Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Sunday, September 11

Ku Berharap PadaMu

ASSALAMUALAIKUM WBT


Rasa terluka,

Tetapi tiada apa yang melukai hamba,

Rasa kecewa,

Namun tiada apa yang mengecewakan hamba,

Rasa putus asa,

Tetapi tiada apa yang buat hamba mengalah,

Rasa semakin sakit,

Namun tiada apa yang patut hamba sakitkan.

Rasa ingin mengadu,

Tetapi kepada siapa hamba patut mengadu?


Rasa ingin pergi,

Tetapi kemana hamba harus pergi?



Hasbunallah wa ni'mal wakil

"Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung"


Cukuplah Allah sebagai pengenggam hidup dan matiku,
Cukuplah Allah sebagai tempatku mengadu,
Cukuplah Allah menjadi saksi akan diriku,
Cukuplah Allah sebagai pemberi kebaikan dan ujian padaku,
Dari Allah aku datang, kepada Allah aku kembali,

Semoga Allah pandang diriku dengan pandangan rahmat,
Semoga Allah pandang diriku dengan kasih sayang yang banyak,
Semoga Allah menerima amal ku,
Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah padaku di saat aku semakin terleka,
Semoga Allah sentiasa membimbing diriku keluar dari kegelapan masa silamku..

Ya Allah bantulah aku dan rahmati kehidupan kedua ibubapaku. Semoga mereka meraih rahmatMu di dunia dan akhirat mereka. Dan ku mohon sebarkan hidayat kepada seluruh umat islam semoga dengannya makin ramai yang beriman kepadaMu. Dan semoga Engkau terima usaha-usaha pekerja agama yang bertebaran di muka bumi dalam usaha iman dan amal. Semoga Engkau hantar semakin banyak lagi umatMu untuk berjihad Fi Sabilillah ke jalanMu. Ameen Ya Rabb..



8 comments:

Ismi Ijmi said...

teruskan berharap pada ALlah

Hidayatullah said...

Slalu kita mengadu.. Ya ALLAH.. ak ada masalah.tp sepatutnye kita ckp.."Wahai masalah.. Aku ada ALLAH!!"

Norsha said...

Salam ziarah dik,
mengadulah kepada Allah, sesungguhnya dia dekat, sangat dekat dgn kita...tiada yg lebih indah dari berharap kepada yang Maha Gagah

Norsha said...

Salam ziarah dik,
mengadulah kepada Allah, sesungguhnya dia dekat, sangat dekat dgn kita...tiada yg lebih indah dari berharap kepada yang Maha Gagah

mhafiz_ydin said...

2 rakaat..
Penyelesaian segala masalah..
Sebaik-baik asbab adalah amal..

nam said...

tuan ismi:

insyaAllah.. itulah yang saya lakukan.. doakan saya yer tuan.. (n_n)

tuan hidayatullah:

setuju dgn tuan.. masalah pun dtg dari Allah, jadi masalah selesai pun dgn kuasa Allah.. (n_n)

kak norsha:

terima kasih kak sudi ziarah saya kembali...

benar kak.. hanya Allah tempat sebaik-baik untuk kita mengadu.. Tiada halangan antara kita dan Dia.. Mohon doakan saya yer kak.. (n_n)

tuan mhafiz:

benar tuan.. drsam.. dua rakaat selesaikan all masalah.. insyaAllah..


p/s: mohon tuan2 dan puan titipkan nama saya dalam doa-doa tuan/puan ya. Jazakallah...

**:::..nur..:::** said...

Allahu Rabbi... =(
kadang2 kite terlupa yg kita ada Allah, Dhaiif aku wahai Allah!! =(

nam said...

kak nur afniza:

kita lupa yang kita ada Allah tetapi Allah tidak pernah lupakan kita walaupun sedetik.. astagfirullah..

semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa kita.. ameen..