Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Tuesday, June 28

Wahai saudara yang sedarah denganku.


Keluarga adalah sesuatu anugerah indah yang Allah SWT telah berikan pada hamba di dunia ini. Walaupun keluarga adalah satu pinjaman dan harus di kembalikan apabila tiba masanya namun ia adalah pinjaman yang indah dan hamba tidak pernah menyesal kerna memilikinya. insyaAllah. Hamba berterima kasih kepada Allah SWT kerna telah menganugerahkan sebuah keluarga yang besar dan saling kasih-mengasihi. insyaAllah. Alhamdulillah.. 


TERIMA KASIH YA ALLAH!





Wahai saudara yang sedarah denganku,

Sesungguhnya aku bahagia kerna Allah takdirkan kita bersama,
Dengan redha Nya dapat kita bersaudara di dunia yang sementara,
Walaupun hidup hanya seketika,
Namun ia tetap hadiah yang tinggi nilainya.

Wahai saudara yang sedarah denganku,
Walaupun ayah pergi  buat selamanya,
Namun masih ada ibu yang kita cinta,
Sebagai penguat kasih kita,
Menjadi pendokong kejayaan kita.

Wahai saudara yang sedarah denganku,
Perwatakan kita memang berbeza,
Namun itu bukan tanda perpecahan buat kita,
Kerna ukhwah yang terbina sukar di pisahkan,
Lantaran darah yang mengalir adalah sama.

Wahai saudara yang sedarah denganku,
Pelbagai dugaan datang melanda,
Keluh kesah dan hati pun hiba,
Ibu melihat bermuram durja,
Kerna kita tidak seperti sedia kala.

Wahai saudara sedarah denganku,
Berbeza pendapat bukannya titik perpisahan buat kita,
Kerna ia sekadar dugaan yang  datang melanda,
Kita tetap bersama kerna ibu ada bersama,
Kasihnya ibu menyatukan kita.

Wahai saudara sedarah denganku,
Pertemuan ini amatlah bermakna,
Aku harap kita dapat terus bersama,
Kerna ibu perlukan kita,
Walaupun tempat tinggal kita mungkin berbeza.


p/s: hamba dedikasikan nukilan ini khas buat keluarga tercinta. (n_n)








Friday, June 24

Kisah Benar Gadis Bertudung

ASSALAMUALAIKUM WBT

Kisah Benar gadis Bertudung..

"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak y ang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri ji ranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku :Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka...

Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah.


p/s: copy paste dari blog seseorang. sangat tertarik dengan ceritanya dan patut di jadikan tauladan kepada kita. insyaAllah. 

Thursday, June 23

Bila Cinta Mula Menyapa

ASSALAMUALAIKUM WBT




Ukhti,
Cinta itu perkara biasa,
lumrah buat manusia
Namun
Apakah pantas diri mencinta?


Bila cinta mula di rasa,
Hati mula rasa tidak setenang biasa,
rindu mula menyapa jiwa,
cinta mengalir di setiap pelusuk jiwa.


Rasa bersalah kuat di rasa,
kerna mencinta sesuatu yang tidak halal untuk dirinya,
penyesalan semakin kuat di dalam dada,
lantaran hijab di hati kian terbuka,


Hanya tangisan menemani malamnya,
Akibat perasaan yang semakin kuat meraja,
Malu teramat pada Yang Esa,
Kerna cinta yang satu telah ternoda,


Ketakutan jelas terpancar di raut wajahnya,
Senyuman tidak lagi terukir di bibirnya,
Kegelisahan jelas di matanya,
Wajah muram bersulam duka bertemanlah ia.


diri berusaha untuk melupakan perasaan yang ada,
rindu yang ada dibuang segera,
supaya diri tidak terus terleka,
tembok di bina untuk lindungi cinta Yang Esa,


jika menghilangkan diri sahaja cara yang ada,
akan cuba melakukan ia,
supaya diri akan terjaga,
dari fitnah cinta yang buta.


Andai jodoh telah ditetapkan untuk bersama,
Sejauh mana tetap berjumpa,
Lafaz akad menghalalkan cinta yang terbina,
Terima kasih kepada Allah SWT atas takdirNya.


Andai bukan jodoh untuk bersama,
redhakan atas takdir yang ada,
Sesungguhnya Allah SWT tau segala-galanya,
akan datang jodoh terbaik yang datang menyapa.
Yakinlah pada Yang Esa.




p/s: hasil nukilan jiwa di malam hari. selamat membaca. (n_n)

Buat Sahabat Muslimahku Sekalian

ASSALAMUALAIKUM WBT

Dalam sibuk memperjuangkan hak-hak wanita, mereka ni juga lupa bahawa mereka seperti menolak hak kaum lelaki untuk bergerak bebas tanpa ada rasa konflik dalam diri. Tentunya hak untuk melihat persekitaran tanpa timbul nafsu serakah yang membuak-buak. Kenapa aku timbulkan isu ni? Berbalik pada isu perempuan bertudung. Ada antara mereka yang tidak tahu apakah panduan untuk bertudung.

Ada yang mengatakan bertudung sudah mencukupi. Tetapi, tahu ke tak yang bertudung sahaja tidak mencukupi sebagai syarat menutup aurat.


Jom kita lihat kesalahan wanita tentang menutup aurat. 



Pertama, ada yang kata, aurat itu adalah memakai tudung sahaja. Kedua, ada yang kata nak bertudung dan berlengan pendek sudah memadai.

Ada juga yang berpakaian cantik, berkebaya yang longgar, bertudung menutupi dada.Tapi, bila angin bertiup, terus terbuka belahan kat kain dan ternampaklah betis bunting padi.Pak Aji yang ternampak pun terus tutup mata dengan jari yang direnggangkan.Astaghfirull
ah.

Ada juga yang rasa berselendang menutup sebahagian rambut sudah mencukupi. Baru nampak stylo katanya.

Yang lain pula, memang cukup suka menyelempangkan tudung yang dipakainya kebelakang leher. Maka, terdedahlah permata yang sentiasa menjadi idaman lelaki.

Dan satu lagi, bertudung tapi tudungnya nipis. Maka nampaklah batang leher yang jinjang.Macam tudung bawal, tudung tenggiri.Aku pun pelik kenapa ada yang suka pakai tudung-tudung macam tu. Memang cantik sebab ada batu-batu lawa. Tapi, tak bolehkah cari tudung yang tidak jarang? Atau pakai tudung kecil di dalamnya.

Dan yang menjadi trend masa kini adalah bertudung yang pendek tidak menutupi dada. Cuba bandingkan antara cara pemakaian tudung rahib kristian dengan kawan kita yang sorang ni. Sama tak?


Ketahuilah, orang Kristian dan Yahudi juga bertudung. Dan ketahuilah juga bahawa orang Islam perlu dibezakan dari mereka. Kenapa? Sebab setiap orang itu ada identiti masing-masing. Kenapa perlu menyerupai orang lain ketika kita mampu berdiri dengan identiti kita sendiri? Dalam hadis sendiri sudah dinyatakan.

Ibnu Taimiyah berkata bahwa Abu Dawud telah meriwayatkan sebuah hadits hasan dari Ibnu 'Umar, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Barang siapa meniru suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka."

Hadits di atas menetapkan haramnya meniru mereka dan secara zahirnya menunjukkan bahawa perbuatan itu merupakan perbuatan kufur sebagaimana tersebut pada firman Allah pada surah Al Maidah ayat 51:

"Barang siapa di antara kamu yang berteman dengan mereka, maka sesungguhnya ia termasuk golongan mereka."

Islam begitu teliti, hinggakan nabi s.a.w. sendiri melarang orang Islam meniru cara orang Yahudi tentang uban di rambut.

"Rubahlah uban rambut kepala kamu dan jangan kamu meniru kaum Yahudi." (Riwayat At-Tirmizi).

Orang Kristian, bertudung dan tudungnya tidak melabuhi dada. Tudungnya juga diikat sedikit ke belakang. Sama seperti yang diamalkan oleh kebanyakan wanita Muslim sekarang. Tidakkah itu termasuk dalam larangan meniru gaya bukan Muslim?

Orang Yahudi pula, bertudung, tetapi diselempangkan ke belakang lehernya. Itu juga yang dijadikan amalan dan fesyen busana muslimah.

Nak tahu cara sebenar bertudung muslimah yang sempurna? Baca sini untuk lebih lanjut. Artikel tu menerangkan dengan terperinci macamana sebenarnya bertudung dan menutup aurat. Cuma, secara amnya, bertudung, biarlah labuh menutupi dada. Berpakaian longgar dan tidak jarang sehingga boleh menampakkan susuk tubuh. Tidak berkain belah. Itulah ciri-cirinya.

Jenis-jenis hijab yang di gunakan untuk menutup aurat wanita. Jom kita kenali ia. insyaAllah. 




Selain itu terdapat juga...



telitilah gambar-gambar ini dan kaji apakah tuntutan sebenar hijab dalam islam. 


Jom kita nilai kualiti tudung kita . Jom baca hasil tulisan ustaz Zaharuddin.

Manis kan?

Jadi, apabila terbaca artikel kat blog Ustaz Zaharuddin , fikirkan semula sejauh mana kita sebagai kaum wanita menjaga hak lelaki dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Kita menghina lelaki yang mencabul kehormatan wanita lain. Puas dikata dan diumpat. Tetapi, jika dilihat semula, wanita itu mungkin 'sengaja' menduga lelaki itu dengan cara dia berpakaian. Maka, orang kata, bertemu buku dengan ruaslah.

Nanti! Mungkin ada juga yang berkata bahawa wanita yang dicabulnya juga menutup aurat. Memang mengikut syariat. Tetapi kenapa dia tetap kena? Kewajipan menutup aurat ni diletakkan ke atas setiap wanita. Dengan kata lain, setiap wanita bertanggungjawab menjaga auratnya dari dilihat lelaki bukan muhrim. Maka, jika seorang tidak menutup aurat, secara tidak langsung, dia telah mendedahkan wanita lain dengan risiko untuk dicabul kehormatannya. Mungkin dia terselamat, tetapi wanita lain yang terkena hanya kerana sikap tidak bertanggungjawabnya pada diri sendiri dan orang lain. Dengan kata lain, dia adalah penyebab kepada rakan wanita yang dicabul kehormatannya.

kita menutup aurat kita tapi pada masa yang sama kita membuka ruang untuk dapat dosa percuma.Kerana tudung kita tidak sempurna!

Ayuh , kita sempurnakan tudung kita !

A.U.R.A.T

Tidak akan tertutup dengan sifat yang lemah lembut.

A.U.R.A.T

Tidak akan tertutup dengan akhlak yang baik. 

A.U.R.A.T

Tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik.

A.U.R.A.T

Tidak akan tertutup dengan solat.

TETAPI...

A.U.R.A.T

Akan tertutup dengan pakaian yang sempurna. Maka, sempurnakanlah pemakaian kita. Jom tutup aurat dengan betul





p/s: hasil copy paste untuk pembacaan muslimah. harap berguna untuk tauladan bersama. insyaAllah. (n_n)..

Tuesday, June 21

Saya Pasti Mati


ASSALAMUALAIKUM WBT



Alhamdulillah walaupun sedikit sibuk kebelakangan ini, hamba masih berkesempatan untuk mencoret notes di sini. insyaAllah. Alhamdulillah kesihatan juga semakin baik walaupun kadang-kadang sedikit terganggu. 

Siapa saya? 
Saya bukan jutawan, saya bukan bangsawan, saya bukan hartawan, saya bukan pendidik, saya bukan pekebun, saya bukan polis, saya bukan perompak

Jadi siapa saya? 
Saya hamba Allah SWT dan saya umat Nabi Muhammad SAW. insyaAllah.

Saya juga anak kepada ibubapa sayasaya adik n kakak kepada adik-beradik sayasaya anak murid cikgu sayasaya kawan kepada teman-teman saya

Tapi saya hanya pinjaman buat mereka semua. Saya bakal pulang bertemu Yang Esa suatu masa nanti. Bila malaikat maut datang menjemput maka terputuslah hubungan saya dengan manusia tidak kiralah saya ini menteri, datuk, anak, adik, kakak, anak murid, kawan kepada sesiapa sahaja kerna kematian itu pasti.

"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." 
(QS, Al-Munafiqun, 63:11)

Di dunia Allah SWT telah pinjamkan pelbagai benda dan perkara buat saya. Semua yang terbaik saya pernah miliki, tapi benda ini semua tidak mampu untuk saya bawa bersama untuk pulang bertemu Yang Esa. Hanya saya sendiri bersama amalan saya. 

Walaupun saya punya emak dan ayah yang best, bila saya mati saya tidak dapat bawa mereka bersama. 
Walaupun saya punya teman yang terbaik, bila saya mati saya tidak boleh ajak mereka ikut saya bersama-sama
Walaupun saya punya banyak harta, bila saya mati saya tetap kena tinggalkan ia ke dunia.

Jadi saya sangat hargai setiap perkara yang Allah hadiahkan buat saya, walaupun ia kadang-kadang tidak menyenangkan saya namun itu adalah perkara baik kerna itu menandakan Allah menyayangi saya. Betul x? (^_^)

Allah SWT berfirman : 
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. 2 : 216).


p/s: saya sangat menyayangi insan-insan yang hadir dalam hidup saya walaupun mereka tidak mengetahui. InsyaAllah akan kudoakan semua kita berjaya didunia dan akhirat. amin. insyaAllah. (n_n).
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Monday, June 20

Perpisahan

ASSALAMUALAIKUM WBT


Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu


p/s: suka dengar lagu ni.walaupun lagu ni sedih tetapi tetap best. insyaAllah. (^_^)

Sunday, June 19

Bila Aku Sudah Tiada

ASSALAMUALAIKUM WBT


Alhamdulillah hamba masih hidup walaupun kesihatan sedikit terjejas akhir-akhir ini. Syukur Ya Allah. Nikmat kehidupan yang sementara amat bermakna buat hamba yang mempunyai banyak khilaf ini. astagfirullah. 






"Bila aku sudah tiada nanti sebagai adik, hampa kena tengok kakak hampa ini" Tiba-tiba ayat itu terlontar dari mulut ibu untukku. MasyaAllah. Mengapa ibu kata begitu? Hampir menangis hamba mendengar kata-kata ibu. Tapi hamba berusaha melontarkan senyuman walaupun ia amat susah untuk hamba. Tiada jawapan yang mampu diluahkan untuk ayat-ayat ibu yang menyedihkan itu.


Ibu masih banyak yang kita perlu kongsi bersama. Masih banyak yang belum mampu anakmu ini luahkan kepadamu. Anakmu ini masih belum dapat membahagiakan ibu.  Mengapa ibu berkata begitu padaku? Mengapa ibu berpesan padaku sedangkan ibu masih ada untuk melihat kami semua membesar? Ibu hanya ibu yang Allah tinggalkan buat kami setelah ayah pergi. 


Ibu itulah insan yang kukenali sebagai ibubapa hamba sejak ayah pergi menghadap Illahi. Hanya ibu tempat meluahkan rasa dan menagih kasih sayang. Ibu amat mengenali anak-anaknya. Setiap tingkah laku anak-anak sudah ibu tahu puncanya. Setiap apa yang tidak kena pasti diketahui oleh ibu walaupun kami tidak menyatakan pada ibu.


Sekarang kami dah semakin membesar, adik bongsu hamba yang dulu ayah tinggalkan masih berusia 4 tahun, kini sudah berusia 15 tahun. MasyaAllah. Cepatnya masa berlalu. 


Ibu tiada kata yang mampu anakmu luahkan untuk menyatakan bertapa anakmu ini menghargai pengorbanan dan kesusahan yang ibu lalui sepanjang hidup ini dalam mendewasakan kami. Terima kasih untuk semua nya wahai ibu. Ku mohon Allah mengasihimu seperti mana kamu mengasihani kami. amin.


SAYA SAYANG IBU SAYA!




p/s: tiba-tiba hati ini terasa ingin berkongsi tentang insan yang kukasihi ini. Hamba harap hamba sempat membalas jasa ibu sebelum hamba menhadap Illahi. amin. 

Friday, June 17

Penghargaan Buat Mereka Kekasih Hatiku

ASSALAMUALAIKUM WBT




"Ya Allah, betapa Kau tahu bersyukurnya aku di atas nikmat islam ini, walaupun aku sedar dosa bertimbun, amalku seciput, iman senipis kulit bawang tapi aku sangat bersyukur hadirnya insan-insan beriman, sahabat-sahabat yang banyak mengtarbiah diriku seperti ini melalui kata-kata, perbuatan, luahan rasanya aku mengenal erti persahabatan dalam akidah islamiyah, bertapa aku ingin bersahabat dengan mereka hingga ke syurgamu, sucikan hati kernaMu, menjunjung amanahMU atas kalimah tauhid nan satu"




p/s: penghargaan buat insan-insan yang Allah hadirkan dalam hidup hamba untuk membantu mentarbiah diri supaya menjadi lebih baik. insyaAllah. harap Allah SWT sentiasa merahmati kehidupan mereka di dunia dan akhirat. amin. insyaAllah. hanya Allah SWT yang mampu membalas semua jasa kalian.. mereka merupakan keluarga, sahabat dan teman hamba dunia dan akhirat. insyaAllah.. (n_n)



Hanya KepadaNya Tempat Berharap



Aku memilihMu untuk ku letakkan harapanku
Aku, hamba yang zalim benar-benar takut kepadaMu
Aku memohon kepadaMu kerana sesungguhnya aku tahu
Engkau cinta kepada hamba yang meminta kepadaMu
Aku pasrahkan semua urusanku setelah berdoa
Kepada Tuhan Yang Maha Bijaksana
Jika berkenan, maafkanlah dosa-dosaku
Ampunkan aku wahai Yang Maha Pencinta
Inilah doa yang Engkau sahaja berhak menerimanya
Engkau anjurkan hamba-hambaMu yang berbakti agar berdoa
Engkau yang berkata" Jangan berputus asa"
Kepada hamba-hambaMu yang terlanjur.



(copy paste daripada buku TERAPI PATAH HATI )

Terbit Dalam Hatiku Kerinduan Itu

ASSALAMUALAIKUM WBT


Rasulullah SAW berdoa:

"Wahai Allah, hamba memohon kepadaMu perasaan redha terhadap setiap keputusanMu, kenikmatan hidup setelah mati, kenikmatan ketika memandangMu, dan kerinduan untuk berjumpa denganMu, bukan rindu yang memberikan mudarat bagiku, bukan pula rindu yang menjadi fitnah bagi diriku ataupun rindu yang menyesatkan" 

(Hadith Riwayat Tabrani)

Thursday, June 16

Permata Yang Tersembunyi

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah Allah SWT masih memberikan kesempatan hidup buat hamba insan yang penuh dosa dan hina ini. Astagfirullah. Hamba bukan seorang yang mahir dan berpendidikan khas dalam bidang agama ini, namun hamba ditakdirkan oleh Allah SWT untuk bertemu dengan insan-insan yang ingin bertanyakan persoalan yang menguji kepahaman hamba yang cetek ini. Hamba berdoa semoga hamba dipermudahkan dan diberikan kefahaman yang baik oleh Allah SWT untuk menjawap dan mengurai soalan yang dikemukakan. amin. InsyaAllah. 

Sebelum hamba menjawab soalan yang diberikan izinkan hamba berkongsi video yang mempunyai kaitan dengan persoalan yang di ajukan kepada hamba. insyaAllah. 




Hijab, tudung, jilbab, n pelbagai nama lain yang diberikan khas kepada tuntutan Allah SWT terhadap kaum wanita ini untuk menutup rambut, alur leher dan belahan dada. Paling jelas sekali banyak kaum wanita yang telah memakai hijab ini sekarang. Alhamdulillah. Syukur Ya ALLAH.

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [ An-Nur (24):31].

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 

Namun bukan itu yang hamba ingin nyatakan di sini. Persoalan yang hamba terima adalah mengenai "Tidak panas ker pakai tudung besar?". Hamba tersenyum sendiri apabila membaca soalan itu di fb hamba. Bukan kerna hamba gelakkan soalan itu sebaliknya ada sambungan lain yang menyebabkan hamba terasa soalan itu sangat menarik untuk hamba kupas. alhamdulillah. Insan yang bertanya pula masih kanak-kanak. Syukur kepada Allah SWT kerna telah mengerakkan hatinya untuk bertanya hal itu pada hamba. insyaAllah.

Hamba belum pun menjawab soalan nya kerna hamba telah mendeactivate fb, tapi hamba telah berjanji padanya akan memberi jawapan yang baik buatnya. insyaAllah. 

"Tidak panas ker pakai tudung besar?'. Alhamdulillah. Pada fikiran hamba yang hina dan jahil ini, tuntutan pemakaian tudung atau berhijab bukan bergantung pada situasi sebaliknya ia kewajiban sebagai wanita muslimah. Jadi walau panas atau sejuk, pemakaiannya tetap wajib dilaksanakan bila ingin berhadapan dengan yang bukan muhrim kita. insyaAllah. Lagi pula panas dan sejuk itu datangnya dari Allah SWT, jadi mengapa takut panas sedangkan di akhirat lagi panas kerna kita bakal di bakar di api neraka akibat kecuaian kita dalam melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah SWT. astagfirullah, nauzubillah hi minzalik.

Wahai adikku sayang, panas di dunia hanya ujian buat kita, tetapi panas di akhirat adalah hukuman buat kita manusia yang engkar. astagfirullah. 

Wahai adikku yang di kasihi Allah SWT, sama juga klu adik pakai baju, panas tak pakai baju?
kadang-kadang panas kan? Abis kalau panas adik tidak mahu pakai baju lagi ker? Mesti adik tetap pakai baju kan? Hmm.. Jadi adik dah dapat jawapan dari persoalan adik sendiri. 

Wahai adikku yang di terangi cahaya dari Illahi, pemakaian tudung bukan sahaja-sahaja di wajibkan kepada manusia, sebaliknya ada pelbagai alasan yang baik mengapa pemakaian tudung ini di wajibkan. Pemakaian tudung bukan kerna fashion atau trend sebaliknya ia berkaitan agama itu sendiri. wallahuallam.

Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” 
[Al-Ahzab (33):59]. 

manis kan adikku sayang bila nampak muslimah pakai begini. (n_n)


p/s: selesai sudah menjawap persoalan yang diberikan. hamba harap jawapan yang hamba berikan dapat memuaskan hati adik hamba itu. amin. insyaAllah. hamba juga masih baru dalam arena ini. jadi mohon tunjuk ajar dari insan-insan yang berkenaan untuk betulkan hamba. insyaAllah. 

p/s 2: kepada adik hamba yang bertanya itu, cuba ambil iktibar dari ayat ini. insyaAllah.

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".

Jadi ayuh buat semuanya niat kerna Allah SWT. insyaAllah. selamat beramal wahai adik ku sayang. (n_n)