Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Monday, May 16

JODOH?



Jodoh?? Mungkin terlalu awal untuk saya bincangkan hal ini kerna usia masih belia remaja.. hehe.. Akibat terkesan dengan suasana sekeliling yang asyik membincangkan tentang jodoh maka ia menarik saya untuk menulis mengenai hal ini. Syukur kerna perbincangan ini selalu menjengah cuping telinga saya hingga saya selalu mendengar pendapat-pendapat dan ciri-ciri pasangan atau jodoh yang mereka mahukan.

Perbualan mengenai jodoh ini kadang-kadang setiap hari saya dengar atau baca terutama di laman sosial (facebook).. Macam-macam ciri-ciri yang mereka inginkan daripada bakal pasangan mereka. Saya pula bagaimana? hmmm.. Masih belum pikir ke arah itu.. Kerna masih ada tanggungjawab yang ingin di galas.. hehe.. Lagi pula terpikir di minda tentang kenyataan seorang sahabat bahawa " isteri yang baik adalah hak suami, manakala ibu yang baik adalah hak anak". Kenyataan ini membuatkan saya terpikir saya masih belum mampu menjadi terbaik untuk bakal suami dan anak-anak..

Jodoh atau perkahwinan ini berkait rapat dengan tanggungjawab ia bukan semata-mata ingin bersuka-suka atau hanya ingin meniru orang lain yang telah berkahwin. Ia berkaitan amanah yang bakal dipikul terhadap suami atau isteri serta bakal anak-anak..
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" (Surah An-Nur 24:32)


"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)


Jadi takutlah saya seandainya saya tidak mampu memikul tanggungjawab ini. Pada fikiran mungkin saya mampu lakukan ia, tapi realitinya? Sukar untuk menentukannya.. Jadi biarlah masa menentukannya kerna jodoh adalah titipan dan takdir dari Illahi dan mana mungkin kita pilih kerna sesungguhnya ia telah ditetapkan oleh Allah.


Adehh.. telah merewang jauh rupanya saya ini. Bukan jodoh saya yang ingin saya katakan sebaliknya jodoh titipan Illahi. Bagaimanakah tanda ia jodoh titipan Illahi??


Bagi lelaki:
Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.


Bagi wanita:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]
Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]
Jadi sekiranya orang seperti yang Nabi Muhammad sebutkan di atas yang datang meminang maka jangan teragak-agak untuk memilihnya kerna sesungguhnya bukan mudah nak dapat jodoh yang baik.. Jadi jangan lepaskan peluang.. heheh... (macam promote barangan jualan murah pulak). Lelaki pula jika seseorang wanita yang baik agamanya muncul maka ajaklah ia untuk menikah denganmu kerna sesungguhnya wanita yang baik agamanya InsyaALLAH ia adalah bayangan bidadari syurga...
Akhir kata dari saya ingatlah pesanan Rasulullah ini...
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari)

p/s: menulis entry ini bukan kerna saya sedang merancang untuk berkahwin atau mencari jodoh sebaliknya terkesan dengan sikap rakan-rakan yang banyak membuatkan saya terpikir tentang hal ini. InsyaAllah, bila masa Allah sudah tetapkan sudah masanya saya untuk berumah tangga maka saya akan sedia hadapinya. InsyaAllah. Dan semoga insan yang bakal hadir dalam hidup saya itu boleh menampung kelemahan yang ada dalam diri saya. Amin.. Buat bakal insan itu, saya ucapkan selamat bertemu bila sudah tiba masanya. (n_n)


.

No comments: