Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Tuesday, September 20

Saat Lafaz Sakinah

ASSALAMUALAIKUM WBT



Yakinlah pada janji ALLAH ,kita telah ada pasangan masing-masing sabarlah menanti, ikutilah panduan islam dalam mencari pasangan, hindarilah segala macam zina, zina mata, zina hati, dimana zina hati itu bahaya, lebihkanlah jauhi diri dari mendekati, larilah sejauh mana, bisulah seribu kata, kalau ALLAH kata kun fayakun, jadilah! maka jadilah, dengan izinNYA, jadi jagalah rasa hati yang singgah itu, pendamlah ia, dan sederhanakan, kerna janji ALLAH itu PASTI

Saat mendengar lagu "saat lafaz sakinah", sayu di hati kerna si ayah yang sepatutnya menjadi wali buat diri ini telah pergi menghadap Illahi, andai sampai masanya nanti si abang akan melaksanakan tanggungjawab ini bagi pihak ayah. Walaupun si abang yang menjadi wali tetapi tangisan ibu yang paling jelas seperti yang berlaku 3 tahun lalu di saat  kakak di ijab kabul, ibu tiba-tiba menangis kerna mengganggap dirinya telah kehilangan si anak yang di cinta dan di jaga sejak kecil. Namun sebenarnya ibu tidak pernah kehilangan anak sebaliknya punya seorang lagi anak yang baru. Itulah indahnya perkahwinan kerna menjadikan ibubapa bertambah anaknya dan si anak akan punya ibubapa yang baru.. 

Teringat pesanan ibu buat kakak " nanti dah kawen, ibu mertua tu kita kena hormat macam ibu kita, jangan anggap dia orang luar, jangan lebihkan mak dan jangan pula lebihkan dia, kena berlaku adil.. ingat tu, derhaka pada ibu mertua seumpama derhaka pada ibu sendiri..." Pesanan ibu buat kakak adalah pesanan buat diri yang belum mengalami situasi itu. Andai saatnya tiba, semoga Allah permudahkan segalanya. ameen...

Jom sama-sama dengarkan lagu dari kumpulan FAR EAST- SAAT LAFAZ SAKINAH. Lagu ni mengenai pesanan si wali kepada bakal menantunya.. Sangat syahdu........... seriussss.................(T___T)


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

(Pesanan si ayah)
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

(Jawapan si menantu)
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku


Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



.........................................................................................

Aku ingin mencari cinta sejati yang boleh membawa aku ke jalan Illahi. Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam. Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah. Aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie. Aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid. Aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai ALLAH lebih dari segalanya

Namun adakah layak buat diriku yang serba kekurangan dan masih terkejar-kejar dengan kenangan silam yang meluluhkan perasan hatiku... Bantulah aku YA ALLAH, untuk membetulkan diriku sebelum saat itu tiba... 

"Jika si isteri hanya beranggapan akan berubah hanya apabila memiliki lelaki yang soleh untuk menjadi suaminya, maka alangkah ruginya si isteri kerna masa yang banyak akan di luangkan untuk mengajar si isteri, sedangkan sepatutnya masa si suami harus  di habiskan di jalan Allah.." 
Pikirlah wahai diri.......... Muhasabah diri............ Semoga Allah permudahkan......... (T__T)
........................................................................
p/s: tersedih sekejap bila dengar lagu ini... 

p/s 2: kepada sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan, semoga Allah permudahkan urusan rumahtangga yang bakal di bina, semoga berkekalan hingga akhir hayat dan berkekalan di jannah... semoga Allah menghadiahi dengan anak-anak yang bakal menjadi mujahid dan mujahidah agama... ameen...

8 comments:

mhafiz_ydin said...

Tanggungjawab tak semudah lafaz.

Berat mata membaca, berat lagi bahu memikul. nya pun adoi..

Ismi Ijmi said...

eh3.
ni pengaruh Nota SIku jugak ke?

insyaALlah perkahwinan akan menyusul.
ia lebih indah jika kita punya agama.

hehe, nak no fon ayah..

(aiceh)

gurau je eh.

nor asma mansur said...

to ismi ijmi: no tepon abg boleh le..wali mujbir sudah menyahut seruan Ilahi. semoga rohnya dicucuri rahmat. :)

nam said...

tuan hafiz:

benar..
andai laksanakan tanggungjawab semudah lafaz pasti dah ramai yang berjaya tunaikan tanggungjawab...

insyaAllah, doa2 semoga Allah mudahkan jika sampai turn tuan nanti... :D


tuan izmer:

hehe. terpengaruh sikit.. :D

tersentuh sebenarnya bila dgr lagu tue, maklumlah si wali bukan ayah tapi si abang..

no fon ayah? adehh.. ayah dah meninggal 11 tahun lepas.. :D

kak nam 1:

ameen.. semoga Allah merahmati ayah selalu dan tempatkannya bersama-sama orang beriman... :D

School Of Tots said...

Teruskan perjuangan anak muda. Bergantung harap hanya pada Allah. Segala kepayahan dan segala kesenangan hanya daripada Allah jua.

nam said...

tuan school of tots:

insyaAllah.. doakan saya ya tuan..

iman turun naik apabila di uji..

(T__T)

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum, saudari nam.

lagu ni,mard ada hadiahkan pada kakak2 mard y melangsungkan perkahwinan dalam tahun lps.

memang indah lagunya.
umm, blognya, ceritanya bagus.
mard suka.

nam said...

waalaikumussalam wbt mard..

wah.. akhirnya sampai juga di teratak buruk nam... :D

lama menunggu akhirnya datang jugak.. :D

nam suka lagu nie sbb sedih.. terasa sbb ayah x der.. hurm.. (T_T)