Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Saturday, May 7

KISAH AKU dan DIA . (n_n)

BISMILLAHHIRRAHMANIRAHIM.

Berjuta-juta kemaafan kumohonkan kepada insan yang telah membesarkan saya sepanjang saya hidup di dunia ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada DIA permata hatiku di dunia ini. Tiada manusia yang mampu menjagaku seperti mana dia menjagaku didunia ini.. Allah telah kurniakan saya ibu yang paling terbaik sedunia dan tiada sesiapa yang mampu menjadi ibu terbaik buatku. InsyaAllah.


Tak mampu untuk saya membalas semua jasa yang telah ibu korbankan buat kami anak-anaknya. Letih membesarkan kami kini terbayar apabila melihat kami semua petah bercakap dan berjalan dengan penuh semangat di matanya. Senyum terukir di bibirnya tatkala melihat kami berjaya seorang demi seorang.. (walaupun saya masih memulakan langkah longlai menuju kejayaan).


Namun hiba singgah di hati kecil kami.. kerna kami masih belum mampu menghantarnya pergi ke tanah suci.. isk3.. pernah dulu mengungkap janji ingin menghantarnya ke sana andai diri telah berjaya.. namun mana janji-janjiku dulu?? Maafkan anakmu ini yang tidak pandai pandai menunaikan janji kepadamu wahai ibuku..


Ibuku hanya satu yang ku ingin pinta darimu.. redhai saya wahai ibuku... Redha mu amat penting buat hidupku..



Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”




Riwayat al-Hakim



Maka redhailah saya wahai ibu supaya Allah juga meredhai saya.. Saya takot dengan azab Allah ya ibuku.. Kasihi anakmu ini wahai kekasih hatiku.....




p/s: menangis saya di dalam hati kerna saya bukan anak yang baik. saya sering sakitkan hati ibuku.. isk3.. semoga Allah ampunkan saya.. semoga ibu juga maafkan saya.. (T__T)








No comments: