Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Thursday, December 29

Rayuan Hati

ASSALAMUALAIKUM WBT



Wahai diri.. Biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak 'menjadi' berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terlentur daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh 'nikmatnya' yang menyebabkan seksa selamanya diakhirat..

Ingatlah!... sekali kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati... Tidak mengapa engkau selalu menangis kerana dosa.. Tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya!!...  Ingatlah selalu.. Kejahatan yang menyebabkan kau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takabur. Sepanjang sejarah... sentiasa ada teladan. Teladan kebaikan yang segar malar sepanjang zaman...


Wednesday, December 21

Pujuk Rayu

ASSALAMUALAIKUM WBT





Ingin diserahkan seluruh kehidupan kepadaMu,
Namun sekali lagi aku tertipu dengan pujuk rayu,
Pujuk rayu yang menghancurkan kekuatan benteng dihadapanku,
Wahai Tuhan yang Maha Kuasa,
Bantulah aku untuk mengukuhkan benteng yang kian rapuh..

Ya Allah, memang payah ingin ku bina rasa zuq kepadaMu,
Tetapi amat mudah untukku meruntuhkannya pula,
Susah bagiku mewujudkan rasa nikmat ibadah kepadaMu,
Tetapi sekali hati ini di ganggu oleh nafsu,
Gugurlah semangat zuq kepadaMu..

 Entah bagaimana untuk ku lafazkan padaMu,
Sesungguhnya hanya Engkau mengetahui segala masalah hambaMu,
Permasalahan yang mengugurkan dan meruntuhkan keimananku,
Serta permasalahan yang memporak-perandakan hatiku,
Bantulah hambaMu dalam mengekang nafsu yang menipu.

Kumohon Allah mudahkan perjalananku,
Yang kadang-kadang terjatuh terburu nafsu,
Hingga diri terluka dan malu,
Kerna telah melupakan janjiku padaMU,
Janjiku untuk setia padaMu yang SATU…

Monday, December 19

Saya di uji

ASSALAMUALAIKUM WBT


Bila kita sukakan dunia, kita akan kejar dunia..
Bila kita sukakan wanita, kita akan mengejar wanita..
Bila kita sukakan dan sayangkan Allah, kita akan mencari redha Allah dalam setiap perkara... Betul x?
Ya Tuhan kami yang menguasai hati
Kami telah lupa senantiasa bersalah
Hanya padaMu hati ingin kembali
Kami telah sesat kami telah aniaya


Ya Tuhan kami yang Maha Mengampuni
Tiadalah tempat untuk kami kembali
Kami yg lemah tiada daya upaya
Hanya padaMu diri ini berharap


Allah uji kita dengan perkara yang kita sukai...


Begitu juga apabila kita sayang dan cinta Allah..


Allah akan uji kesetiaan kita untuk mengetahui sejauh mana cinta kita.


Sebanyak mana kita hendak berkorbankan masa, harta benda dan perasaan kita untukNya...


Jika takaza agama datang, seramai mana ingin menyahut?


Yang lemah akan tertinggal, yang kesempitan akan menjauh, yang bersungguh-sungguh akan teruskan perjuangan hingga maut datang menjemput.




Sekarang Allah sedang menguji saya dengan sesuatu yang saya usahakan. Semoga Allah kuatkan semangat dan iktizam saya.. Terasa down kadang-kadang namun kuat kembali apabila mengingati perjuangan para sahabiah dahulu...


Allah menguji dengan sesuatu yang menjadi fitnah besar buat saya. Salah langkah saya tewas, kena betulkan niat setiap masa supaya diri tidak tergelincir dari sesuatu yang menjadikan saya jauh dari diri saya yang sebenarnya... 


Semoga Allah pilih seluruh keluarga dan seluruh umat di dunia ini untuk mengamalkan islam dengan sebaiknya dan semoga dapat usahakan iman dan amal dalam diri.. Ameen ya Allah...




mode: kecewa tapi bersemangat

Thursday, December 15

Bila dah tua tak takut mati?

ASSALAMUALAIKUM WBT


Setiap hari di jalani dengan penuh pengajaran kepada diri, setiap yang menimpa orang lain menjadi iktibar yang bermakna buat diri yang sentiasa berbuat khilaf ini. Semoga ia sentiasa tersemat di hati dan menjadi pengajaran yang bermakna buat diri.. InsyaAllah..


..............................................................

Bila dah tua tak takut mati?

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan." (Surat Al-Munafiqun: Ayat 11)




Seorang pakcik memberikan kenyataan bahawa "bila dah tua ni, uncle dah tak takut mati". Dulu masa masih muda-muda, memang uncle takut mati". Semua benda dah alami kat dunia ini, dah puas menikmati hidup, dah penah kerja besar, dah kawen, ada anak-anak, skrg dah pencen pun" 


Terkebil-kebil saya melihat kakak apabila uncle itu berkata demikian. Sebab pada awalnya ia hanya bercakap tentang usia dan kehidupan mudanya. 


Katanya lagi. 


Dulu masa masih muda, uncle mahu cepat dewasa. 
Dulu masa masih belajar, uncle mahu cepat kerja..
Dulu masa uncle masih bujang, uncle mahu cepat kawen...
Dulu masa belum dapat anak, sebok nak anak ramai...
Sekarang uncle dah tua...
Tiada apa lagi uncle perlu kat dunia ini.
Mati pun uncle tak takut lagi..
Dulu uncle takut mati sebab uncle masih nak buat macam-macam kat dunia. 
Allah dah kasi nikmat hidup kat uncle sampai uncle dah umur tua macam sekarang..
Sekarang uncle dah tua, banyak sakit-sakit.


(Mungkin sebenarnya ramai berfikir seperti uncle ni.. Termasuklah tuan punya blog..)



Dalam satu hadis Rasulullah mengingatkan melalui sabdanya “Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan ni’mat yaitu mati”. Kenapa Rasulullah menyuruh kita untuk memperbanyak ingat akan mati? Yang pertama, kerana mati adalah kepastian “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (QS. 3 Ali Imran : 185). 

“Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (QS. 4 An nisa : 78).


Sekadar ingatan buat diri bahawa semua yang di dunia akan di tinggalkan apabila kematian datang menjemput. Walaupun ibubapa yang kita kasihi, adik-adik yang kita sayangi, semua akan ditinggalkan. Walaupun masih muda bukan maksudnya tidak akan mati sebaliknya jika mati di usia tua ia adalah kelebihan dalam pertambahan waktu yang Allah SWT bagi untuk kita teruskan kehidupan untuk kita usahakan atas iman dan amal. Semoga Allah matikan kita semua dalam iman islam.. Ameen ya Allah... 

Ingat mati setiap hari kerna mati itu pasti dan ia tidak lambat atau cepat walaupun sesaat..


Tawaran Hebat!

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah.. Bulan ini bulan cinta.. Bulan yang ramai anak muda dan pasangan bahagia menjadikan cinta halal buat mereka. Bertimbun-timbun berita baik yang saya terima. Mahligai bahagia sedang berusaha ingin di bina. SubhanaAllah. Mabruk! (",)





Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: 

"Wahai kumpulan anak-anak muda! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.” 
(HR BUKHARI)

Banyak undangan telah di terima, tapi ada yang belum saya penuhi undangannya. Maklumlah tidak berlesen dan tidak berkereta, kalau jauh maaflah.. Memang tidak dapat di penuhi. Hanya mampu doakan kebahagian kalian hingga ke syurga.. Ameen ya Allah... (",)

Seorang adik pernah bertanya pendapat saya tentang "kawen muda". Saya hanya menyokong dan berhujah sedikit. Alhamdulillah "syor" di terima.. Mahligai bahagia bakal di bina. InsyaAllah.. (",).. Bukan sekadar itu, tawaran menjadi pengapit pun di terima, masyaAllah.. Tak tahu nak jawap apa ni... nak cakap ya tapi serba salah sebab segan nak berdiri kat sebelah pengantin.. Nak cakap tidak, kesian pula pada si adik yang berharap. (",)

Terpaksalah menunggu jawapan daripada saya, samada saya setuju atau sebaliknya.. hehe.. Takut sebenarnya nak terima tawaran hebat cam ni.. (",)..

Sabda Rasullullah s.aw. lagi :


“Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi”. 
[HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]


Kepada adik-adik yang akan berumah tangga ni, akak doakan kebahagian kalian.. InsyaAllah.. Dakwah jadi pegangan, walaupun dah kawen dakwah jangan lupa. Usahakan iman dan amal sama-sama. Semoga Allah berkati kehidupan kalian.. Ameen ya Allah...


Wednesday, December 14

Kawan Kecilku

ASSALAMUALAIKUM WBT


Orang kata bila kita dah makin dewasa, kita akan kawan dengan orang yang dewasa juga.Tapi saya rasa semakin saya besar, semakin kecil kawan saya.. Dari yang sekecil 8 bulan hingga 8 tahun. 

Orang kata kita kena kawan dengan orang yang memahami kita.Tapi budak-budak ni dah pandai memahami ker? Nak ajak berbincang pun belum pass lagi.. hehe.. (",)

Dua budak atas pokok ni memang begini, main memang hobi. 
(Mungkin saya dulu pun cam ni.. hehe)

Seorang sahabat ada berkata kepada saya, kehidupan saya penuh dengan "kawan-kawan kecil". Sampai tiada ruang untuk "kawan dewasa" dalam hidup saya. Ada yang berkata, bila bersama mereka saya akan menjadi pendiam dan sebaliknya saya akan banyak bercakap apabila bersama " kawan-kawan kecil". Betul ker cam tue? (ada kawan-kawan yang terasa hati dengan saya yek??).. Bukan saya memang pendiam ker?? hehe...

Pernah beberapa kali ada "kawan-kawan kecil" yang nak ikut saya balik ke asrama (masa ni masih menuntut di uitm). Sedangkan baru jumpa beberapa saat. MasyaAllah. Terkejut masa ini, sebab "kawan kecil" tu dah nangis guling-guling atas lantai. (",)

Hidup dengan kanak-kanak sangat mencabar dan ada sesetengah orang kata akan tekanan. Tapi alhamdulillah, sebenarnya seronok sangat kawan dengan kanak-kanak ni. Tenang wajah mereka, suci dan tulus je air muka mereka.. MasyaAllah..

Tapi tidak tahu sampai bila, mereka akan terus menemani saya. Mereka semakin besar dan saya semakin dewasa.. Masa berlalu dengan cepatnya.. Saat yang berharga dinikmati sebaiknya.. Mungkin esok saya tiada kesempatan lagi untuk menghadapi semua ini.. (",)

Semoga Allah menjadikan insan-insan yang saya kasihi dan sayangi ini sebagai pengusaha-pengusaha agama Allah. Semoga Allah pilih mereka lagi dan lagi.. Ameen ya Allah....




Tuesday, December 13

Kerna Allah muliakan Dia

ASSALAMUALAIKUM WBT


Bibir terus mengalunkan zikir walaupun semua orang lain sibuk menyanyi sana sini. 
Hanya yang dia tahu bertasbih mengingati Kekasih hatinya yang satu. 
Dia berusaha atas iman dan amal dirinya dan mengajak manusia berusaha perkara yang sama..
Cinta dan kasih pada sunnah Nabi tercinta
Walaupun tidak pernah bersua tetapi cinta tetap membara. 
Apabila takaza agama datang padanya, pasti ia menyambut dengan semangat yang waja. 
Beg di galas dan tanpa toleh ke belakang lagi ia terus melangkah pegi. 
Meninggalkan keluarga yang dia sayangi dan kasihi.. 
Begitulah pekerjaan seorang pengusaha agama..



Tuesday, December 6

Wahai Kuda Allah

ASSALAMUALAIKUM WBT


Segak dan tampan dirimu belum menjamin kebaikan dirimu, Banyak hartamu belum menjamin syurga buatmu. Namun apa jaminan syurga itu? Adakah yang hitam dan tidak sempurna rupanya menghalang usaha untuk agamanya? Adakah yang sempurna wajah dan rupanya menjamin teguh agamanya? Jom hayati kisah ini..... (Kisah ini saya dapat dari blog seorang kakak yang sangat baik.. semoga Allah muliakan dia)


...........................................................................................................





Seorang bertanya kepada Rasulullah, apakah hitamnya kulit dan jeleknya wajahku dapat menghalangiku masuk syurga ? Rasulullah Saw. Bersabda : “ Tidak, demi dzat yang jiwaku berada dalam kekusaan-NYA , selama kamu yaqin dengan Tuhanmu dan beriman kepada apa yang dibawa Rasul-NYA .’ kemudian dia berkata demi dzat yang telah memuliakanmu dengan kenabian, sungguh aku telah bersaksi bahwa tiada Tuhan selain ALLAH, dan bahwa sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-NYA, delapan bulan sebelum aku duduk di majlis ini. Dan aku sudah meminang banyak orang yang berada didekatmu dan orang yang tidak bersamamu, namun mereka semua menolakku karena hitamnya kulit dan jeleknya wajahku , sementara sesungguhnya aku merupakan orang yang terpandang dikaumku, bani Sulaim, hanya saja hitamnya warna kulit bibi-bibiku banyak mempengaruhiku.’ 


Rasulullah Saw. Bersabda “ apakah kamu hadir pada waktu peristiwa Amr bin Wahab, dimana dia merupakan seorang laki-laki yang baru saja masuk Islam dari bani Tsaqib ?’ Dia menjawab “tidak!’ Beliau Saw. bertanya ; Apakah kamu tahu rumahnya ?’ ‘Ya’. Beliau Saw. Bersabda : maka pergilah, ketuklah dengan perlahan pintunya kemudian ucapkanlah salam, dan ketika kamu sudah masuk, katakanlah: “Rasulullah Saw. menikahkanku dengan anak gadis kalian. ‘Sementara dia mempunyai anak gadis yang bernama Atiqah , yang cantik dan cerdas.

Ketika dia telah tiba didepan pintu , diapun mengetuknya, mengucapkan salam, merekapun menyambutnya ketika mendengar dia mengunakan bahasa arab, lalu mereka membukakan pintu. Namun ketika mereka nampak hitamnya kulit dan jeleknya wajah orang itu, mereka menjadi takut. Kemudian ia berkata ; “Sesungguhnya Rasulullah Saw. Telah meminang anak gadis kalian untukku,’ merekapun menolaknya dengan penolakan yang buruk, keluarlah laki-laki itu, segera berlalu hingga datang menghadap kepada Rasulullah Saw.

Berkatalah gadis itu kepada sang ayah : ‘Wahai ayahku, carilah selamat, carilah selamat sebelum wahyu menampakan keburukanmu. Jika Rasulullah benar-benar telah meminang diriku untuknya, maka aku redha dengan apa yang diredhai ALLAH Swt. Dan Rasul-NYA.’

Maka keluarlah sang syeikh hingga datang kepada Rasulullah saw, dan duduk dengan jarak yang sangat dekat. Bersabdalah Rasulullah saw. Kepadanya : ‘ kamukah yang telah menolak perintah rasul?’ Dia menjawab : ‘Aku memang telah melakukanya dan aku memohon ampun kepada ALLAH swt.. Aku menduga dia telah berdusta dalam apa yang dikatakan. Jika ia memang jujur, aku akan mengawinkannya. Karena kami selalu berlindung kepada ALLAH swt. Dan Rasul-NYA.’ Diapun mengawinkan laki-laki tersebut dengan putrinya dengan mahar 400 dirham.

Bersabdalah Rasulullah saw. Kepada sang suami, yaitu Sa’ad as Sulaimy . ‘Pergilah kepada istrimu dan pergaulilah dia.’ Dia bekata : ‘Demi dzat yang telah mengutusmu dengan kebenaran sebagai seorang nabi, aku tidak menemukan apapun sampai aku meminta kepada saudara-saudaraku.’ Kemudian nabi berkata : Bayarlah maharmu kepada tiga orang saudara muslim. Pergilah kepada Utsman bin Affan, lalu ambilah darinya 200 dirham. Maka dia akan memberikanya dan menambahinya. Lalu pergilah kepada Abdur rahman bin Auf, ambilah darinya 200 dirham. Lalu pergilah kepada Ali r.a ambilah darinya 200 dirham.

Maka ketika dia berada dipasar tengah membawa barang yang dia beli untuk istrinya dengan perasaan gembira dan mata berbinar, tiba- tiba dia mendengar panggilan jihad berseru : 
يا خيل الله اركبئ
‘Wahai kuda ALLAH , naiklah!’ 

Dia melihat sekilas kelangit lalu berkata : ‘Ya ALLAH, Tuhan langit dan bumi, dan Tuhan Muhammad saw. Sungguh aku akan menjadikan wang dirham hari ini untuk apa yang disukai ALLAH, Rasul-NYA dan kaum mukminin.’

Diapun membeli kuda, pedang, tombak dan membeli perisai. Kemudian mengikatkan sorban keperutnya dan mengenakan topi baja. Sampai tidak terlihat apapun kecuali kedua bola matanya. Sampai ketika ia berhenti di antara kaum muhajirin, mereka berkata : ‘Siapa penunggang kuda yang tidak kami kenal ini ? ‘Berkatalah Ali’ r.a kepada mereka: ‘Biarkanlah dia. Mungkin dia orang yang baru datang dari daerah Bahrain atau Syam yang akan bertanya kepada kalian tentang agama kalian. Hari ini dia datang untuk menyelamatkan kalian dengan mengorbankan dirinya.

‘Diapun maju ke arena pertempuran, melukai dengan tombaknya, menyabit dengan pedangnya sampai kudanya kelelahan. Maka ketika ia turun dan menyisingkan lengan bajunya lalu kembali maju perang. Ketika Rasulullah saw. Melihat hitamnya kulit lengan, beliau saw. mengenalinya. Beliaupun bersabda : apakah kamu Sa’ad?‘ dia menjawab : ’benar! Ayah dan ibukulah yang akan menjadi tebusanmu.’ Rasulullah saw. Bersabda : “kamu sangat beruntung.”

Tiada hentinya dia menikam dengan tombaknya menyabit dengan pedangnya dan membunuh banyak musuh-musuh ALLAH swt. Tiba-tiba mereka berkata : “Sa’ad tewas” Rasulullah saw. Segera beranjak dan melangkah ke arahnya. Mengangkat kepalanya, meletakan di atas pangkuannya, mengusap wajahnya yang terkena debu dengan kainnya kemudian berkata “betapa harum baumu, betapa kamu dicintai oleh ALLAH dan rasul-NYA. Kemudian Rasulullah menangis dan tertawa , lantas berpaling seraya bersabda :”dia telah sampai di telaga, demi Tuhan Ka’bah.’ Abu Lababah bertanya : “Ayah dan ibukulah yang akan menjadi tebusanmu, wahai Rasulullah. Telaga apa ?” Beliau saw. Bersabda : ”Telaga yang diberikan Tuhanku kepadaku yang lebarnya antara shan’a dan basra, yang tepinya dikelilingi dengan intan dan pemata. Airnya lebih putih dibanding air susu , lebih manis dari madu, barangsiapa meminum satu teguk darinya, setelah itu dia tidak akan merasa dahaga selamanya.”

Seorang sahabat bertanya : 'Wahai Rasulullah, kami melihat anda menangis lalu tertawa, kemudian memalingkan wajahmu.’ Beliau saw bersabda :”Aku tertawa karena rasa bahagiaku dengan kedudukan dan kemuliaannya di sisi ALLAH swt. dan Aku berpaling karena sesungguhnya aku melihat isterinya dari para bidadari-bidadari berebutan menyambutnya hingga terselak betisnya dan tampak gelang kakinya, maka Aku memalingkan wajahku karena malu.’

Rasulullah saw. memerintahkan untuk mengambil pedang, kuda dan apa yang ada padanya, lalu bersabda : bawalah dia kepada istrinya.’ Mereka berkata : sesungguhnya ALLAH telah mengawinkan Sa’ad dengan isteri yang lebih baik dibanding anak gadis kalian.” 

DARIPADA KITAB TANBIHUL GHAFILIN (peringatan bagi yang lupa) 





Wednesday, November 30

Telah Jatuh Cinta?

ASSALAMUALAIKUM WBT

Oppss.. bukan saya jatuh cinta kepada sesiapa tetapi cuma jatuh cinta pada karya ini. (",)

Surat dari seorang suami buat isterinya.. 


(walaupun dah banyak kali orang post kat blog, saya masih nak post juga sebab saya sangat suka penulisan ini dan yang paling penting bahagian di bawah ini)

Sebelum ku akhiri surat ini
Aku ingin beri pujian untuk pengorbananmu
Tetapi…Aku tak pandai bersyair, tak seperti ahli dunia mengutip “ Beethouven “ atau “ Shaekespear “ untuk memuji kekasihnya.

Namun, aku hanya bisa berkata :

Aku mengagumi “ Matamu yang memerah “
Saat kamu menangis meminta hidayah.
Aku mencintai “ Pipimu yang merekah”
Saat kamu berkhidmat, menyiapkan secangkir teh disaat aku lelah.
Aku takjub dengan “ hidungmu” yang mengeluarkan isak
Saat kamu bertaubat atas masa lalu kita.
Aku mencintai belaian “ tanganmu" saat kau mengusap anak kita yang berbuat kesalahan.
Aku menikmati indahnya “ senyummu “
Saat kamu menghibur anak kita yang menangis
Agar mereka kembali tertawa.
Aku bersyukur…Allah SWT telah jodohkan aku dengan engkau.
Aku tahu banyak lelaki yang berhajat padamu
Untuk itu aku tak akan sia–sia kan kamu
Menjagamu dari musibah dunia dan akhirat.

Istriku …
Aku mencintaimu …
Tetapi aku tak selalu bersamamu
Aku sering tinggalkan kamu …
Maafkan aku…
Hanya aku berharap
Mencium harum nafasmu di dalam syurga
Tanpa ada lagi perpisahan
Memelukmu tak akan lagi ku lepaskan…

Ya Allah…
Anugerahkan kami …
Rahmatilah kami…
Gembirakanlah istriku walau dalam kesunyian
Dengan adanya asbab atau tanpa asbab disisinya…
Bersihkan hati istriku dari kecintaan kepada dunia
Agar mudah melafazkan nama-Mu
Saat hari terakhir kehidupan dunianya
Perpisahan kami dalam memperjuangkan agama-Mu
Jadikan asbab berkumpulnya kami dalam keluarga yang sebenarnya di Jannah.
Jadikan kesedihan kami,
Kerinduan kami,
Asbab Engkau ampuni kesalahan kami…
Jadikanlah asbab pengorbanan kami ini
Engkau redha kepada kami
Dan jadi asbab hidayah buat seluruh alam
Amin…Amin…Amin…


Tuesday, November 29

Kembali Mengingat Allah SWT

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Bila diri semakin penat memikirkan hal dunia yang tiada kesudahannya. Kecewa di hati tetap tidak akan mampu di ubat lagi. Semua seakan tidak berada di landasan yang sebenarnya. Pelbagai permasalahan muncul dalam diri. Dunia yang makin di kejar semakin menjauh. Astagfirullah... Sememang nya apa sebenarnya di cari di dunia ini? Harta setinggi gunung, pangkat yang tinggi melangit atau apa? kecewa, kecewa dan kecewa lagi.. astagfirullah...



Bila engkau merasa sedih pada dunia, bila kau rasa tak ada yang peduli padamu…
Ingatlah, Allah senantiasa berada pada sisi kita… 
Cinta pada Allah, Untuk Allah adalah sebenar-benarnya cinta yang hakiki…
Berserahlah pada Allah, gapailah ketenangan yang tertinggi dengan menyebut lafaz namanya dalam setiap doa dan munajat hatimu padaNya…
InsyaAllah, hidup akan tenang dan damai selamanya..



Walaupun sebenarnya diri ini ingin....................

Tetap TERTAWA walau aku sebenarnya ingin MENANGIS...
Tetap TERSENYUM walau aku sebenarnya KECEWA...
Tetap KUAT walau aku sebenarnya SUDAH TIDAK SANGGUP lagi...
Tetap SEMANGAT walau aku TERTEKAN oleh masalah...
Dan yang terpenting tetap SABAR dan memandang segalanya baik saja walau sebenarnya hatiku LEMAH dan sedang TERLUKA

Bukan makhluk tempat kita berharap sebaliknya Allah SWT adalah sebaik-baik tempat untuk kita berharap dan berserah diri. Bukan kepada makhluk kita mengadu sebaliknya Allah SWT adalah tempat sebaik-baiknya kita mengadu..... 

CUKUP BAGIKU ALLAH!!

Dengan mengingat Allah
Hilangkan semua kegelisahan
Cukuplah hanya Allah
Hati bergantung dan berserah diri


Kalimah ini akan cuba di sematkan di hati apabila di timpa dengan masalah atau ujian yang menduga jiwa.....

Hasbunallah wa ni’mal wakil, Ni’mal maula wa ni’mal nashir…
Cukuplah hanya Allah untukku, dan Allah lah sebaik-baik penolong bagiku… 

Laa haula walaa quwwata illa billah…
Tiada daya dan upaya tanpa pertolongan Allah…
Ameen ya Allah…


p/s: Jangan pernah lupakan Allah SWT kerna Allah SWT tidak pernah lupakan kita walaupun sesaat.. Ingatlah Allah SWT dalam waktu susah dan senang kita.. Semoga nusrah Allah SWT akan datang pada kita apabila kita di timpa ujian dariNya.. Kembalilah pada Allah SWT kerna hanya padaNya tempat kita berpaut. Jangan berharap kepada manusia kerna manusia tiada kuasa mengubah segalanya sebaliknya Allah SWT punya kuasa untuk mengekalkan atau mengubah sesuatu yang di takdirkan buat kita. Mintalah pada Allah SWT kerna insyaAllah Allah akan mengabulkan permintaan kita. (",).. Dan permintaan saya pada Allah SWT adalah semoga Allah SWT mematikan dan menghidupkan manusia dalam iman islam ini.. Ameen ya Allah...


Tuesday, November 22

Aurat itu Maruah Diri

ASSALAMUALAIKUM WBT


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan).“Ah! Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.” Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa. Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”

2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.

3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.” Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah. Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”

Lalu dicubalah idea baru itu dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”

6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.

“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”

“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah…

Monday, November 21

Cerita Tentang Kita

ASSALAMUALAIKUM WBT





Nukilan ini khas buat seorang sahabat yang di kasihi oleh Allah SWT.. Buat sekian kalinya saya kehilangan seorang lagi sahabat yang banyak menasihati dan mengingatkan diri ini.. 


Hanya satu yang saya pinta darinya andai sahabat membaca nukilan ini.. 


"Maafkan nam atas semuanya dan halalkan ilmu yang nam ambik dari anda.. Anda sentiasa ada dalam ingatan nam.. Kerna ukhwah ini sangat berharga buat nam"


Teman..
Pergenalan kita terjadi kerna izin dari Yang Esa...
Kita berteman dan berukhwah dengan mudahnya..
Tidak mengenal nama ataupun wataknya..
Tiba-tiba terikat dengan ukhwah yang nyata..


Teman
Ukhwah yang ada manis dirasa..
Walaupun kadang-kadang badai melanda..
Itu hanya ujian buat kita...
Menguji hati yang menyayangi sesama..


Teman...
Ikatan ini sangat bermakna..
Buat diri yang tidak sempurna..
Walaupun banyak kesilapan yang menimpa..
Dirimu sentiasa ada bersama...


Teman..
Namun ikatan yang tercipta..
Tidak seperti yang di harap kita..
Ukhwah yang tercipta terputus juga..
Akibat diriku yang banyak dosa..


Teman..
Maafkan aku atas semuanya..
Melukakan dirimu sentiasa..
kerna sikapku yang tidak dewasa..
melupakan perasaanmu yang ada..


Teman..
Telah ku cuba untuk buatmu bahagia..
Ingin ku lihat senyumanmu sentiasa...
Tapi nampaknya tidak berjaya..
Kerna kamu masih berduka seperti biasa..


Teman..
Bukan niatku meninggalkan kamu..
Aku perlu pergi jauh dari diri mu..
Kerna tidak mahu terus melukakan mu..
Andaiku tiada kamu akan bahagia semula..


Teman..
Tidak akan ku lupa pengorbanan dirimu..
Mengajar dan menasihati diriku selalu..
Akan ku simpan semua amanat darimu..
Supaya dirimu tidak luput dalam hatiku...




p/s: ini khas buat sahabat yang sama-sama menangis dan ketawa bersama saya dulu.. namun sekarang dia tiada lagi.. dia yang pegi jauh atau mungkin juga saya yang menghilangkan diri.. (T__T).. sangat rindu saat itu..

Thursday, November 17

Jom Buat Kek

ASSALAMUALAIKUM WBT


Semalam kerna kakak saya nak ikram akak ipar yang mengidam nak makan kek lapis asam manis. Jadi kenalah saya membantu.. hehe.. (sendiri yang sebok sebenarnya). Lepas habis sahaja kerja terus pegi shopping bahan-bahan nak buat kek tu.


Punyalah mujahadah nak buat kek ni. Asbab nak pindah rumah, semua barang cam tunggang-langgang dalam rumah tu. Jadi nak cari alat-alat pun susah. Allah!


Dah siap semua bahan dan alat, jadi sedia nak buat adunan kek. Mula-mula kena pukul telur sampai kembang dulu. Lepas tu pukul mentega pula.. Campurkan telur dan mentega tadi sekali. Kek ni guna biskut mayat (cream cracker) atau biskut marie, tambah susu pekat sikit dan esen vanila.  Dah campur semua adunan, sedia untuk di kukus. Kek ni boleh kukus atau bakar. Mana-mana pun boleh, mudah je.. insyaAllah.. Allah kasi mudah.. (",)


Dari selapis ke selapis. Alhamdulillah siap juga. Alhamdulillah Allah kasi sedap.. (",)..


Ni la hasilnya...


Ada dua slice je sebab anak-anak buah dah makan dulu..


Lepas kita susah-susah siapkan kek ni, Allah kasi sedap. Mesti kita rasa gembira dan teruja sangat. Betul x?


"Hai orang-orang yang beriman, maknalah diantara rizki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan besrsyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah". (Al-Baqarah:172)

Begitulah juga kalau kita susah-susah buat kebaikan, berkorban untuk agama Allah. Allah bagi syurga untuk kita. Mesti kita suka kan? Mesti kita rasa macam nak lompat sampai ke langit.


Hidup kat dunia ni mesti susah-susah supaya kita dapat bersenang-senang dalam syurga nanti. Sejahat-jahat manapun kita mesti kita tak nak masuk neraka kan? Sebab tu walaupun sedikit mesti kita buat kebaikan untuk bantu kita kat akhirat kelak.


Macam nak buat adunan kek tadi, banyak bahan kena guna supaya kek tu jadi macam yang kita harapkan. Kek tu kena cukup rasa, sedap. Baru kita puas hati. Macam tu juga kita nak syurga, kena usaha atas iman dan amal kita, baru layak nak masuk syurga nanti. Syurga sebaik-baik tempat kembali. InsyaAllah.. Siapa ada iman (yakin sempurna) walaupun hanya sebesar biji sawi, Allah SWT bagi syurga 10 kali ganda lebih besar dari dunia.

"Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk" (Al-Insan:12-13)


p/s: insyaAllah hari ini buat kek lagi.. sedap juga makan kek ni.. Allah kasi sedap.. (",)... siapa nak rasa sila datang umah. Tapi sekarang belum boleh datang sebab nak pindah umah dulu.. insyaAllah.. (",)