Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Tuesday, March 20

Taklim

Taklim Rumah/ Kolej/ Bilik

Rumah-rumah yang mengadakan taklim bermakna mewarisi pusaka Rasulullah SWT. Sesiapa yang mewarisi pusaka Rasulullah SWT maka rahmat dan berkat akan datang, ketenteraman (sakinah) dan ketenangan (inayah) akan wujud.Rumah-rumah yang ada taklim terpelihara, diziarahi para malaikat dan diturunkan taufiq dan hidayah serta rahmat. Segala amal-amal buruk, kegelapan dan ketegangan akan keluar dari rumah-rumah kita. Amalan taklim membawa cahaya dan kesannya, kehidupan sekeluarga dalam aman damai.

Adab-adab Taklim di Rumah
(1) Mesyuarat suami/isteri dan keluarga supaya semua ambil fikir tentang penting dan mulianya majlis ini (utamakan fikir orang yang lebih tua).
(2) Tetapkan masa, sebaik-baiknya masa bila semua ahli keluarga dapat berkumpul.
(3) Istiqamah tempat yang sesuai.
(4) Bawa adab-adab majlis dengan sempurna, duduk rapat-rapat, tutup aurat dll.
(5) Baca kitab Fadhail Amal.
(6) Masa taklim istiqomah 30 minit dan azam 2 kali atau 1 kali dalam sebulan lakukan taklim penuh seperti taklim kita keluar ke jalan Allah SWT.

Jika kita dapat hidupkan taklim di rumah maknanya rumah kita telah ada ciri-ciri rumah Rasulullah SAW dan para sahabat. InsyaAllah bagaimana Allah SWT mendidik (tarbiyah) mereka, begitu juga Allah SWT akan mendidik kita. Apa-apa jua sifat-sifat yang mulia yang ada dalam diri mereka, insyaAllah Allah SWT akan beri sedikit-sedikit pada diri kita.

Tujuan Majlis Taklim
(1) Tujuan kita mengadakan majlis taklim ini ialah semata-mata untuk mengingati dan mendapat keredhaan Allah SWT.
(2) Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW, dimana melalui sunnah yang mana kita mesti amalkan bukan sekadar belajar atau mendengar sahaja tetapi untuk mengamalkan dalam kehidupan kita seharian. Di zaman fasha dan mungkar ini satu sunnah yang dapat kita hidupkan, Allah SWT akan kurniakan ganjaran 100 pahala syahid.
(3) Apabila diadakan majlis taklim ini, maka datanglah keghairahan atau semangat untuk beramal.
(4) Untuk menghubungkan ilmu kita yang sedikit dengan ilmu Allah SWT yang sangat luas.
(5) Supaya kita dapat korbankan sedikit masa kita untuk menghayati agama Allah SWT.
(6) Supaya kita dapat wujudkan fikir dan kerisauan tentang agama seperti mana suami-suami kita. Dengan ini suami isteri akan ada risau fikir yang sama dan sehaluan.
(7) Unyuk mengetahui segala perintah-perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW dan juga tentang hari akhirat.
(8) Untuk menghubungkan ilmu dan amal.
(9) Untuk masukkan Nur Hadith dan Al-Quran dalam hati kita.

Kelebihan Majlis Taklim.
Ada banyak sekali kelebihan yang kita dapati apabila kita adakan majlis seperti ini atau kita hadirkan diri kita di dalam majlis seperti ini. Diantaranya majlis seperti ini merupakan majlis magfirah iaitu majlis keampunan, di mana Allah SWT akan ampunkan dosa para peserta majlis ini dan digantikan dengan pahala. Walaupun kita kebetulan sahaja, Allah SWT tetap akan mengampunkan dosa-dosa kita sepertimana mereka yang lain. Allah SWT akan turunkan Rahmatnya untuk tiap-tiap orang di majlis ini. Ada 4 di muka bumi ini di mana Allah SWT turunkan Rahmatnya;
(1) Di Masjidil Haram
(2) Di Makam Rasulullah SAW
(3) Di bulan Ramadhan
(4) Di majlis-majlis mengingati Allah seperti majlis taklim dan taklum ini.Kalau kita sentiasa dapat hadirkan diri kita di majlis ini maka kita dapat meningkatkan 5 perkara di dalam diri kita;
(1) Iman
(2) Ibadat
(3) Muamalat
(4) Muasyarah
(5) Akhlak

Kita juga mendapat sakinah atau ketenangan jiwa. Satu majlis taklim dapat menghapuskan 100 majlis lalai iaitu majlis yang tidak mengingati Allah SWT. Tempat-tempat di mana majlis ini diadakan, maka para malaikat melihat tempat itu bercahaya seperti bintang-bintang di langit. Seketika di majlis taklim ganjarannya lebih baik kita menziarahi 100 orang sakit. Majlis ini juga lebih mulia dari kita menghantar 1000 orang jenazah ke kubur. Apabila kita keluar dengan niat menuntut ilmu atau mengajar ilmu kerana Allah SWT 70,000 para malaikat akan menghamparkan sayapnya masing-masing di bawah kaki kita kita dan semua makhluk Allah di bumi, di darat dan di udara akan memohon keampunan untuk kita.
Hadith Rasulullah SAW bersabda majlis ini merupakan kebun-kebun Syurga. Majlis taklim juga bermakna kita mewarisi pusaka Rasulullah SAW dengan itu rumah-rumah yang ada taklim, rahmat dan berkat akan datang (sakinah, ketenangan dan ketenteraman akan wujud).









Sunday, October 2

Jaga Harta, Jaga Iman..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG


Bagaimana dengan terjaganya harta akan terjaga imannya seseorang?

Alkisah 1:..

Si fulan ini selalu sangat meninggalkan handphonenya merata-rata, suatu hari tanpa di duga. Handphone yang selalunya dia tinggalkan merata-rata itu hilang. Si fulan menyesal dengan perbuatannya, namun terlintas di hati nya “ Kalau dia buat begini atau begitu, mesti handsetnya tidak hilang”… 

Rosaklah iman si fulan atas sebab perkataan “kalau” nya itu, kerna ia berfikir atas sebab perbuatannya itu handphone nya telah hilang, sedangkan ia telah terjadi dengan izin Allah. Bukan sebab dia letak merata-rata. Perkataan “kalau” itu adalah perkataan syaitan.. 

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: “KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Alkisah 2:..

Si fulan ini sayang sangat motosikalnya, lalu sebelum tinggalkan motosikalnya si fulan telah memasang 10 biji mangga untuk merantai motosikalnya daripada di curi. Namun atas asbab Allah Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa, motosikal yang si fulan kunci tadi telah hilang. Si fulan ini telah usaha untuk mengelakkan motosikalnya dari di curi namun tetap di curi. Terdetiklah di dalam hatinya “Aku dah kunci guna 10 biji mangga pun hilang… Memang inilah kuasa Allah!”

Walaupun usaha tapi kena tawakal pada Allah. Usaha si fulan tadi sebenarnya untuk kepentingan iman. Contohnya, walaupun kambing di ikat dengan tali, kita jangan tawakal dengan tali tapi kena tawakal pada ALLAH!.. 

Jagalah harta bukan sebab takut harta tu hilang sebaliknya jagalah harta untuk jaga iman.

Wallahuallam..


p/s: jazakallah khairan kepada insan-insan yang membantu dalam penulisan kali ini.. lain kali ajarkan lagi yek.. :D

Monday, August 8

Menghadapi Ujian

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabuut: 2-3)

Ujian itulah yang sering di kaitkan dengan kehidupan kita. Ada yang di uji dari seawal kanak-kanak, ada di uji di zaman remaja dan ada juga yang diuji apabila diri mula bergelar warga emas. Dunia ini penuh dengan ujian termasuklah dari anak, harta, pangkat, bencana, ilmu dan kuasa. Setiap seorang dari kita pasti di uji oleh Pemilik nyawa kita ini iaitu Allah SWT. Mana mungkin Allah menguji kita dengan sia-sia kerna pasti ada hikmah dan ganjaran untuk ujian dan dugaan yang menimpa kita. 

"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar." (Surah Al-Anfaal:28)


"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."" (Surah Al-Baqarah: 155-156)


Tetapi kadang-kadang semakin kita kuat diuji oleh Allah SWT, makin kita jauh dari Allah SWT. Astagfirullah..  Mengapa begitu? Bukankah hanya kepada Allah SWT tempat kita bergantung dan berharap? Allah SWT menguji untuk melihat bertapa kuat dan berimannya kita dalam menangani ujian yang menimpa kita. Apabila di uji kita perlu bersujud dan berdoa dengan penuh tawajjuh dan rendah diri untuk memohon Allah SWT memudahkan segala perkara yang dirasakan berat atau susah untuk kita. Tiada apa yang mustahil dengan kuasa Allah SWT. 


"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" 
(Surah Al-Baqarah : 153)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 
(Surah Al-Baqarah : 45)


" Apabila seseorang mukmin di uji oleh Allah SWT dengan sesuatu bencana pada tubuhnya. Allah SWT berfirman kepada malaikat penulis amalnya: " Tulislah juga untuknya amal-amal soleh yang biasa ia lakukan". Kemudian jika Allah SWT hilangkan bencana yang menimpanya itu. Tuhan menjadikan ia hidup dalam keadaan baharu bersih suci dari dosanya dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikan keampunan serta di kurniakan rahmat kepadanya" (Anas R.A)

Jadi nikmat mana lagi yang perlu kita dustakan? Jangan menanggap ujian itu sebagai beban buat kita sebaliknya ia adalah kasih sayang dari Allah SWT buat kita hamba Nya. Semoga kita semua di golongkan di kalangan hamba yang berlapang dada dan bersabar. Ameen.


p/s: ini adalah hasil dari kuliah yang hamba sempat ikuti pada sabtu 6 ramadhan 1432h di UiTM Segamat, Johor yang di sampaikan oleh Prof.Dr. Muhd Kamil bin Ibrahim iaitu bekas pengarah UiTM kampus Segamat. Beliau merupakan pengarah kampus semasa hamba masih menuntut di UiTM pada tahun 2007. Beliau akan berhijrah ke Madinah pada bulan september nanti. InsyaAllah. Dan sabtu lalu mungkin peluang terakhir hamba bertemu dengannya sebelum beliau berangkat ke madinah. Terdengar-dengar ucapan prof yang meminta semua tetamu supaya mendoakan beliau tidak kembali lagi ke Malaysia kecuali untuk bercuti. Terharu hamba dengan semangat prof yang membara untuk berubah dari seorang yang tidak menitik beratkan perihal agama kepada seorang pendakwah yang budiman. Semoga Allah SWT memudahkan semua perjalanan hidup prof di mana jua dan semoga Allah SWT memberikan yang terbaik dalam hidup prof. ameen. Salam mujahadah Prof! Doakan kami "anak-anak" mu di sana nanti. 

Sunday, July 10

8 Manusia

ASSALAMUALAIKUM WBT

Sesiapa yang duduk bersama lapan jenis manusia ini, Allah SWT akan tambahkan baginya dengan lapan perkara:

1) Sesiapa duduk bersama pembesar-pembesar, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat membesar diri dan keras hati.

2) Sesiapa duduk bersama golongan orang kaya, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat tamak akan dunia.

3) Sesiapa duduk bersama golongan orang faqir, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat redha dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT.

4) Sesiapa duduk bersama kanak-kanak, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat suka bermain-main.

5) Sesiapa duduk bersama perempuan, Allah SWT akan tambahkan kepadanya kejahilan dan nafsu syahwat.

6) Sesiapa duduk bersama golongan orang soleh, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat suka beribadat.

7) Sesiapa duduk bersama ulama, Allah SWT akan tambahkan kepadanya ilmu dan warak.

8) Sesiapa duduk bersama golongan orang fasiq, Allah SWT akan tambahkan kepadanya dosa dan menangguhkan taubat.







*Rujukan : kitab tanbihul ghafilin (m/s 32)


p/s: semoga apa yang di kongsi bermanfaat untuk di praktik kan (khusus buat diri sendiri).. salam mujahadah... (T__T)