Syukur Alhamdulillah kerna Allah SWT masih memberikan hamba kesempatan untuk mengharungi hidup yang serba mencabar ini. Hidup ini terlalu mencabar dan menyebabkan hamba selalu terkesan dengan dunia dan melupakan akhirat. Astagfirullah. Lemah iman. (~_~).
Terima kasih kepada Allah SWT kerna mengurniakan kesihatan yang baik kepada hamba hingga hamba mampu melangkah dan menguatkan diri dalam beribadat dan mencari redhaNya.amin
Alhamdulillah dan bangga rasanya kerna Allah SWT menghadiahkan hamba keluarga yang memahami dan menyokong diri dalam mengtarbiah diri dan rohani. (n_n)
Alhamdulillah syukur kerna Allah memberikan kesempatan dan memudahkan perjalanan hamba dan seorang teman ke majlis ilmu Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam. Rasa teruja, terharu dan bersyukur sangat kerna Allah bagi peluang yang untuk mengikuti majlis ilmu itu..
........................................................................................
Majlis bermula dengan solat sunat tasbih yang di imamkan oleh Syeikh Muhammad Nuruddin. Seusai selesai solat sunat tasbih, zikir di alunkan oleh syeikh.. MasyaAllah.. Allah lembarkan kepada hamba perasaan sedih yang mencengkam kalbu. Bermula dengan istighfar, air mata hamba deras mengalir. Terlintas di minda tentang dosa-dosa semalam. Hati tidak dapat menahan kesedihan dan airmata semakin laju mengalir. Hamba tengelam dalam zikir-zikir yang menglembutkan hati yang keras membatu. MasyaAllah.
Apabila syeikh berhenti berzikir, hamba seperti kembali ke dunia yang nyata. Hamba membuka mata dan melihat di sisi hamba ada dua orang kanak-kanak memerhatikan hamba. Dan rupanya ramai orang lagi yang memerhati gelagat hamba. Hamba tidak mengerti mengapa hamba begitu sedih mendengar zikir alunan syeikh. Pada masa yang sama, hamba merasa bebanan di hati dan masalah yang melayang dalam pikiran seperti luput. Hati lebih tenang dan aman. Alhamdulillah.
Kesedihan terus mengenggah hati apabila syeikh mula membacakan doa. Sayu dan penuh sifat kehambaan dalam doa syeikh. Sekali lagi airmata bagai air paip yang mengalir. Hamba cuba menahan airmata dari terus mengalir. Tapi hamba tewas kerna sesungguhnya Allah mengkhendakkan hamba menangis.
Alhamdulillah. Terima kasih kepada Allah SWT kerna memberikan peluang kepada hamba untuk menangis hari ini. Hamba rasa lebih tenang dan semangat sekarang. Alhamdulillah. Mungkin ini salah satu rancangan Allah untuk menyedarkan hamba yang sering leka ini. (T__T)
p/s: tidak dapat diungkap apa perasaan ari ni.. SubhanaAllah.. hanya Allah yang mengerti. semoga perasaan ini akan kekal dalam hati ini.. amin.. (n_n)
p/s: insyaAllah, hamba akan cuba mencoret kesimpulan yang hamba dapat semasa majlis ilmu syeikh di entry selepas ini.. semoga Allah permudahkan.. amin...
No comments:
Post a Comment