Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Monday, September 5

BERCINTA KERANA ALLAH?

ASSALAMUALAIKUM WBT
     
Tsabit berkata, Anas Ibnu Malik berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Tiga perkara, barang siapa yang di dalam dirinya terdapat tiga perkara ini, nescaya ia merasakan manisnya iman: Orang yang lebih mengutamakan mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya daripada segala sesuatu selain kedua-duanya. Orang yang mencintai seseorang semata-mata kerna Allah SWT. Orang yang lebih suka di lemparkan ke dalam nyalaan api, daripada kembali kepada agama Yahudi atau Nasrani" (HR Imam Muslim dan Ibnu Hibban)


Amru Ibnu Maimun berkata, Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :
" Seseorang yang ingin mendapatkan kesenangan rasa nikmat iman. Maka hendaknya dia mencintai seseorang, semata-mata kerna Allah SWT" (HR Imam Ahmad) 



Cinta kerna Allah? Bagaimanakah bercinta kerna Allah? 

Cinta kerna Allah ialah cinta tanpa berlandaskan sifat-sifat dan kepentingan keduniaan di dalamnya. Cinta kerna Allah ini hanya mengharapkan keredhaan dan rahmat Allah SWT semata-mata tanpa melibatkan habuan dunia yang besar. Cinta kerna Allah tidak akan menyebabkan kita lalai dan melanggar segala arahan dan suruhan semata-mata mengejar cinta yang sia-sia. 

Cinta ini tidak semestinya di antara wanita dan lelaki sebaliknya ia sangat universal kerna ia merangkumi banyak pihak. Apa yang penting tanamkan benih-benih cinta yang bakal di semai dan berniat bercinta kerna Allah. Bercintalah dengan sesiapa pun yang kita kehendaki seperti ibubapa, adik-beradik, saudara mara, anak-anak yatim, golongan susah, warga tua dan semua makhluk di dunia ini kerna setiap kasih sayang dan perasaan cinta kerna Allah ini akan meraih pahala dan Allah akan memberikan sebaik-baik kemuliaan kepada kita. InsyaAllah.

Kepada pasangan yang sedang bercinta, yang belum bercinta dan yang telah lama bercinta hendaklah kita ubah persepsi cinta kita dan berniatlah cinta kerna Allah kerna ia adalah lebih baik daripada kita bercinta hanya untuk memenuhi bisikan syaitan dan nafsu yang ingin merosakkan dan memusnahkan diri kita. Jika kita bercinta kerna Allah SWT maka kita tidak rugi apa-apa melainkan kita memperolehi rahmat dan kasih sayang yang banyak dari Allah. Dan seandainya cinta kita bukan kerna Allah SWT maka alangkah ruginya kita kerna kita hanya dapat memiliki cinta itu di dunia dan kita tidak dapat membawa cinta dan kasih sayang kita itu ke negeri akhirat, negeri abadi.

Rasa cinta di hati manusia beriman, mereka tujukan bagi meraih redha Allah. Sedangkan manusia hipokrit mereka mencintai seseorang selaras dengan kepentingan dunia. Semangat cinta manusia hipokrit adalah gejolak nafsu yang bergelora di dada mereka. Bukankah manusia yang dijajah nafsu adalah hamba syaitan? Jadi mengapa masih terus termenung dan menjadi hamba kepada syaitan?

" CINTA SEORANG MUKMIN SEJATI BERPAKSI KEPADA ALLAH SWT. 
CINTA MANUSIA HIPOKRIT (MUNAFIK) MENUJU KEPADA SYAITAN" 

...............................................................................




KEPADA BAKAL IMAMKU.

Cintailah aku bukan kerna diriku tetapi cintailah aku kerna Allah lah yang telah menciptakan aku dan Allah juga yang telah memberikan ilham kepada diriku atas semua perubahan yang telah terjadi dalam hidupku. 

Ku tidak pasti di manakah kamu wahai bakal imamku, tetapi jika Allah takdirkan aku bertemukan denganmu maka ku mohon pertemuan itu di berkati dan tidak terselit maksiat di dalamnya. Seandainya masa itu tiba, mungkin aku telah berbeza dengan diriku di masa lalu ku. Kerna kehidupan yang aku jalani adalah tarbiah terhebat dari Allah buat diriku. 

Kepada kamu wahai bakal imamku, jangan tanya tentang cinta ku milik siapakah kerna sesungguhnya kamu tahu apakah jawapannya. Jangan kamu tanyakan tentang cinta ini selagi aku masih haram untuk mu kerna ia memudahkan kerja syaitan untuk merosakkan kita. 

Kepada kamu wahai imamku,Jika masanya sudah tiba maka kehadiran kamu akan ku sambut dengan linangan air mata kerna kamulah yang bakal menjadi nakhoda kehidupanku dan bakal di pertanggungjawabkan keatas semua kesilapan dan segala dosa-dosa aku dan anak-anakku.


Kepada kamu wahai imamku, ku mohon kamu menghargai ibu dan adik-beradikku kerna sesungguhnya sebelum mengenal kamu, merekalah menjadi teman tawa dan nangisku, merekalah menemani kehidupanku sepanjang kecil dan besarku. Akan ku cuba menghargai keluargamu sebaiknya. InsyaAllah.




p/s: agak terkesan baru-baru ini lantaran ada yang bertanya perihal jodoh dan bakal imamku. Apa yang aku tahu, si dia belum hadir dalam hidupku dan selagi ia belum muncul maka peluang bagiku untuk memperbaiki diri dan mengikat hatiku hanya pada Yang Esa. 





2 comments:

Anonymous said...

Bakal imam mu...?
Tu ha kat masjid tu...si kiyai

nam said...

anonymous:

heheh.. itu imam semua orang yang berjemaah.. :)..

bakal imam ku hanya di rumah, tapi mesti jemaah kat masjid tepat waktu solat. insyaAllah..