Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Thursday, May 12

WARKAH BUAT ABANGKU

BISMILLAHHIRRAHMANIRAHIM.

ABANG, 
Dulu kita pernah bersama,
mengenal erti keluarga bahagia,
ayah tiada abanglah pengantinya,
menjadi ketua dalam keluarga.

ABANG,
Dulu semua ceria belaka,
tiada permusuhan yang tercipta,
semua kita tersenyum gembira,
melihat abang dengan bangganya.

ABANG,
kini semua telah berubah,
sekarang kita telah terpisah,
keluarga bahagia kini berpecah,
yang tinggal hanya kenangan terindah.

kepada abang yang kukasihi walau bagaimanapun dan apa yang telah terjadi ikatan adik-beradik yang tercipta mana mungkin terputus kecuali jika Allah izinkan ia. saya doakan abang sentiasa bahagia bersama yang tercinta. amin.. semoga Allah sentiasa merahmati dan menyayangi dirimu selalu.. insyaAllah.. (n_n)..

No comments: