Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Thursday, May 26

Maka, labuhkanlah tudungmu Wahai ukhtiku sayang~



wahai kaum sejenisku.. wahai kekasih-kekasih para suami, kekasih-kekasih ibubapa dan juga kesayangan pada umat di dunia.. denganlah.. dengarlah..dengarlah.. aku bukan ingin berceramah, apalagi ingin berucap. Hanya ingin membuat pesanan dan mengajarkan kamu sesuatu maka dengan mengamalkannya kamu akan menjadi wanita solehah penghuni syurga. InsyaAllah..

Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"


Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT."

Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.


Saudariku,


Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.


Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.


Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.


Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.


Saudariku,


Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.


Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.


Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.


Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana.


Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.


Saudariku,


Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"


Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.


Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.


Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.


p/s: sekadar ingin menyampaikan.. yang baik jadikan amalan.. semoga kita semua dapat membuat tuntutan yang dikenakan ke atas kita oleh Allah.. semoga Allah permudahkan segala perjalanan kita dalam mencari makna sebuah kehidupan dan tanggungjawab.. insyaAllah.. selamat menjadi wanita solehah ye.. (n_n)

No comments: