Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Saturday, May 14

RINTIHAN PENDOSA SETIA~ (T___T)

BISMILLAHHIRRAHMANIRAHIM

" Ya Allah, Engkaulah Tuhan kami, tiada Tuhan melainkan Engkau yang telah menciptakan aku dan akulah hamba-Mu. Dan aku pun dalam ketentuan serta janji-Mu sedapat mungkin aku lakukan. Aku mohon berlindung kepada-Mu dari segala kejahatan yang telah Engkau ciptakan, aku mengakui nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku, aku mengakui dosaku, kerana itu berilah ampunan kepada ku, sebab tidak ada yang dapat memberi pengampunan, kecuali hanya Engkau sendiri. Aku memohon perlindungan dari segala kejahatan apa yang ku lakukan"


"Ya Allah dengarlah rayuan kemaafan dan keampunan dari hamba-Mu yang menjadi pendosa setia di atas bumi ini. Ya Allah bantulah hamba-Mu ini dalam memperbaiki kisah silam yang kelam itu. Dulu hamba-Mu ini alpa dengan duniawi tapi hamba-Mu ini sedar ajal sedang menanti dan seksa akan di terima atas dosa-dosa semalam. Ya Allah bantu dan ampunilah segala kekhilafan yang pernah terlanjur aku lakukan kerna sesunggunhnya hanya Engkau Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani."

p/s: hati merintih hiba tatkala memikirkan akan dosa dan kekhilafan semalam. masa mana mungkin aku undur untuk membetulkan semua yang pernah aku lakukan. hanya rayuan keampunan dan kemaafan yang aku boleh lakukan kepada Dia Tuhan ku.. hati menangis memikirkan ajal yang bakal menjemputku pada bila-bila masa sedangkan taubat masih belum di buat.. semoga pintu taubat terbuka buat semua umat manusia dan semoga Allah memberikan hidayah kepada seluruh umat islam dan seluruh makhluk di dunia.. amin.. insyaAllah.. (T__T) 

No comments: