Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Friday, September 30

Dilema

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG



"Biar hati mati menolak CINTA insani, 
biar badan lesu ditohmah kata keji, 
jangan kau menangis wahai mata hati, 
menangislah andai CINTA mu ditolak ILLAHI"

Thursday, September 29

Sekadar Suka?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG

..........................................


Gadis: apasal awak ikut saya ni?


Lelaki: saya tak tahu.. Awak cantik sangat.. Saya rasa saya dah jatuh cinta kat awak...


Gadis: hmm, awak tak jumpa kawan saya lagi, dia lagi cantik dari saya...


Lelaki: hmm??


Gadis: dia ada di belakang awak..


Lelaki: (berpusing ke belakang)... eh.. tak ada sapa pun...


Gadis: kalau awak betul-betul jatuh cinta kat saya, awak tak kan toleh ke belakang....


Lelaki: hmmm....(melepas)...


.................................................

p/s: akan bersambung... insyaAllah (",)

Tuesday, September 27

Kasih Mu Abadi

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG


Ya Allah..


Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu..
Aku buta tanpa bimbingan-Mu...
Aku cacat tanpa hidayah-Mu...
Aku hina tanpa rahmat-Mu...
Kuatkanlah hati dan semangatku...
Tabahkan aku menghadapi segala dugaan yang datang dari-Mu..


Jika cinta adalah kerinduan, maka jadikanlah rindu ini dalam zikir pada-Mu..
Jika cintya adalah perjuangan, maka kobarkanlah semangat di dada kami...
Jika cinta adalah pengorbanan, maka jadikan pengorbanan ini tidak sia-sia di sisi-Mu...
Jika cinta adalah air mata, maka jadikan ia air taubat pada-Mu 


Amin YA ALLAH.....


Amin YA RAHMAN..........


Amin YA RAHIM....


Amin YA KARIM...


Amin YAA RABBAL ALAMIN....






Cukuplah Allah bagiku. Mengapa apabila di tinggalkan makhluk baru kita kembali kepada Allah? Bukankah Dia sentiasa ada bersama kita saat kita senang atau susah? Dia tidak pernah tinggakan kita tetapi kitalah yang selalu lupa pada-Nya. Lalu fikirkanlah.. layakkah diri kita di cintai-Nya? Apabila kamu mengingati Allah waktu senangmu maka Allah akan mengingatimu pada waktu susahmu.. Sesungguhnya Dia amat mencintaimu melebihi ibumu...


Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, 
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya,
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,
Airmata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,
Indahnya tarbiah Allah,
Tersiram rahmat dan hikmah,
Di uji kita sebagai tanda kasih sayang-Nya...... 


Semoga Allah pilih kita lagi.. lagi.. n lagi.. untuk di uji olehNya kerna itu tanda kasih sayangNya buat kita. Semoga Allah pandang kita di dunia dan di akhirat kelak dengan pandangan penuh rahmat... ameen ya rabbal alamin....









Monday, September 26

Masa Muda

DENGAN NAMA ALLAH YANG MEMEGANG HIDUP DAN MATIKU



telah berpesan Sayyidina Ali Abi Talib Karamallahu Wajhah;


" Aku menangis atas masa mudaku yang telah berlalu. Aduh! Alangkah enaknya kalau masa muda itu dapat kembali lagi kepada kita"

"Seandainya masa muda itu boleh di perjualbelikan pasti aku akan berikan kepada penjualnya apapun yang ia inginkan"

"Akan tetapi jika masa muda itu sudah berlalu jauh dari kemuliaan maka memintanya untuk kembali lagi adalah sesuatu yang mustahil"




Walau berapa kali pun kita meminta untuk kembali ke masa dahulu, kita tidak mampu untuk lakukan ia kerna masa lalu hanya kenangan buat kita dan ia telah jauh pergi meninggalkan kita.. 

Semoga masa yang ada sekarang dapat kita manfaatkan sebaiknya dalam mengejar redha dan rahmat dari Allah SWT kerna sesungguhnya kehidupan di dunia sudah semakin singkat dan kita akan kembali ke akhirat yang kekal abadi.. 

Sunday, September 25

Abaikan Ia

DENGAN NAMA ALLAH YANG MEMEGANG HIDUP DAN MATIKU


kenapa suka pakai tudung warna gelap?

kenapa suka pakai baju kurung hitam?

kenapa suka pakai jubah hitam?

kan klu pakai pakaian hitam panas, awak x panas ker?

Awak x rasa orang pandang serong kat awak ker bila pakai pakaian hitam ni?

kenapa awak tiba-tiba berubah dan pakai tudung besar macam ni?

Pakai tudung macam ni susah nak berfesyen tau.. awak x kesah ker?

Cara pakaian awak ni kolot la..!!!




BIARLAH APA MANUSIA NAK KATA KERNA YANG MENILAI SAYA BUKANNYA MEREKA TETAPI YANG MENILAI SAYA ADALAH ALLAH SWT..


Jadilah seperti yang Allah perintah dan bukannya menjadi seperti yang manusia perintahkan kerna yang memegang kehidupan kita adalah Allah bukannya manusia.. Jadi janganlah putus asa apabila mendengar kata-kata manusia kerna manusia tidak mampu memberi kemudaratan kepada kita tanpa izin dari Allah.. (",)

Friday, September 23

Kenapa Buang?

ASSALAMUALAIKUM WBT

Meow... meow... meow.....


Terdengar tangisan kucing dari luar rumah, alhamdulillah rupanya Allah berikan tetamu hadir di  rumah saya pada malam itu. Walaupun kehadirannya tidak di sambut dengan kueh-kueh dan minuman penghilang dahaga tetapi kehadirannya di hargai di rumah kami. Kelihatan tetamu saya itu agak kurus dan memerlukan makanan. Mungkin dia kelaparan dan ingin menumpang berehat. 


bukan kucing ini yang menjadi tetamu rumah saya.. hehe..


Situasi di atas sering berlaku di rumah saya memandangkan rumah saya terdapat banyak kucing-kucing liar yang menumpang. Dan ada juga segelintir manusia mengambil kesempatan membuang anak kucing ini berhampiran rumah saya.. Isk3.. Apa yang menjadi persoalan pada saya.. Mengapa buang anak kucing tu? Kalau nak buang pun kenapa tak buang dengan ibunya sekali?? Kan senang nanti anaknya nak menyusu... isk3.. Tak paham betul....


Kesian anak-anak kucing lapar, nak menyusu tapi tiada ibu. Apa yang anak-anak kucing ini reti buat hanya menangis. Minta belas kasihan manusia tetapi jarang manusia yang paham anak-anak kucing ni lapar. Buat tak paham dan pegang-pegang kejap lepas tu biarkan.. isk3.. kejam... 


Apa yang mampu saya buat kalau nak-anak kucing ni di buang ke rumah saya hanya dengan belikan botol susu kucing dan susu kucing kat kedai haiwan dan bagi mereka minum susu. Susah juga pada awalnya nak bagi anak kucing ni minum susu guna botol tapi lama-lama anak kucing ni pun dah biasa. Lama-lama anak-anak kucing ni pun pandai manja-manja.. :D.. 


Ada juga ibu-ibu kucing yang ada kat rumah saya menjadi ibu tumpang kepada anak-anak kucing terbiar ni.. Kucing pun ada belas kasihan pada makhluk dengan membenarkan anak-anak kucing tu minum susu dari badannya ini kan pula manusia yang sebenar-benarnya mempunyai perasaan belas yang diberikan oleh Allah... Semoga Allah mengampunkan dosa kita atas kezaliman kita pada makhluk lain...

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kamu sekali-kali tidak akan dianggap beriman sehingga kamu bersifat rahmat". 
Ujar sahabat: "Kami semua sememangnya bersifat rahmat". 
Lantas Baginda SAW menjawab: "Bukan itu maksudku rahmatmu kepada kawan kamu, sebaliknya maksudku ialah rahmatmu kepada umum (alam sejagat)". (Hadis riwayat Tabarani)   

andai ia terdidik sempurna... 
Pada dunia akhir zaman ni, bukan anak-anak kucing di buang, anak kandung sendiri pun di buang.. isk3.. semoga Allah ampunkan dosa kita.. ameen... 

Andai benar telah berbuat dosa maka kena menutupi dosa itu dengan terus melakukan dosa?

Tidak terlintaskah bahawa anak itu amanat dan rezeki dari Allah? 

Andai tidak mahu menjaga si anak itu, mengapa tidak memberikan kepada orang lain untuk menguruskan nya? 

Mengapa membunuhnya? 

Tidak zalimkah perbuatan itu?? 

Aduh, jiwa makin tertekan, hati kian menangis mengenangkan semua itu. 

Duhai manusia tidak bersyukur kah kamu?? 

Mengapa menzalimi diri sendiri dan keturunanmu? 

Andai tidak mahu anak itu, boleh berikan sesiapa yang sudi menjaganya. Bukan dengan membunuh dengan kejam. Jangan sakiti si anak kecil itu kerna dia baru melihat dunia, jangan lukakan perasaannya kerna dia telah memilihmu menjadi ibubapanya, tetapi  mengapa engkau mengkhianatinya? Sayanginya dan belailah ia kerna ia amanah dari Allah buat mu..

Ya Allah Yang Maha Pengampun dan Pemaaf.. ampunkan kami atas dosa-dosa kami.. ampunkan kami atas kelalaian yang kami lakukan.. ampunkan kami atas kesilapan yang berulang kami lakukan.. ampunkan kami kerna tidak menjaga amanahmu.. ampunkan kamu ya Allah  Yang Maha Pengasih dan Penyayang.. Berikan kami hidayah Ya Allah.. Sinari hidup kami dengan cahayaMu, rahmati kehidupan kami Ya Allah.. Bantulah lah kami Wahai Tuhan Yang Maha Esa dan Yang Maha Kuasa...

p/s: kepada sesiapa yang buang anak-anak kucing kat umah saya, jazakallah khairan saya ucapkan kerna ia merupakan tanda rahmat dari Allah buat kami sekeluarga... Teruskan membuang anak-anak kucing ini di rumah kami.. :D

p/s 2: kepada sesiapa yang nak tinggalkan baby kat umah pun boleh, tapi ketuklah pintu rumah dan nyatakan hasrat anda untuk memberikan kami baby tu kerna jika tinggal kat luar nanti kena hujan, anjing gigit, nyamuk gigit.. kesian baby tu.. Klu dapat baby boleh jadikan adik angkat.. Wah.. Rahmat lagi... :D

Tuesday, September 20

Saat Lafaz Sakinah

ASSALAMUALAIKUM WBT



Yakinlah pada janji ALLAH ,kita telah ada pasangan masing-masing sabarlah menanti, ikutilah panduan islam dalam mencari pasangan, hindarilah segala macam zina, zina mata, zina hati, dimana zina hati itu bahaya, lebihkanlah jauhi diri dari mendekati, larilah sejauh mana, bisulah seribu kata, kalau ALLAH kata kun fayakun, jadilah! maka jadilah, dengan izinNYA, jadi jagalah rasa hati yang singgah itu, pendamlah ia, dan sederhanakan, kerna janji ALLAH itu PASTI

Saat mendengar lagu "saat lafaz sakinah", sayu di hati kerna si ayah yang sepatutnya menjadi wali buat diri ini telah pergi menghadap Illahi, andai sampai masanya nanti si abang akan melaksanakan tanggungjawab ini bagi pihak ayah. Walaupun si abang yang menjadi wali tetapi tangisan ibu yang paling jelas seperti yang berlaku 3 tahun lalu di saat  kakak di ijab kabul, ibu tiba-tiba menangis kerna mengganggap dirinya telah kehilangan si anak yang di cinta dan di jaga sejak kecil. Namun sebenarnya ibu tidak pernah kehilangan anak sebaliknya punya seorang lagi anak yang baru. Itulah indahnya perkahwinan kerna menjadikan ibubapa bertambah anaknya dan si anak akan punya ibubapa yang baru.. 

Teringat pesanan ibu buat kakak " nanti dah kawen, ibu mertua tu kita kena hormat macam ibu kita, jangan anggap dia orang luar, jangan lebihkan mak dan jangan pula lebihkan dia, kena berlaku adil.. ingat tu, derhaka pada ibu mertua seumpama derhaka pada ibu sendiri..." Pesanan ibu buat kakak adalah pesanan buat diri yang belum mengalami situasi itu. Andai saatnya tiba, semoga Allah permudahkan segalanya. ameen...

Jom sama-sama dengarkan lagu dari kumpulan FAR EAST- SAAT LAFAZ SAKINAH. Lagu ni mengenai pesanan si wali kepada bakal menantunya.. Sangat syahdu........... seriussss.................(T___T)


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

(Pesanan si ayah)
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

(Jawapan si menantu)
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku


Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



.........................................................................................

Aku ingin mencari cinta sejati yang boleh membawa aku ke jalan Illahi. Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam. Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah. Aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie. Aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid. Aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai ALLAH lebih dari segalanya

Namun adakah layak buat diriku yang serba kekurangan dan masih terkejar-kejar dengan kenangan silam yang meluluhkan perasan hatiku... Bantulah aku YA ALLAH, untuk membetulkan diriku sebelum saat itu tiba... 

"Jika si isteri hanya beranggapan akan berubah hanya apabila memiliki lelaki yang soleh untuk menjadi suaminya, maka alangkah ruginya si isteri kerna masa yang banyak akan di luangkan untuk mengajar si isteri, sedangkan sepatutnya masa si suami harus  di habiskan di jalan Allah.." 
Pikirlah wahai diri.......... Muhasabah diri............ Semoga Allah permudahkan......... (T__T)
........................................................................
p/s: tersedih sekejap bila dengar lagu ini... 

p/s 2: kepada sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan, semoga Allah permudahkan urusan rumahtangga yang bakal di bina, semoga berkekalan hingga akhir hayat dan berkekalan di jannah... semoga Allah menghadiahi dengan anak-anak yang bakal menjadi mujahid dan mujahidah agama... ameen...

Monday, September 19

Sejuta Cinta Buat Bonda

ASSALAMUALAIKUM WBT

Ini merupakan entry ke 100 saya. Heheh.. tak sangka dah masuk entry ke 100. Syukur Alhamdulillah Allah masih izinkan saya meneruskan penulisan di sini. Terima kasih Allah... LOVE ALLAH!!!!... Sebelum ini pun saya ada menulis di blog yang lain, tetapi blog yang dulu telah di tutup atas sebab-sebab tertentu... Saya mulakan semula perkongsiaan saya di ruang ini pula.. Semoga blog kali ini terus kekal jika tiada apa-apa yang menghalang.. insyaAllah... (n_n)


..............................................................................


Ibu itulah insan yang saya sayang. Saat Allah memanggil ayah pergi, Allah masih memberikan ibu untuk menjadi peneman kami di dunia. Terima kasih ya Allah kerna memberikan saya ibu yang baik dan sangat menyayangi kami.. (n_n)...


Hayatilah bait-bait kata ini. Semoga Allah memberikan kita kesedaran tentang pengorbanan ibu dan perit serta kesusahan ibu dalam membesarkan kita anak-anaknya.. Semoga dengan kesusahan yang di alaminya menjadi asbab rahmat dan kasih sayang Allah kepada nya.. ameen...



Ibumu telah mengandungkan di dalam perutnya selama sembilan bulan seolah-olah sembilan tahun.
Dia bersusah-susah ketika melahirkanmu yang hampir sahaja menghilangkan nyawanya.
Dia telah menyusuimu dari susunya.
Dia telah hilang rasa ngantuknya kerna menjagamu.
Dia mencuci kotoranmu dengan tangan kanannya.
Dia utamakan dirimu atas dirinya serta atas makanannya.
Dia jadikan pangkuannya sebagai ayunan bagimu.
Dia memberikanmu semua kebaikan.
Apabila kamu sakit atau mengeluh.
Nampak darinya kesusahan yang luar biasa dan panjang sekali kesedihannya.
Dia keluarkan wang untuk membayar doktor yang mengubatimu.
Seandainya di pilih antara hidupmu dan kematiannya, maka dia kan meminta supaya kamu hidup.

Betapa banyak kebaikan ibu,
Sedangkan engkau balas dengan akhlak yang tidak baik,
Dia selalu mendoakanmu dengan taufiq,
Baik secara sembunyi mahupun terang-terangan.
Tatkala ibumu memerlukanmu pada saat dia sudah tua,
Engkau jadikan dia sebagai barang yang tidak berharga di sisimu,
Engkau kenyang dalam keadaan dia lapar,
Engkau puas dalam keadaan dia haus,
Dan engkau mendahulukan berbuat baik kepada isteri dan anak-anakmu daripada ibumu,
Dan engkau lupakan semua kebaikan yang pernah dia buat,
Dan rasanya berat atasmu memeliharanya,
Padahal adalah urusan yang mudah,
Dan engkau kira ibumu ada di sisimu umurnya panjang,
padahal umurnya pendek,
Engkau tinggalkan padahal dia tidak punya penolong selainmu..

(IMAM AZ-ZAHABI - AL-KABAIR)


...........................................................................


Ibu.. Aku sayang kamu..........

Ibu.. Aku ingin mentaatimu.............

Ibu.. Aku tidak mahu menjadi derhaka padamu...



IBU, ADAKAH IBU TELAH MEREDHAI AKU?





YA ALLAH, berikanlah ibu balasan yang sebaik-baiknya atas didikan ibu padaku dan pahala yang besar atas sayang yang ibu limpahkan padaku, peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku.


YA ALLAH, bila maghfirah-Mu telah ibu kecapi sebelumku, izinkanlah ibu memberi syafaat untukku. Tetapi jika maghfirah-Mu kukecapi lebih dahulu, maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk ibuku, sehingga kami semua berkumpul bersama di tempat yang dinaungi kemuliaan-mu, keampunan-Mu serta rahmat-Mu..


p/s: tiada kata-kata yang dapat saya fikirkan dan mampu di luahkan saat ini. Hati berbunga lantaran Allah memberikan ibu sebagai penyokong hidup saya. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan memberikan yang terbaik buat ibu saya. Ameen.... 






Sunday, September 18

"Tepuk Dada, Tanya Selera" atau "Tepuk dada, Tanya Iman"??

ASSALAMUALAIKUM WBT

Bak kata pepatah" tepuk dada, tanya selera", tapi pada pendapat saya yang dhaif ini, kita kena "tepuk dada, tanya iman". Jika kita tanya selera pasti nafsu yang akan menjawab, jadi bila nafsu main peranan, syaitan pun cuba la nak gunakan taktik menghasut untuk memperdayakan kita.


Kenapa pula iman? Apa kaitan dengan iman? Jom kita kenalpasti situasi-situasi ini.


Situasi 1:
Di shopping complex:


Sedang si gadis dan kawan nya sibuk membuat tinjauan yang dasat di kedai-kedai yang ada sekitar shopping complex, tiba-tiba azan zohor pun berkumandang dari masjid berdekatan dengan tempat mereka membeli-belah. Maka saat itu berbisiklah, "si nafsu" dan "si iman" 


si nafsu: jalan-jalan dulu la, belum habis tengok barang lagi ni, jap lagi pun boleh solat, waktu zohorkan sampai kul 4... 


si iman: solat jap la. bukan lama pun solat. jap lagi pun boleh sambung tengok barang lagi.


Situasi 2:
Di pejabat:


Jam menunjukkan pukul 7.15 petang, si adam masih lagi menghadap komputer untuk menyiapkan tugasan yang perlu di hantar esok pagi. Tiba-tiba kawannya mengajak si adam berjemaah solat maghrib di masjid berdekatan pejabat. Berbisiklah "si nafsu" dan "si iman"


si nafsu: alamak.. malasnya nak g jemaah, nanti mesti lama, klu buat sorang-sorang kejap jer habis. klu buat kat ofis x yah jalan jauh-jauh.. 


si iman: solat jemaah lagi best dari solat sorang-sorang. pahala pun beza. jom la pegi. lagi pun pening jugak menghadap benda ni lama-lama.


Situasi 3:
Di masjid:


Selepas selesai solat jumaat di masjid, si adam pun berlalu untuk balik semula ke ofis. Tiba-tiba sedang asyik berjalan, si adam di sapa oleh seseorang dan di hulurkan tabung untuk meminta sedekah. "Si nafsu" dan "si iman" pun berbisik la..


si nafsu: aduh.. tadi kat dalam tabung masjid aku dah masuk kan derma. x kan kat sini pun kene derma jugak. abis la duit aku klu derma lagi.. x yah la derma.. jalan jer la.. buat muka x paham..


si iman: tadi dah derma dalam tabung masjid, x per la.. derma lagi laa.. semoga Allah murahkan rezeki aku.. ameen.. senyuman pun sedekah juga, sedekah senyuman sekali laa.. (n_n)..


Situasi 4:
Dikedai menjual pakaian:


Si gadis sedang membelek-belek satu-persatu pakaian yang ada di hadapannya. Semua agak cantik pada pandangan si gadis ini. Tetapi semua pakaian yang di pamerkan agak menjolok mata dan nipis kainnya. " Si nafsu dan "Si iman" segera berkata:


si nafsu: wah.. cantik-cantiknya baju ni, klu aku pakai mesti lagi cantik.. lagipun jarang sikit jer. klu aku pakai baju jarang-jarang mesti lelaki asyik pandang aku.. 


si iman: astagfirullah, malu lah nak pakai baju jarang dan nipis cam ni. nanti terdedah auratnya. cari baju yang sopan dan elok sikit la..


Situasi 5:
di asrama:


Hari ini hari ahad, di kampus si gadis ini, terdapat majlis ilmu yang akan di adakan pada pukul 8 pagi di masjid mereka. Si gadis di ajak oleh rakannya untuk pergi ke majlis ilmu itu. Namun " si nafsu" dan "si iman" berbisik sesuatu..


si nafsu: pagi-pagi ahad ni la aku nak tidur lama sikit. aduh.. malasnya nak siap, malasnya nak mandi, malasnya nak pakai baju kurung, malas.. malas... malas....


si iman: wah.. tajuk majlis ilmu tu cam best je. mesti ada banyak info dapat. g kejap la.. dari aku tidur x dapat ilmu apa-apa baik aku g majlis tue..


................................................................................
Kadang-kadang kita tak perasan pun tentang hasutan si nafsu dan pujukan si iman ini kerna pada kita ia perkara biasa je. Tetapi sebenarnya ia ada, nafsu di dorong oleh syaitan dan iman di dorong oleh amal. 


Jadi nak tepuk dada tanya nafsu atau tepuk dada tanya iman??


p/s: ini sering berlaku dalam kehidupan kita, ada yang kita niat dan ada juga yang kita tidak niat. semoga dengan peluang yang Allah berikan kepada kita ini kita dapat gunakan sebaiknya. renung-renungkan dan selamat beramal.. (n_n)



Wednesday, September 14

Si Kecil

ASSALAMUALAIKUM WBT


Alhamdulillah sejak beberapa hari mengalami demam dan selsema yang panjang. Baru hari ini sehat dengan sepenuhnya. Syukur Alhamdulillah hari ini rasa lebih semangat ingin bekerja.. Terima kasih Allah kerna memberikan hamba penyakit dan dengan rahmatMu juga hamba sembuh semula.. LOVE ALLAH.. (n_n)..


Sejak akhir-akhir ini panggilan "mak" semakin kerap saya dengar dari mulut "si kecil" yang baru mula pandai bercakap. Sedangkan pada hakikatnya saya bukanlah ibu atau ibu saudara kepada nya. Saya hanya punya ikatan atas nama islam dengannya..


Inilah "si kecil" yang saya maksudkan..



"Si kecil" ini baru berusia 3 tahun dan dia tinggal di rumah saya sejak usia 2 bulan. MasyaAllah.. Sangat teruja masa tu sebab saya yang tidak punya pengetahuan tentang baby terpaksa menjaga dia. Tapi alhamdulillah semuanya di permudahkan Allah, dari dia belum pandai merangkak sekarang dia dah pandai cakap pun.. (n_n).. Terima kasih Allah sebab temukan hamba dengan "si kecil" ini.. (n_n)..

Saya teringat ketika saya membawa dia menemani saya untuk pergi ke hospital. Dia yang banyak bercakap dan berjalan, menjerit memanggil saya..

"Mak.. nak minum milo satu.." 
(menjerit sekuat hati hingga semua pesakit yang sedang menunggu giliran melihat ke arah saya)

Seorang makcik berhampiran saya terus bertanya kepada saya..

Anaknya umur bape?? Suami keje apa?? 
(sambil senyum-senyum melihat gelagat si kecil minum milo)

Saya saat itu jantung seperti nak meletup.. hehe.. yela.. tak kawen lagi.. macam mana nak jawap.. si kecil ni pula best jer panggil saya dengan panggilan mak.. Adeh.. Saya tak terus menjawap soalan makcik tu.. Si kecil terus menimbulkan kontroversi di situ.. hehe.. Si kecil bertanya..

MAK!! Papa mana??

Saat tu Allah SWT je tahu perasaan saya, MasyaAllah.. Betul-betul rasa nak meletup.. hehe.. Saya terus tersenyum dan jawap kat si kecil tue... "Papa keje".. Dia pun terus diam sambil minum milo.. Saya memandang makcik yang bertanya kepada saya tadi.. Dan saya katakan padanya..

"Suami kerja biasa-biasa je.. Alhamdulillah.. Anak ni umur 3 tahun..baru je pandai bercakap" 
(Sambil tersengih-sengih menahan malu nak jawap soalan tu..hehe..)

Rasa bersalah sebenarnya sebab tak bagi tahu perkara sebenar kat makcik tu, tapi saya takut ceritanya lebih panjang dan mesti makcik tu pelik kenapa "si kecil" panggil saya dengan panggilan "mak". Maafkan saya ya makcik kerna telah melakukan kesilapan dengan tidak memberitahu perkara sebenar.. (T_T)..

Seringkali apabila saya mula pakai tudung untuk bersiap pergi kerja mulalah si kecil akan bercakap macam-macam supaya bawa dia bersama..

"MAK!.. aiskrim strawberry jom.. (n_n)...
(sambil buat muka comel.. isk3.. geram jer.. hehe..)

Tetapi kehadiran si kecil dan adik-adiknya sesuatu yang indah dalam hidup saya kerna mereka dengan kehadiran mereka, Allah banyak mentarbiah diri saya tentang erti sabar dalam melaksanakan tanggungjawab..Syukur kepada Allah kerna menemukan saya dengan mereka kerna mereka adalah anugerah terindah dalam hidup saya. Terima kasih Allah..

si abang dan adik-adiknya. comel kan?? hehe.. hebatnya Allah!

p/s: tetibe rasa suatu saat nanti si kecil dan adik-adiknya mungkin akan pergi meninggalkan saya.. hurm.. walau apa pun, saya mohon supaya Allah pelihara mereka di dunia dan akhirat.. semoga Allah menjadikan mereka sebagai mujahid dan mujahidah pejuang agama Allah.. ameen..


Sunday, September 11

Ku Berharap PadaMu

ASSALAMUALAIKUM WBT


Rasa terluka,

Tetapi tiada apa yang melukai hamba,

Rasa kecewa,

Namun tiada apa yang mengecewakan hamba,

Rasa putus asa,

Tetapi tiada apa yang buat hamba mengalah,

Rasa semakin sakit,

Namun tiada apa yang patut hamba sakitkan.

Rasa ingin mengadu,

Tetapi kepada siapa hamba patut mengadu?


Rasa ingin pergi,

Tetapi kemana hamba harus pergi?



Hasbunallah wa ni'mal wakil

"Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung"


Cukuplah Allah sebagai pengenggam hidup dan matiku,
Cukuplah Allah sebagai tempatku mengadu,
Cukuplah Allah menjadi saksi akan diriku,
Cukuplah Allah sebagai pemberi kebaikan dan ujian padaku,
Dari Allah aku datang, kepada Allah aku kembali,

Semoga Allah pandang diriku dengan pandangan rahmat,
Semoga Allah pandang diriku dengan kasih sayang yang banyak,
Semoga Allah menerima amal ku,
Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah padaku di saat aku semakin terleka,
Semoga Allah sentiasa membimbing diriku keluar dari kegelapan masa silamku..

Ya Allah bantulah aku dan rahmati kehidupan kedua ibubapaku. Semoga mereka meraih rahmatMu di dunia dan akhirat mereka. Dan ku mohon sebarkan hidayat kepada seluruh umat islam semoga dengannya makin ramai yang beriman kepadaMu. Dan semoga Engkau terima usaha-usaha pekerja agama yang bertebaran di muka bumi dalam usaha iman dan amal. Semoga Engkau hantar semakin banyak lagi umatMu untuk berjihad Fi Sabilillah ke jalanMu. Ameen Ya Rabb..