Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Showing posts with label kongsi. Show all posts
Showing posts with label kongsi. Show all posts

Monday, February 27

Sunnah VS Adat

ASSALAMUALAIKUM WBT

Terbaca status dibawah dari status facebook seorang sahabat. Agak ramai yang meng"copy paste" kan status ini dan berkongsi di facebook mereka. Berulang kali saya baca dan saya pula terasa nak berkongsi di sini. Benar kata-katanya. Kadang-kadang kita membelakangkan sunnah dan meninggikan adat. 

.................................................................................................................................

Aku backup tentang nikah sebab itulah satu-satunya cara yang terbaik untuk hapuskn zina. Zina dah jadi sangat biasa di kalangan umat islam sekarang. Budak-budak sekolah pun dah ramai sangat yang tidak ada dara, apatah lagi budak-budak universiti. Bila keluar dakwah, tengok keadaan umat, dekat bandar penuh dengan orang-orang islam berpegangan tangan tetapi belum bernikah. Ada pulak yg halalkan hubungan itu atas nama 'tunang'. =="

hmmm... Nikahlah penyelesaiannya, tapi bila aku dakwahkn hal ni kepada ahli-ahli maksiat mereka berikan alasan adat-adat melayu menghalang mereka untuk menikah muda/awal. Seperti yang aku jelaskan dalam status-status sebelum ini berkenaan duit hantaran dan lain-lain.

Jadi perjuangan kita sekarang ialah kita kena bangun julang sunnah Rasulullah dan jom kita nikah ramai-ramai dengan cara Nabi tanpa adat melayu. Bila ramai yang amal sunnah Nabi dalam perkahwinan maka masyarakat tidak rasa malu untuk amalkan perkara yang sama dan akhirnya sunnah Nabi akan kembali hidup dan nikah menjadi mudah.

Alhamdulillah, aku telah terangkan kepada keluargaku dengan bersungguh-sungguh sampaikan aku bersumpah untuk tidak bernikah kalau tidak buat ikut sunnah, aku tidak mahu adat-adat hindu dalam perkahwinan aku nanti. Bila keluarga tengok kesungguhan aku, mereka pun bersetuju dengan aku. Ayuh kawan-kawan, kuatkan hati, terangkan kepada keluarga yang kami generasi baru, generasi mahdi, kami cintakan Nabi dengan lidah, hati dan amal. Bukan hanya dengan lidah....

Kebanyakan orang yang bercouple dan berzina ini bila aku interview kenapa tidak kawen sahaja mereka akan jawab.

'alaa... nak kawen mahal la... zaman sekarang kurang-kurang kena ada rm10ribu baru boleh kawen...kalau zina free jeee...'

Orang-orang jahil zaman ini mengganggap adat-adat seperti hantaran, pelamin dan lain-lain itu satu kewajipan dan mereka takut untuk menikah cara Rasulullah dan sahabat baginda sebab 'tidak ada orang buat'. Jadi kalau di qiaskan.

Orang-orang berzina sebab tidak ada 'duit hntaran'. Duit hantran, baju kelip-kelip, pelamin, bersanding pulak adalah adat hindu paria yang tiada dalilnya dari quran dan hadis. Maka orang berzina kerana adat-adat hindu ini DIHIDUPKAN. Maka orang yang menghidupkan adat-adat ni sebenarnya penyebab orang untuk berzina.

Cukuplah dengan dosa kita yang ada. Untuk apa kita tambah lagi dosa dan jadi penyebab orang buat dosa. Dah sampai masanya kita bangkit dan hapuskan adat-adat hindu laknat dan julang sunnah Rasulullah.

dimana para pecinta nabi???
dimana para pecinta nabi???
dimana para pecinta nabi???

org melayu fikir... cinta nabi = selawat

Sedangkan cinta Nabi itu ialah mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah. Dalam sebuah hadis Nabi mengkhabarkan akan datang satu zaman di mana sunnah-sunnah baginda dianggap lapuk dan tidak releven untuk diamalkan maka Nabi bersabda barangsiapa yang bertemu dengan zaman itu dan menghidupkan sunnah-sunnah baginda maka Allah akan kurniakan pahala 100x mati syahid!!!!

Aku sahut seruan baginda. Bagaimana dengan kalian wahai 'pecinta Nabi'????

Para pemuda islam dah bangkit mahukan islam dan mahu buang adat-adat melayu yang menyusahkan. Semua pun dah tidak kisah tentang duit hantaran, kenduri besar-besar, baju kawen kelip-kelip, pelamin, makan beradab dan adat-adat lain yang menyusahkan syariat. Cuma golongan-golongan tua sahaja yakni ibu-ibu dan bapa-bapa kita yang masih belum faham dan masih 'takut org kata apa' kalau tidak buat adat-adat pelik tu.

InsyaAllah generasi akan datang, semua adat-adat melayu yang pelik-pelik ini akan hancur hilang dan cuma sunnah Nabi yang bakal dijulang dan kemudian urusan nikah akan jadi mudah.

bila nikah jadi mudah,
zina jadi susah,
bila zina jadi susah,
taraf hidup manusia akan kembali suci dan layak digelar khalifah,
sebab skrg manusia tidak layak digelar khalifah,
sebab manusia dan haiwan tu sama,
haiwan bercampur laki perempuan dalam kandang,
macam itu juga manusia bercampur di sekolah,universiti dan tempat kerja macam binatang,
binatang keturunan mereka tidak jelas dan berzina dengan siapa saja,
begitu juga manusia yang keturunan mereka tidak lagi jelas sampai keluarga sendiri pun dirogol.

InsyaAllah..kita smua akan bangkit julang sunnah Nabi dan pegang semula title khalifah di muka bumi. Aku orang pertama yang akan hapuskan adat-adat melayu yang menyusahkan ini. Siapa mahu berdiri bersama aku???


say no to 'hantaran'
say no to 'pelamin'
say no to 'baju pngntin mahal2 kelip2'
say no to 'adat melayu'

kita bukan orang melayu, kita semua UMAT NABI...

SEMUA YANG MENGAKU ALLAH TUHAN DAN MUHAMMAD RASULNYA ADALAH SAUDARA KITA..

.............................................................................................

Semoga di akhir zaman ini kita dipilih oleh Allah SWT untuk amalkan sunnah Nabi SAW dan meninggalkan perkara yang bertentangan dengan agama kita. Semoga Allah pelihara kita semua dari fitnah akhir zaman ini.. Ameen ya Allah.. (>_<)

p/s: status di atas telah tidak di olah melainkan perkataan singkatannya sahaja.. sekian terima kasih.. (",)

Wednesday, January 11

Perlu di fikirkan

ASSALAMUALAIKUM WBT


Apa yang bakal dikongsi adalah sebuah artikel yang saya dapat dari Fan Page Hijrah Remaja. Saya tertarik dengan kisah gadis ni yang berfikir di luar konteks minda masyarakat melayu sekarang. Thumbs up for that girl and her husband!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.

Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi. Bacalah!


***********************************************

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

nak cam ni... boleh x?? (",)
p/s: saya nak request mahar satu dinar boleh x?? Semoga Allah berikan perasaan cukup kepada kita dan jangan berlebih-lebihan... (",) itu just angan-angan jer... satu dinar=700++...  tgk la mana yang mampu... (",)

Tuesday, November 22

Aurat itu Maruah Diri

ASSALAMUALAIKUM WBT


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan).“Ah! Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.” Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa. Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”

2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.

3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.” Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah. Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”

Lalu dicubalah idea baru itu dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”

6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.

“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”

“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah…

Tuesday, November 1

Janji yang Satu

ASSALAMUALAIKUM WBT

"Kita perlu ingat bahawa setiap daripada kita mempunyai 3 janji kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala

Pertamanya: kita telah berjanji dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala di Alam Roh, bahawa kita akan setia menjadi hamba-Nya yang beriman dan mencintai-Nya.

Keduanya: kita kini berada di Alam Dunia, untuk menunaikan janji kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala iaitu menjadi hamba-Nya yang beriman dan mencintai-Nya

Ketiganya: kita kelak akan berada di Alam Barzakh dan Alam Akhirat untuk di tanya apakah kita sudah menunaikan janji kita dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala, iaitu menjadi hamba-Nya yang beriman dan mencintai-Nya


(-Tausiyah Al-'Allamah Al-Walid Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin bin Marbu Al-Banjari Al-Makki-)

Astagfirullah, sekarang saya telah berada di dunia. Tempat untuk menunaikan janji namun janji masih belum di kota. Hampir saja saya terlupa akan janji itu.. Astagfirullah.

Iman di dada masih senipis kulit bawang atau mungkin lebih nipis dari itu. Ia turun naik setiap waktu.  

Cinta kepada dunia pula makin menebal dalam diri. Diri sering lupa dan lalai dalam mencintai Yang Esa.. astagfirullah..

Bagaimana kelak jika di panggil Allah untuk dipersoalkan berkenaan janji itu?? Masa itu makin hampir namun janji masih belum di tunaikan.. astagfirullah..

"Bekunya air mata dari kerasnya hati...
Kerasnya hati dari banyaknya dosa..
Banyaknya dosa dari lupanya mati...
Lupanya mati kerna terlalu cintakan dunia..."
(muhasabah diri)





Sunday, October 2

Jaga Harta, Jaga Iman..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG


Bagaimana dengan terjaganya harta akan terjaga imannya seseorang?

Alkisah 1:..

Si fulan ini selalu sangat meninggalkan handphonenya merata-rata, suatu hari tanpa di duga. Handphone yang selalunya dia tinggalkan merata-rata itu hilang. Si fulan menyesal dengan perbuatannya, namun terlintas di hati nya “ Kalau dia buat begini atau begitu, mesti handsetnya tidak hilang”… 

Rosaklah iman si fulan atas sebab perkataan “kalau” nya itu, kerna ia berfikir atas sebab perbuatannya itu handphone nya telah hilang, sedangkan ia telah terjadi dengan izin Allah. Bukan sebab dia letak merata-rata. Perkataan “kalau” itu adalah perkataan syaitan.. 

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: “KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Alkisah 2:..

Si fulan ini sayang sangat motosikalnya, lalu sebelum tinggalkan motosikalnya si fulan telah memasang 10 biji mangga untuk merantai motosikalnya daripada di curi. Namun atas asbab Allah Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa, motosikal yang si fulan kunci tadi telah hilang. Si fulan ini telah usaha untuk mengelakkan motosikalnya dari di curi namun tetap di curi. Terdetiklah di dalam hatinya “Aku dah kunci guna 10 biji mangga pun hilang… Memang inilah kuasa Allah!”

Walaupun usaha tapi kena tawakal pada Allah. Usaha si fulan tadi sebenarnya untuk kepentingan iman. Contohnya, walaupun kambing di ikat dengan tali, kita jangan tawakal dengan tali tapi kena tawakal pada ALLAH!.. 

Jagalah harta bukan sebab takut harta tu hilang sebaliknya jagalah harta untuk jaga iman.

Wallahuallam..


p/s: jazakallah khairan kepada insan-insan yang membantu dalam penulisan kali ini.. lain kali ajarkan lagi yek.. :D