Allah berikan kesempatan kepada kita untuk menikmati ramadhan lagi pada tahun hadapan.. :'(

p/s: selamat beriktikaf bagi yang sedang beriktikaf, selamat berkhuruj bagi yang sedang berkhuruj, selamat berpuasa bagi yang sedang berpuasa.. Semoga kita temui malam Lailatul Qadar yang di cari.. ameen ya Allah.. 

Monday, August 6

Bisikan Perkahwinan

ASSALAMUALAIKUM WBT


Dia pulang membawa semangat,
kerna perjuangan mencapai matlamat,
Namun pergorbanan belum tamat,
kerna seluruh umat belum di lawat.

Buat encik suami pekerja agama
Kami rela ditinggalkan di rumah sahaja,
Asalkan suami menyambut takaza,
membawa umat kepada agama,

Pernah dulu berjanji setia bersama,
untuk bersama hingga ke syurga
Oleh itu kami rela korbankan semua,
Harta, masa dan juga suami tercinta.

Si isteri bukan manusia sempurna,
Bantulah mendidik akhlak dan budinya,
Supaya tidak cepat berputus asa,
apabila di soal mana suaminya?

Ditinggal pergi berbulan lamanya,
nafkah di berikan mengikut kemampuan yang ada,
si isteri di rumah tawajuh padaNya,
supaya suami pulang setelah takaza berjaya.

Wahai encik suami yang dicintai,
kami bukan meminta emas dan harta duniawi,
Dalam melengkapi kehidupan di sini,
Tetapi  kami hanya mengimpikan kehidupan syurgawi.

Wahai sayangku yang dicintai selalu,
semoga kita dapat bersama hingga ke syurga,
berpimpin tangan dan bermesra bersama,
Ingin ku jadi bidadarimu selamanya... :D



p/s: seperti tuan fuad ansari cadangkan.. nam pun melahirkan perasaan melalui penulisan.. :D..

p/s: selamat mengaut rahmat dan kasih sayang Allah pada malam-malam terakhir bulan ramadhan ini, entah sempat atau tidak kita menikmati ramadhan akan datang.. :'(






Friday, August 3

Bisikan Masturat II

ASSALAMUALAIKUM WBT

Masturat bukanlah serikandi yang dijadikan untuk di angkat dan dipuji hingga terasa diri melambung tinggi. Namun sebenarnya diri hanya ibarat sekeping kertas kosong yang perlu dilukiskan oleh seorang pelukis yang berilmu dan berdedikasi. Bukan sebarang lukis boleh di lukis di atas kertas ini sebaliknya hanya lukisan yang membawa identiti dan peribadi yang murni. Bukan memilih tetapi sekadar berharap pelukis yang hadir berjiwa solehin. Tetapi Allah SWT lebih mengetahui rahsia berkenaan ini.



Ada juga beberapa insan yang cuba untuk merapatkan diri. Tapi maaf di dahulukan lantaran tiada ikatan yang sah yang membolehkan kita berbicara sesama sendiri. 

Baru-baru ini nam terperangkap apabila persoalan-persoalan diajukan untuk mengetahui tahap kebolehan diri.  Tetapi nam tidak boleh melatah dan perlu menjawap soalan dengan berlapang diri supaya jawapan yang di berikan memuaskan hati. Maafkan andai jawapan yang diberikan tidak dapat menyenangkan hati. Lantaran kelemahan diri dan kurangnya kepahaman nam pada usaha iman dan amal ini. 

Ikuti perbualan nam dengan seorang insan yang di muliakan Allah SWT di suatu hari di laman sosial yahoo messenger (nam copy sebijik dari ym):

* N= nam
* H= Hamba Allah SWT

H : Masturat selalu dikaitkan dengan wanita-wanita yang tidak gemarkan fesyen aka tidak pandai berfesyen. Bagaimana masturat dapat membidas kenyataan ini?

N : Masturat sememangnya "old fesyen aka tidak pandai berfesyen" :D.. Tiada apa yang perlu nam bidas tentang hal ini.. :)

H: Maknanya kalian ini insan-insan yang suka duduk di bawah tempurung dan tidak suka mengikut perkembangan semasa? (ikon: senyum sinis)

N: Maaf nam ingin bertanya. Apa pentingnya fesyen ini pada hidup kita? Boleh saudari terangkan?

H: hurmmm...untuk nampak cantik.. wanitakan di jadikan cantik oleh Allah SWT. Jadi kenapa perlu disimpan kecantikkan itu di sebalik purdah dan jubah yang labuh? (ikon: tidak puas hati)

N: kerna kami cantik, kami menyimpan diri kami. :D. Jika barang yang cantik diperlihatkan di khalayak ramai. Semua mata akan tertumpu padanya. Betul tak? Jadi bagaimana dengan tuntutan Allah SWT untuk menyuruh kita menjaga pandangan dan menjaga kehormatan diri?

H: Tapi kerna kita cantiklah kita perlu berbangga dan mempamerkan diri. Itulah namanya bersyukur.. (ikon: muka menang)

N: Astagfirullah.. Sesungguhnya kita telah terperdaya dengan syaitan laknatullah. :'(.. Jika itu caranya kita bersyukur dengan kurniaan kecantikkan dan keelokkan susuk tubuh maka tiada hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk meminta kita untuk melabuhkan tudung dan menutup aurat. 

H: ok.. Saya terima berkaitan aurat itu. Tetapi kenapa mesti berpakaian hitam? Di negara kita yang panas ini, rasa tidak sesuai berpakaian begitu.. huh!

N: Saudari bezakan ye. Andai nam berpakaian hitam dan sahabat nam berpakaian merah. Mana satu yang menarik perhatian saudari? :D

H: Mestilah warna merah. Kan lebih menyerlah berbanding hitam yang gelap dan tidak berseri. 

N: Itulah jawapan untuk soalan saudari. :D

H:  Apa jawapannya? (ikon tanda tanya)

N: Kena tidak mahu menarik perhatian ataupun menyerlah. Kadang-kadang orang tak perasaan pun andai kami lalu di situ... heheh.. :D

H: Tapi sebenarnya kalian lebih menarik perhatian dari kami yang seksi. (ikon: senyum sinis)

N: kerna itu kami di galakkan berada di rumah dan mengehadkan aktiviti hanya dirumah. Jika kuar dirumah kami di galakan keluar bersama suami dan adik beradik. :D.. Maaflah saudari, kerja nam sedikit tergugat kerna chat ini. InsyaAllah lain masa kita bersoal jawap lagi.. Semoga Allah bagi kepahaman pada nam dan juga saudari serta seluruh umat islam lain.. ameen ya Allah.. InsyaAllah..

H: ok. 
..............................................................................................................

Sering dipersoalkan berkaitan pakaian dan cara penampilan diri. Namun sudah biasa dengan situasi ini. Baru-baru mula melangkah dulu, agak sukar untuk menjawap semua persoalan ini kerna tidak memahami dan mengetahui. Mungkin kerna dulu nam tidak istiqamah dan sekarang nam telah diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan tanpa rasa ragu. :D 

moral of the story: buatlah sesuatu perkara kerna Allah SWT dan semoga Allah SWT berikan kekuatan untuk istiqamah dalam sesuatu amalan. InsyaAllah

p/s: selitkan nama nam dalam doakan kalian. Nam berazam untuk kuar masturat tahun depan.. InsyaAllah.. Semoga Allah pilih nam yang lemah ini.. :'(