Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Monday, May 20

Menanti

ASSALAMUALAIKUM WBT

Dari hari ke hari,
Dari minggu ke minggu,
Dari tahun ke tahun, 
Dah 13 tahun ayah pergi.
Dan mak pula sudah 6 bulan pergi menghadap Illahi.

Kami yang kecil sudah semakin besar,
Dulu kanak-kanak sekarang sudah menjadi dewasa,
Semakin matang dengan ujian yang menimpa.
Ujian yang tidak berhenti-henti mengetuk pintu hati.

Sekarang aku masih menanti. 
Menanti impian dan angan-anganku menjadi realiti.
Bukan bercita-cita mahligai duniawi,
Tetapi akhirat yang hakiki.

Bukan untuk mendesak takdir menyebelahi aku,
Tetapi memohon takdir bersama aku,
Untuk mencapai keinginan hakiki,
bertemu di syurga yang abadi.