Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Thursday, May 26

Maka, labuhkanlah tudungmu Wahai ukhtiku sayang~



wahai kaum sejenisku.. wahai kekasih-kekasih para suami, kekasih-kekasih ibubapa dan juga kesayangan pada umat di dunia.. denganlah.. dengarlah..dengarlah.. aku bukan ingin berceramah, apalagi ingin berucap. Hanya ingin membuat pesanan dan mengajarkan kamu sesuatu maka dengan mengamalkannya kamu akan menjadi wanita solehah penghuni syurga. InsyaAllah..

Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"


Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT."

Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.


Saudariku,


Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.


Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.


Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.


Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.


Saudariku,


Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.


Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.


Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.


Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana.


Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.


Saudariku,


Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"


Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.


Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.


Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.


p/s: sekadar ingin menyampaikan.. yang baik jadikan amalan.. semoga kita semua dapat membuat tuntutan yang dikenakan ke atas kita oleh Allah.. semoga Allah permudahkan segala perjalanan kita dalam mencari makna sebuah kehidupan dan tanggungjawab.. insyaAllah.. selamat menjadi wanita solehah ye.. (n_n)

Untukmu kaum sejenis ku



Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."


Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.


Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.


Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.


Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT. Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.


Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.


Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.


Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.


Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.


Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud,

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."


Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.


Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.


Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.


Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.


Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat


Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.


Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.


Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.


Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.


Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.


Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.


Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.


"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)


Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.


Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS.

Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.


Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.


Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.


Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.


Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.


Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).


Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.


Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.


Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."


Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.


p/s: wahai wanita muslimah, saya bukan nak menasihati apalagi ingin menegur anda semua. sebaliknya ingin mengingati diri sendiri dengan cara mengingati orang lain. apabila saya mengingatkan orang lain tentang hal ini ia mengukuhkan pendirian saya. insyaAllah... harap kita sama-sama betulkan diri sendiri dan pada yang sama kita bawa orang lain bersama kita. insyaAllah...


p/s: entry ini penah saya kongsi di facebook saya. tapi ia mungkin dah basi atau telah dilupakan. jadi saya ambil semula entry ini dan berkongsi semula disini supaya kita dapat muhasabah diri sama2.. insyaAllah... SELAMAT BERAMAL KERNA ALLAH SWT... insyaAllah...

Wednesday, May 25

YA ALLAH~!!



" sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan ( mencipta dan mentadbirkan makhluk- makhluk-Nya) (AR-RAHMAN: 29)

Apabila laut tiba-tiba bergelombang, ombak menghempas bergulung-gulung dan angin bertiup dan berderu kencang, si nelayan akan berseru. Oh Tuhan, Ya Allah!!

Apabila penunggang unta tersesat di tengah padang pasir sahara, haluan berubah arah dan kafilah kebingungan dalam perjalanan, ia pun berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!!

Apabila musibah menimpa, ujian melanda dan cubaan datang silih berganti maka orang yang ditimpa musibah itu akan berseru sekuat hati : Oh Tuhan, Ya Allah!!

Apabila segala pintu di tutup di hadapan para pengemis dan langsir di labuhkan , mereka akan berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!!

Apabila ikhtiar sudah sempurna, jalan tetap buntu, cita-cita terhenti dan segala hubungan terputus, mereka akan berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!!

Apabila dunia yang luas ini terasa sempit buat anda, sedangkan dirimu terasa di himpit oleh segala yang di tanggungnya, berserulah : Oh Tuhan, Ya Allah!!

" Sungguh aku mengingati-Mu pada malam yang hitam pekat, ketika hamparan masa kotor berdebu. Aku berteriak kuat ketika fajar menyinsing sambil tersenyum lebar."

Kepada Allah jualah di tujukan ucapan-ucapan yang bagus, doa-doa yang ikhlas, teriakan-teriakan yang benar, deraian airmata dan segala keluh-kesah kesedihan.

Kepada-Nya setiap tapak tangan menadah di hujung malam, memohon bantuan, begitu juga setap mata merenung, serta segala permintaan makhluk baharu.

Dengan nama-nya setiap lidah menyebut, meminta tolong, bermohon dan memanggil. Dengan mengingati-Nya hati akan tenteram dan roh akan damai, serta jiwa menjadi tenang. Urat-urat saraf menjadi lentur, kecerdikan meningkat dan keyakinan menjadi matap.

" (Sesungguhnya) Allah Maha Lemah-lembut kepada para hamba-Nya"

tulisan: DR 'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI

p/s: Sesungguhnya serulah dan sebutlah nama Allah selalu kerna ia melambangkan betapa banyak kita ingat padaNya. Janganlah kita lupakan Allah kerna Allah tidak pernah lupakan kita walau sekelip mata. Allah lah yang sentiasa menyayangi dan tempat kita bergantung harap kerna yang berkuasa hanya Allah. Bersyukurlah kerna diuji oleh Allah kerna Allah hanya menguji hamba-hamba-Nya yang disayangi dan memberikan ganjaran bagi yang sabar dan redha atas ketetapan-Nya.insyaAllah.. (n_n)

p/s: saya telah meng"kopi" n "paste daripada buku DR 'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI.. (saya mmg minat baca buku2 beliau..heheh..)..

Tuesday, May 24

Aku sayang dan cinta Allah



Enhanced by Smiley CentralJi
ka SEN
DIRI jangan merasa sepi. Ada Allâh yang MENGAWASI
Enhanced by Smiley Central Jika SEDIH jangan pendam dalam hati. Ada Allâh tempat BERBAGI
Enhanced by Smiley Central Jika MARAH, jaga fikiran & hati. Ada Allâh tempat MENENANGKAN DIRI
Enhanced by Smiley Central Jika SUSAH jangan merasa pilu. Ada Allâh tempat MENGADU
Enhanced by Smiley Central Jika GAGAL jangan berputus asa. Ada Allâh tempat MEMINTA
Enhanced by Smiley Central Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa. Ada Allâh tempat MEMUJA

••••► INGAT ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA !!!

Monday, May 23

mereka terindah di hati saya


4 A'=AKIF.AKMA.ABID.AKIL


IRFAN.MIA.DINA

p/s: inilah anak-anak yang selalu menceriakan hidup saya. walaupun kadang-kadang rasa penat melayan kerenah mereka tapi rasa gembira je bila mereka ada bersama.. Terima kasih kepada Allah kerna mengizinkan diri ini untuk berkenalan dan menyayangi mereka..

p/s: berjam-jam berusaha edit gambar nie.. alhamdulillah berjaya juga.. (n_n)..



Saturday, May 21

KERNA AKU WANITA


kerana aku wanita

pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku


kerana aku wanita

ingin disayangi itu fitrah diriku


kerana aku wanita

mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki


kerana aku wanita

emosiku selalu mengatasi logik akalku


kerana aku wanita

air mata teman setiaku


kerana aku wanita

sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi


DAN..


kerana aku wanita

aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku

jangan bermain kata denganku

takut rosak hatiku


kerana aku wanita

akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu

jangan kau burukkan darjatmu pada mataku

takut rosak thiqohmu


kerana aku wanita

maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa

namun aku bukan lemah

sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar


kerana aku wanita

peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku

kerana itu cara untukku

meluahkan perasaanku

supaya hatiku tenang kembali


kerana aku wanita

aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya


WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',

hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,

darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,

maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

Khas buat Si Mawar Berduri




Mawar pertama, ingatlah Rabbmu yg mengampuni siapa saja yg memohon ampunan, menerima taubat orang yang bertaubat, dan menyambut orang yang kembali kepadaNya.


Mawar kedua, kasihilah orang yang lemah, tentu kamu berbahagia, bantulah orang yang membutuhkanmu, tentu kamu akan mendapat kepuasan, jangan menyimpan kebencian, tentu kamu akan mendapat kemurkaan.

Mawar ketiga, optimislah kerana Allah bersamamu, malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga menanti kedatanganmu.

Mawar keempat, usaplah airmata dengan prasangka baik pada rabb mu, dan usirlah kesedihan dengan mengingat-ingat segala nikmatNya.

Mawar kelima, jangan engkau menyangka dunia sempurna, sebab tidak seorang pun di muka bumi ini yang mendapatkan segala yang diinginkannya, dan terhindar dr segala yg tidak menyenangkannya.

Mawar keenam, jadilah seperti pohon kurma dalam ketinggian obsesi, dan terhindar dari ganguan. Jika dilempar dengan batu ia memberikan buahnya yang ranum.

Mawar ketujuh apakah engkau pernah mendengar bahawa kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah berlalu, dan kegundahan dapat memperbaiki yg salah? lalu mengapa masih bersedih dan gelisah?

Mawar kelapan, jangan engkau menunggu ujian dan cubaan. Tunggulah keamanan, keselamatan dan kesehatan..Insyaallah.

Mawar kesembilan, padamkan api dendam dalam dada, dengan memberi maaf pada setiap orang yg menyakitimu.

Mawar kesepuluh, mandi, wudhu memakai wangian, bersiwak, dan kerafihan adalah ubat mujarab bagi kegundahan, kesempitan, dan kesedihan.

Friday, May 20

Perjalanan



Dalam Perjalanan itu,
ku mulakan langkah dengan perlahan,
untuk menuju destinasi pilihan,
mungkin jauh dari sangkaan,
dengan semangatku teruskan.

Dalam Perjalanan itu,
bukan dunia yang ku mahukan,
bukan juga harta berjuta,
bukan juga pangkat yang tinggi,
tetapi kasih Illahi yang ku cari.

Dalam perjalanan itu,
ku tertindas dan dihina,
ku dicaci dan di keji,
namun itu bukan penghalangnya,
akan ku kukuhkan semangat membara didalam jiwa.

Dalam perjalanan itu,
perbagai kulihat dihadapan mata,
ada yang baik, ada yang sebaliknya,
ku jadikan ia pengajaran untuk muhasabah jiwa,
semoga Allah bantu aku dan mereka.

Dalam perjalanan itu,
pasti ada kesudahannya,
semua kita pasti akan sampai ke sana,
hanya bekalan iman yang boleh di bawa,
untuk berjumpa Sang Pencipta.


Thursday, May 19

Mencari Redha Illahi


Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!! Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam..


Dalam langkah yang perlahan kita susuri lembah kehidupan yang penuh dengan halangan dan cubaan dihadapan kita. Dan hanya yang layak dan berjuang dengan sepenuh tenaga akan terus teguh berdiri sambil membawa panji-panji Illahi.

Ujian ini bukan bertujuan untuk membuktikan siapa kuat atau lemah di hadapan Allah, sebaliknya ia menguji tahap keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Tidak perlu tubuh yang sasa untuk menjadi beriman, bukan juga kurus menandakan anda seorang iman. Iman bukan di nilai dari susuk tubuh. Malah iman bukan juga di nilai dari harta kekayaan yang melimpah di dunia. Jika iman boleh di kira dengan harta benda maka kasihan sekali manusia yang tidak punya harta apa-apa.

Kita bukan dilahirkan atau di hidupkan ke dunia untuk mencari harta benda setinggi gunung, bukan juga ingin memegang jawatan terpenting dalam dunia, bukan juga ingin menjadi angkasawan pertama negara sebaliknya kita di jadikan oleh Allah untuk beribadat dan beriman kepadaNya. Kata di bibir mungkin mudah, tapi bila ingin dipraktikkan, pelbagai alasan akan di berikan dan akhirnya terjadilah "menanam tebu di tepi bibir". Tiada apa yang dibuat, ibadat kemana, dunia yang kita sibuk-sibuk gali. Nauzubillah..

Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan dengan tujuan untuk mereka menyembah dan mengabdikan diri kepada Ku.(Surah Adz-Dzaariyaat:56)

Jadi ayuhlah kita berenang, merangkak, berjalan, berlari untuk mencari dan memperolehi cinta dan kasih dari Illahi kerna sesungguhnya tiada yang patut kita cari di dunia selain redha dan kasih sayang dari Allah. Dan berimanlah kita kepadaNya kerna ia adalah tanggungjawab kita yang harus kita galas dan pikul sehingga di bangkitkan semula di padang mahsyar

Firman Tuhan, mafhumnya: “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya.”
(Ali-Imran: 102)

Firmannya: “Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah bersama-sama dengan orang- orangnya bertakwa.” (Al-Baqarah: 194)


Jadi janganlah risau jika kita beriman dan bertakwa kepadaNya pasti Allah akan membalas dengan sebaik-baik pemberian dari sisiNya kerna sesungguhnya Allah Maha Adil. Janganlah kita berasa letih dan tidak bersemangat untuk teruskan usaha dalam mengapai cinta dan kasih daripada Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Firman Allah: “Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberikan rezeki dari arah yang tiada disangka- sangkanya.” (Al-Thalak: 2)


p/s: semoga Allah sentiasa perkukuhkan dan permudahkan perjalanan kita dalam mencari redha dan kasih sayangNya. Semoga kita istiqamah dan mujahadah dalam usaha ini dan semoga kita tidak berpaling dari jalan dan rahmat yang diberikan olehNya. Amin...

p/s: Saya seorang yang lemah tetapi saya akan berusaha teruskan perjuangan kerna pengakhirannya maut akan datang menjemput saya. Saya akan pulang bertemu Kekasih Tercinta dan semoga rahmatNya tidak pernah putus dari saya, insan yang jahil dan hina ini. (T__T)

Bunga-Bunga Cinta OST Dalam Mihrab Cinta





Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

p/s: suka sangat cerita ni.. islamik love story.. :)... nanti ada masa tengok la citer ni yer.. (n_n)

Monday, May 16

JODOH?



Jodoh?? Mungkin terlalu awal untuk saya bincangkan hal ini kerna usia masih belia remaja.. hehe.. Akibat terkesan dengan suasana sekeliling yang asyik membincangkan tentang jodoh maka ia menarik saya untuk menulis mengenai hal ini. Syukur kerna perbincangan ini selalu menjengah cuping telinga saya hingga saya selalu mendengar pendapat-pendapat dan ciri-ciri pasangan atau jodoh yang mereka mahukan.

Perbualan mengenai jodoh ini kadang-kadang setiap hari saya dengar atau baca terutama di laman sosial (facebook).. Macam-macam ciri-ciri yang mereka inginkan daripada bakal pasangan mereka. Saya pula bagaimana? hmmm.. Masih belum pikir ke arah itu.. Kerna masih ada tanggungjawab yang ingin di galas.. hehe.. Lagi pula terpikir di minda tentang kenyataan seorang sahabat bahawa " isteri yang baik adalah hak suami, manakala ibu yang baik adalah hak anak". Kenyataan ini membuatkan saya terpikir saya masih belum mampu menjadi terbaik untuk bakal suami dan anak-anak..

Jodoh atau perkahwinan ini berkait rapat dengan tanggungjawab ia bukan semata-mata ingin bersuka-suka atau hanya ingin meniru orang lain yang telah berkahwin. Ia berkaitan amanah yang bakal dipikul terhadap suami atau isteri serta bakal anak-anak..
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" (Surah An-Nur 24:32)


"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)


Jadi takutlah saya seandainya saya tidak mampu memikul tanggungjawab ini. Pada fikiran mungkin saya mampu lakukan ia, tapi realitinya? Sukar untuk menentukannya.. Jadi biarlah masa menentukannya kerna jodoh adalah titipan dan takdir dari Illahi dan mana mungkin kita pilih kerna sesungguhnya ia telah ditetapkan oleh Allah.


Adehh.. telah merewang jauh rupanya saya ini. Bukan jodoh saya yang ingin saya katakan sebaliknya jodoh titipan Illahi. Bagaimanakah tanda ia jodoh titipan Illahi??


Bagi lelaki:
Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.


Bagi wanita:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]
Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]
Jadi sekiranya orang seperti yang Nabi Muhammad sebutkan di atas yang datang meminang maka jangan teragak-agak untuk memilihnya kerna sesungguhnya bukan mudah nak dapat jodoh yang baik.. Jadi jangan lepaskan peluang.. heheh... (macam promote barangan jualan murah pulak). Lelaki pula jika seseorang wanita yang baik agamanya muncul maka ajaklah ia untuk menikah denganmu kerna sesungguhnya wanita yang baik agamanya InsyaALLAH ia adalah bayangan bidadari syurga...
Akhir kata dari saya ingatlah pesanan Rasulullah ini...
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari)

p/s: menulis entry ini bukan kerna saya sedang merancang untuk berkahwin atau mencari jodoh sebaliknya terkesan dengan sikap rakan-rakan yang banyak membuatkan saya terpikir tentang hal ini. InsyaAllah, bila masa Allah sudah tetapkan sudah masanya saya untuk berumah tangga maka saya akan sedia hadapinya. InsyaAllah. Dan semoga insan yang bakal hadir dalam hidup saya itu boleh menampung kelemahan yang ada dalam diri saya. Amin.. Buat bakal insan itu, saya ucapkan selamat bertemu bila sudah tiba masanya. (n_n)


.