Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Wednesday, February 29

PetunjukMu Buatku

ASSALAMUALAIKUM WBT



Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan (yang tepat) kepada Engkau dengan ilmu (yang ada pada-Mu), dan aku memohon kekuasaan-Mu (untuk menyelesaikan urusanku) dengan kudrat-Mu.

Dan aku memohon kepada-Mu sebahagian karunia-Mu yang agung, karena sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha Tahu sedangkan aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib.

Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahawa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta (lebih baik pula) akibatnya (di dunia dan akhirat), maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini.

Dan sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta (lebih buruk pula) akibatnya (di dunia dan akhirat), maka jauhkanlah urusan ini dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku redha menerimanya..



Monday, February 27

Sunnah VS Adat

ASSALAMUALAIKUM WBT

Terbaca status dibawah dari status facebook seorang sahabat. Agak ramai yang meng"copy paste" kan status ini dan berkongsi di facebook mereka. Berulang kali saya baca dan saya pula terasa nak berkongsi di sini. Benar kata-katanya. Kadang-kadang kita membelakangkan sunnah dan meninggikan adat. 

.................................................................................................................................

Aku backup tentang nikah sebab itulah satu-satunya cara yang terbaik untuk hapuskn zina. Zina dah jadi sangat biasa di kalangan umat islam sekarang. Budak-budak sekolah pun dah ramai sangat yang tidak ada dara, apatah lagi budak-budak universiti. Bila keluar dakwah, tengok keadaan umat, dekat bandar penuh dengan orang-orang islam berpegangan tangan tetapi belum bernikah. Ada pulak yg halalkan hubungan itu atas nama 'tunang'. =="

hmmm... Nikahlah penyelesaiannya, tapi bila aku dakwahkn hal ni kepada ahli-ahli maksiat mereka berikan alasan adat-adat melayu menghalang mereka untuk menikah muda/awal. Seperti yang aku jelaskan dalam status-status sebelum ini berkenaan duit hantaran dan lain-lain.

Jadi perjuangan kita sekarang ialah kita kena bangun julang sunnah Rasulullah dan jom kita nikah ramai-ramai dengan cara Nabi tanpa adat melayu. Bila ramai yang amal sunnah Nabi dalam perkahwinan maka masyarakat tidak rasa malu untuk amalkan perkara yang sama dan akhirnya sunnah Nabi akan kembali hidup dan nikah menjadi mudah.

Alhamdulillah, aku telah terangkan kepada keluargaku dengan bersungguh-sungguh sampaikan aku bersumpah untuk tidak bernikah kalau tidak buat ikut sunnah, aku tidak mahu adat-adat hindu dalam perkahwinan aku nanti. Bila keluarga tengok kesungguhan aku, mereka pun bersetuju dengan aku. Ayuh kawan-kawan, kuatkan hati, terangkan kepada keluarga yang kami generasi baru, generasi mahdi, kami cintakan Nabi dengan lidah, hati dan amal. Bukan hanya dengan lidah....

Kebanyakan orang yang bercouple dan berzina ini bila aku interview kenapa tidak kawen sahaja mereka akan jawab.

'alaa... nak kawen mahal la... zaman sekarang kurang-kurang kena ada rm10ribu baru boleh kawen...kalau zina free jeee...'

Orang-orang jahil zaman ini mengganggap adat-adat seperti hantaran, pelamin dan lain-lain itu satu kewajipan dan mereka takut untuk menikah cara Rasulullah dan sahabat baginda sebab 'tidak ada orang buat'. Jadi kalau di qiaskan.

Orang-orang berzina sebab tidak ada 'duit hntaran'. Duit hantran, baju kelip-kelip, pelamin, bersanding pulak adalah adat hindu paria yang tiada dalilnya dari quran dan hadis. Maka orang berzina kerana adat-adat hindu ini DIHIDUPKAN. Maka orang yang menghidupkan adat-adat ni sebenarnya penyebab orang untuk berzina.

Cukuplah dengan dosa kita yang ada. Untuk apa kita tambah lagi dosa dan jadi penyebab orang buat dosa. Dah sampai masanya kita bangkit dan hapuskan adat-adat hindu laknat dan julang sunnah Rasulullah.

dimana para pecinta nabi???
dimana para pecinta nabi???
dimana para pecinta nabi???

org melayu fikir... cinta nabi = selawat

Sedangkan cinta Nabi itu ialah mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah. Dalam sebuah hadis Nabi mengkhabarkan akan datang satu zaman di mana sunnah-sunnah baginda dianggap lapuk dan tidak releven untuk diamalkan maka Nabi bersabda barangsiapa yang bertemu dengan zaman itu dan menghidupkan sunnah-sunnah baginda maka Allah akan kurniakan pahala 100x mati syahid!!!!

Aku sahut seruan baginda. Bagaimana dengan kalian wahai 'pecinta Nabi'????

Para pemuda islam dah bangkit mahukan islam dan mahu buang adat-adat melayu yang menyusahkan. Semua pun dah tidak kisah tentang duit hantaran, kenduri besar-besar, baju kawen kelip-kelip, pelamin, makan beradab dan adat-adat lain yang menyusahkan syariat. Cuma golongan-golongan tua sahaja yakni ibu-ibu dan bapa-bapa kita yang masih belum faham dan masih 'takut org kata apa' kalau tidak buat adat-adat pelik tu.

InsyaAllah generasi akan datang, semua adat-adat melayu yang pelik-pelik ini akan hancur hilang dan cuma sunnah Nabi yang bakal dijulang dan kemudian urusan nikah akan jadi mudah.

bila nikah jadi mudah,
zina jadi susah,
bila zina jadi susah,
taraf hidup manusia akan kembali suci dan layak digelar khalifah,
sebab skrg manusia tidak layak digelar khalifah,
sebab manusia dan haiwan tu sama,
haiwan bercampur laki perempuan dalam kandang,
macam itu juga manusia bercampur di sekolah,universiti dan tempat kerja macam binatang,
binatang keturunan mereka tidak jelas dan berzina dengan siapa saja,
begitu juga manusia yang keturunan mereka tidak lagi jelas sampai keluarga sendiri pun dirogol.

InsyaAllah..kita smua akan bangkit julang sunnah Nabi dan pegang semula title khalifah di muka bumi. Aku orang pertama yang akan hapuskan adat-adat melayu yang menyusahkan ini. Siapa mahu berdiri bersama aku???


say no to 'hantaran'
say no to 'pelamin'
say no to 'baju pngntin mahal2 kelip2'
say no to 'adat melayu'

kita bukan orang melayu, kita semua UMAT NABI...

SEMUA YANG MENGAKU ALLAH TUHAN DAN MUHAMMAD RASULNYA ADALAH SAUDARA KITA..

.............................................................................................

Semoga di akhir zaman ini kita dipilih oleh Allah SWT untuk amalkan sunnah Nabi SAW dan meninggalkan perkara yang bertentangan dengan agama kita. Semoga Allah pelihara kita semua dari fitnah akhir zaman ini.. Ameen ya Allah.. (>_<)

p/s: status di atas telah tidak di olah melainkan perkataan singkatannya sahaja.. sekian terima kasih.. (",)

Sunday, February 19

Menunggu dengan SABAR, Meminta dalam SOLAT dan DOA

ASSALAMUALAIKUM WBT


Perjalanan yang mengambil masa 3 jam dari Johor ke KL, sesuatu peluang yang baik untuk saya berfikir sedalam-dalamnya. Melihat bintang yang berkelipan di atas langit yang terbentang luas, di temani pokok-pokok yang menghijau di kiri kanan jalan menambahkan ketenangan di hati dan fikiran untuk berfikir dengan baik.


Pelbagai perkara muncul dalam benak hati, antara kecewa dan harapan yang membara. Saya tidak suka berada di dalam dilema begini. Menanti sesuatu yang sudah Allah putuskan buat saya. Terasa masih belum mengalah sedangkan sepatutnya saya hanya berserah menanti kabar gembira dari Allah.


Saya sedang berhajat sesuatu perkara yang besar daripada Allah. Perkara yang berkaitan kehidupan saya selepas ini. Sesuatu hajat yang saya tidak pasti apakah dapat saya miliki atau sebaliknya. Semoga Allah perkenankan hajat saya. Saya masih menunggu hingga ia benar-benar pasti buat saya.


Di dalam dilema ini, peringatan yang hebat saya terima dari Allah buat saya. Allah menghantarkan seorang insan untuk menasihati saya. Kata-katanya jelas mendalam maksudnya. Terpaku saya membaca mesej-mesej yang di hantar olehnya. Rasa kembali bersemangat dan kecewa yang ada terluput dari minda.

Pesanannya buat saya:

" Allah sedang menghantar kabar gembira buat nam, tetapi ia masih menunggu masa yang sesuai untuk tiba kepada nam, harap nam menunggu dengan SABAR, dan sentiasa meminta dalam SOLAT dan DOA"


Untungnya orang yang bersabar kerna Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. 

Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah memberikan gambaran bahawa:
  • Sabar bukan bererti menyerah tanpa usaha  namun, sabar juga bukan bererti perjuangan tanpa hasil.
  • Sabar adalah taman kesejukan di antara usaha yang maksima dan tawakkal yang sepenuhnya.
  • Sabar adalah timbulnya keyakinan yang kuat kepada janji Allah. Allah tidak mungkir janji.
  • Dengan sabar, hati begitu optimis, bahawa Allah akan segera menyambut niat dan keinginan tulus seorang hamba.

Allah berjanji bahawa hanya hamba-Nya yang istiqamah dan berjiwa teguh serta yakin dengan  Qadar serta Qadha' Allah SWT sahaja  yang mampu bersabar, dalam mengharungi suka duka kehidupan.

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah 2:153)

Kini saya semakin faham apa perlu saya lakukan, banyak yang saya belajar apabila di uji begini. Allah menghantarkan insan-insan yang di muliakan untuk mentarbiah saya yang lemah dan tidak bermaya ini supaya saya tidak jauh dari Nya. 

Saya tidak perlu bimbang dengan perancangan Allah kerna Allah akan memberikan yang terbaik buat saya. InsyaAllah.. (Tawajjuh) (",). Semoga apa yang saya inginkan itu adalah yang terbaik buat saya. Ameen ya Allah..

p/s: buat insan yang saya kasihi itu, sama-sama kita berdoa memohon petunjuk dari Allah untuk memberikan yang terbaik buat kita. Kerna Allah adalah sebaik-baik perancang dan sebaik tempat untuk mengadu kesusahan dan kegelisahan hati kita. Allah sayang kita kerna itu Allah uji kita sekarang. Semoga kita akan bahagia selamanya apabila berjaya melepasi ujian ini.. ameen ya Allah.. (",).. **qnf**

Monday, February 13

Tiada Tajuk Yang Sesuai

ASSALAMUALAIKUM WBT






*******************************************************
Tahajjud cinta ~> 
mencari ketenangan jiwa, bertemu Yang Maha Esa, memohon kepada-Nya, agar di anugerahkan keredhaan-Nya.

Witir setia ~> 
menyempurnakan langkah hati, yang sentiasa sunyi, bangkitlah di malam hari, kerana Allah amat dekat dengan diri.

******************************************************


***********************************
Jika seorang datang membuat kita kecewa , maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar

Jika kita rasa kita sedang dikecewakan , itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap (^_^)

  Jadi kita kena selalu ingat hanya Allah tempat bergantung harap  


"Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik dari itu. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita.."


*******************************************

p/s: sibuk menulis cerpen hingga terbawa-bawa ke dalam blog.. masa juga agak terbatas hingga tidak sempat ingin mencalit sepatah dua kata didalam blog ini.. cerpen yang sedang saya usahakan masih dalam penulisan.. semoga Allah mudahkan semuanya.. 

Tuesday, February 7

Saya Bukan Anak Karkun

ASSALAMUALAIKUM WBT


Sekian kali pertanyaan demi pertanyaan datang kepada saya mengenai bagaimana saya kenal usaha atas iman dan amal. Bagaimana nak cerita ya? Agak pening untuk saya ceritakan kerna perkara ini agak keliru dan pelik. Namun sebenarnya Allah telah mengizinkan saya mengenali usaha atas iman dan amal atas asbab pengenalan dengan seorang teman yang di muliakan Allah SWT. Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayat kepada dia selama-lamanya.. Ameen ya Allah..

Pertanyaan yang selalu terima "apakah saya anak karkun?" "Family buat usaha ker?" Jawapannya tidak.. saya bukan anak seorang karkun apatah lagi tiada dalam linkungan saya yang mengenal usaha atas iman dan amal ini. Tiada seorang pengusaha agama dalam kerabat saya, dan mungkin juga ada tetapi saya tidak mengenali mereka.


Tetapi yang pasti saya telah jatuh cinta.. Ya saya jatuh cinta.. Jatuh cinta pada dia.. Siapakah dia? Dia sangat istimewa kerna menjadi asbab terdidiknya jiwa dan iman di dalam dada. Allah berikan hidayat di saat umat sedang menderita kerna menjadi hamba pada dunia yang fana. Allah hadirkan sedikit kesedaran supaya teruskan dakwah untuk kekalkan iman islam di akhir zaman ini.


Setelah jatuh cinta dengannya, tiada lagi keluhan dan rasa kesal yang sering bertandang dalam jiwa. Semua di terima dengan berlapang dada, sebelum mengenal dia, semua ujian ibarat batu besar menghempas di kepala, hingga tidak mampu berdiri dengan sempurna.


Tetapi sekarang, alhamdulillah, kerna tarbiah yang hebat Allah berikan kepada saya. Hidup di hadapi dengan semangat yang waja. Tiada lagi duka cita dan penyesalan terhadap takdir yang menimpa.


Setelah mengenal usaha atas iman dan amal, Allah berikan ujian yang banyak kepada saya untuk mengetahui tahap kesungguhan saya untuk kekal dalam usaha ini. Berbagai rintang terpaksa ditempuhi untuk menjadi pilihan Allah. Banyak kata-kata yang tidak enak menjadi baja keimanan di dalam jiwa. Tidak mengapa, saya tidak pernah menyalahkan sesiapa yang berkata kerna sekarang adalah masa ujian Allah buat saya..




p/s: doakan semoga Allah kekalkan saya dan saudara-saudara semua di dalam usaha atas iman dan amal ini. Semoga hidayat tersebar seluruh alam.. ameen ya Allah..