Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Sunday, May 15

10 UCAPAN TERINDAH...

BISMILLAHHIRRAHMANIRAHIM

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerna masih mengurniakan nikmat kehidupan kepada pendosa seperti saya. Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. Semoga nikmat kehidupan dan peluang kehidupan yang diberikan dapat meningkatkan ketaatan saya kepada Allah dan memberi ruang kepada pendosa seperti saya untuk bertaubat padaNya. amin.. 

Ucapan terindah ini dikaitkan tentang ucapan pemberi semangat yang dilontarkan kepada seseorang untuk tujuan penghargaan atau untuk tujuan memberi respon positif kepada sesuatu individu.. insyaAllah..


1) "Saya menghormati awak"- ini simbol kepada tanda hormat atau patuh kepada seseorang. Apabila kita gunakan ayat ini ia akan menimbulkan suasana yang aman akibat kefahaman dan tidak menyebabkan pertelingkahan berlarutan.. insyaAllah..


2) "Mungkin awak betul"- kata-kata ini adalah bertujuan untuk meredakan ketegangan yang berlaku akibat salah paham atau perbincangan yang menimbulkan konflik. 


3)" Maafkan saya"- kata-kata yang selalu digunakan untuk meminta maaf bagi kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Kadang-kadang ucapan ini sukar di ungkapkan akibat ego atau bangga diri dan tidak mahu mengalah. Tetapi kesudahannya ukhwah atau silaturahim yang terbina akan hancur atau terputus.. nauzubillah.. 


4) "Terima kasih"- ucapan untuk tujuan penghargaan kepada seseorang individu yang membuat jasa atau memberi pertolongan kepada kita. Ucapan terima kasih ini memberi dorongan kepada individu tadi untuk membantu kita lagi apabila kita memerlukan pertolongan dia. InsyaAllah..


5) "Jangan bimbang, saya bersama awak"- ucapan ini untuk meredakan ketegangan emosi terhadap tekanan atau kekeliruan. Ucapan ini amat bermakna kerna ia memberi semangat dan sokongan terhadap individu yang mengalami masalah itu. insyaAllah..


6) "Biar saya bantu"- ini tanda ingin menghulurkan bantuan tanpa menunggu permintaan dari seseorang individu. Ucapan ini amat bermakna kerna ia menandakan kesanggupan kita untuk bersusah-susah bersama-sama.. insyaAllah..


7) " Saya memahami diri awak"- ini adalah ucapan yang diberikan lantaran sifat pemahaman dan penelitian yang tinggi pada seseorang individu. Ini dapat mengukuhkan ikatan yang terbina. InsyaAllah. 


8)" Awak dapat mencapainya! insyaAllah"- ia adalah kata-kata semangat yang ingin di lontarkan untuk mengatakan sokongan terhadap usaha seseorang individu.


9)" Saya merindui awak"- ini ucapan yang dapat mengukuhkan ikatan silaturahim yang terbina di antara kita manusia. Bila ucapan ini terlafaz antara sahabat atau teman ia menambah keakraban mereka dan menimbulkan kasih sayang antara mereka. InsyaAllah..


10) " Aku mencintai dirimu"- ini adalah lafaz yang paling sukar untuk diluahkan kepada seseorang melainkan ia telah benar-benar bersedia untuk menghadapi masa depan bersama. Ia mengambarkan ikatan yang suci berlandaskan cinta dan kasih dari Illahi. Ia lebih bermakna jika ucapan ini jika ia dilafazkan seperti " Aku mencintaimu kerna Allah". MasyaAllah.. Kasih itu bertunas dan bertunjangkan kerna Allah semata-mata. Alhamdulillah.. 


p/s:ucapan-ucapan ini adalah lafaz-lafaz yang kadang-kadang kita lupa untuk ungkapkan untuk sahabat, teman, saudara atau sesama manusia. Kita kadang-kadang terlupa untuk memberi kata-kata semangat , penghargaan dan sokongan kepada insan yang hadir dalam hidup kita.. (terutamanya saya yang mengabaikan hal ini).. semoga ia memberi manfaat untuk kita kaji dan memberi makna baru dalam ikatan ukhwah yang terjalin kerna Allah SWT. InsyaAllah.. Salam sayang buat semua.. Assalamualaikum.. (n_n)



No comments: