BISMILLAHHIRRAHMANIRAHIM.
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi maka dengan izin dan kuasaNya dapat saya menghirup udara segar di dunia ini. Selawat dan salam buat Kekasih hati saya iaitu Nabi Muhammad SAW. Rasa teruja dan terharu dengan pemberian dan takdir terindah yang telah Allah tetap kan pada saya.Saya rasa sangat bahagia kerna ditakdirkan menjadi dan dilahirkan sebagai wanita oleh Allah SWT. Alhamdulillah... Syukur.. Terima kasih Ya Allah.. (n_n)
Pernah dulu kecewa kerna dijadikan sebagai wanita oleh Allah.. Astagfirullah.. Maafkan hambaMu ini kerna tidak bersyukur. Perasaan ini timbul lantaran banyak kelebihan kaum lelaki berbanding kaum wanita. Lagi pula berkenaan penjagaan auratnya. Sukar sekali pada pikiran saya tika itu. Namun hidayah terkena pada hati saya yang kelam ini. Maka akhirnya terasa bangga dan bersyukur di jadikan sebagai wanita oleh Allah.. (n_n)
Memang kami wanita kaum yang lemah namun ada kekuatan yang tersembunyi disebalik kelemahan kami. Wanita juga mampu mengoncang dunia.. tahu x?? heheh... Dalam kelemahan kami ada tanggungjawab yang besar yang harus kami pikul. Tanggungjawab ini amat berat dan bakal dipersoalkan di padang mahsyar nanti. InsyaAllah..
"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang2 yang beriman.." (Ali-Imran : 139)
Saya pernah dulu cemburu terhadap kaum lelaki kerna kaum lelaki diwajibkan pergi berjihad ke jalan Allah sedangkan kaum wanita hanya tinggal di rumah. Saya juga ingin kuar berjihad.. Saya juga ingin membantu dalam menegakkan agamaMu YA ALLAH!. Tapi saya paham sekarang mengapa saya sebagai wanita tidak perlu kuar berjihad. Ia kerna jihad terbesar kami adalah terhadap suami dan anak-anak. Itu tanggungjawab kami. YA ALLAH, akan berusaha ku pikul tanggungjawabku terhadap bakal suami dan anak-anakku nanti dan se moga Engkau permudahkan segala tugas ku ini.Amin ya Allah.
Tugas wanita ini kadang-kadang di pandang ringan oleh kaum lelaki sebab kebanyakkan wanita duduk dirumah dan tidak bekerja. Tapi tidak mengapa, saya memang suka buat kerja kaum wanita ini. Memasak, mengemas umah, menjahit, mengasuh.. wah.. saya memang suka buat semua tu berbanding kerja di pejabat. (n_n).. Rasa happy dapat buat semua ini. insyaAllah.. Rasa lagi best bila saya dah masak dan keluarga makan dengan selera,rasa kepenatan itu berbaloi-baloi..(n_n)..
Sekian dulu dari saya kerna saya tidak mahu berceloteh tentang bertapa bersyukur dan bangganya saya dijadikan sebagai wanita oleh Allah SWT. Terima kasih Ya Allah..
....................................................................................................
Petikan dari sebuah artikel yang ingin saya kongsikan.. insyaAllah...
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ditampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada..."
Sekian dulu dari saya kerna saya tidak mahu berceloteh tentang bertapa bersyukur dan bangganya saya dijadikan sebagai wanita oleh Allah SWT. Terima kasih Ya Allah..
....................................................................................................
Petikan dari sebuah artikel yang ingin saya kongsikan.. insyaAllah...
BERAPAKAH NILAI SEORANG ISTERI ?!
Hargailah isteri anda......
Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita sebab dia ada rahim, oleh itu dia bekerja
dengan Allah SWT...... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti tetapi bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib Solat
tetapi Allah SWT anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Ah yang si suami pulak, jangan lah berebut dengan bayi untuk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah SWT ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee ( tak peduli ),
Jangan buat alasan itu dan ini pulak...….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…
Orang lelaki tak ada cuti dari Solat.....
Semua Solat wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...
Satu lagi berita gembira untuk wanita,... Sepanjang dia mengandung
Allah SWT sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Allah SWT beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah SWT .
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati Syahid,
Allah SWT izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua. .
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah SWT agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
"Wahai Ya Allah!...
ku tak layak ke Syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....
"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah SAW. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"
Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10
p/s: itulah punca kenapa saya bersyukur menjadi wanita. Kelemahan bukan alasan untuk kita tidak boleh berjaya di akhirat sana sebaliknya kelemahan itu menjadi tunjang kekuatan untuk mengejar syurga yang abadi. InsyaAllah... Jadi apa yang penting sekarang SAYA BANGGA MENJADI WANITA! Alhamdulillah...(n_n)
No comments:
Post a Comment