Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Tuesday, May 3

USAHA, TAKWA, MULIA

BISMILLAHHIRRAHMANIRAHIM.

     Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna masih mengurniakan nikmat kehidupan pada saya yang hina dan lemah ini. Sesungguhnya masa makin singkat untuk saya hidup dalam dunia ini. Pada bila-bila masa saya akan di panggil menghadap Illahi. Tetapi sesuatu yang paling membimbangkan saya ialah iman dan amal saya masih lemah...isk3.. Oleh kerna itu untuk entry kali ini tajuk nya usaha, takwa, mulia.. sekali baca dah macam trademark UITM pula.. hehehe.. Biasalah student UITM... (n_n)...

     Sejak akhir-akhir ini saya terkesan dengan sesuatu yang menyebabkan ia menarik saya menulis mengenai ini. Saya bukanlah seorang yang mahir mengenai perihal agama ini tetapi saya berusaha untuk mendalaminya. InshaAllah.. Semoga Allah permudahkan pemahaman saya untuk mendalami bidang ini.. Amin.. InshaAllah..


    Apakah usaha, takwa dan mulia ini??? USAHA adalah perkara yang berhubungkait dengan amal dan ibadah kita sebagai contoh nya kita berusaha mendekatkan diri dengan Allah dengan cara melakukan amalan dan menjauhi laranganNya. Maka itu di panggil usaha. Kita solat on time, rajin sedekah (walaupun bukan dengan wang atau harta, sedekah dengan doa dan senyuman kan boleh (n_n). Itu nama nya usaha untuk mendekatkan kembali hubungan kita yang jauh ini dengan Allah. Allah kan suka kita dekat dengan Nya. Jadi buat apa kita lari dari Dia??


Takwa ini apa??? Dalam segi rohaninya, takwa bermaksud rasa takot kehilangan cinta dan kasih sayang dari Allah. Bila takwa ini dah lekat di hati maka mereka akan membuat ibadah dan amalan dengan penuh redha dan bukan semata-mata takot dengan hukum semata-mata. Jadi bila pertamanya kita dah berusaha maka lama-lama kita akan istiqamah dan akan terbitlah dihati sifat takwa ini... insyaAllah..


Mulia ini bukan mulia dipandangan manusia sebaliknya mulia dipandangan Allah, kita tidak perlu menjadi mulia dihadapan manusia kerna bukan manusia yang menilai kita sebaliknya Allah yang menilai baik dan amal ibadah kita. Betul x?? Bukankah penilaian manusia selalu berbeza dari penilaian Allah?? Allah memuliakan manusia kerna kebaikan dan amal ibadah hambaNya sebaliknya manusia menilai manusia dari segi material dan rupa.. Jadi pantaskah kita mengejar kemuliaan yang dianugerahkan oleh manusia kepada manusia yang lain?? 


Jadi carilah Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. Mungkin kita sukar melakukan itu didalam dunia yang serba moden dan berpengaruh ini. Namun dengan izin Allah tiada yang mustahil untuk kita kejar dalam dunia ini.. InsyaAllah. 


Tepuk dada tanyalah hati adakah aku di jadikan oleh Allah untuk membuat kerosakan kepada bumi dan makhluk di dalamnya atau sebaliknya aku di jadikan untuk beribadah dan berjihad kejalanNya??? 


USAHA + TAKWA + MULIA = SYURGA.. insyaAllah...

p/s: entry kali ini ditujukan khas buat saya yang lemah dan tidak berdaya ini.. semoga saya mampu harungi hidup yang mencabar ini dengan belas kasihan dari Illahi.. amin.. (~_~)



sekian terima kasih
wassalam
nam

No comments: