Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Sunday, June 19

Bila Aku Sudah Tiada

ASSALAMUALAIKUM WBT


Alhamdulillah hamba masih hidup walaupun kesihatan sedikit terjejas akhir-akhir ini. Syukur Ya Allah. Nikmat kehidupan yang sementara amat bermakna buat hamba yang mempunyai banyak khilaf ini. astagfirullah. 






"Bila aku sudah tiada nanti sebagai adik, hampa kena tengok kakak hampa ini" Tiba-tiba ayat itu terlontar dari mulut ibu untukku. MasyaAllah. Mengapa ibu kata begitu? Hampir menangis hamba mendengar kata-kata ibu. Tapi hamba berusaha melontarkan senyuman walaupun ia amat susah untuk hamba. Tiada jawapan yang mampu diluahkan untuk ayat-ayat ibu yang menyedihkan itu.


Ibu masih banyak yang kita perlu kongsi bersama. Masih banyak yang belum mampu anakmu ini luahkan kepadamu. Anakmu ini masih belum dapat membahagiakan ibu.  Mengapa ibu berkata begitu padaku? Mengapa ibu berpesan padaku sedangkan ibu masih ada untuk melihat kami semua membesar? Ibu hanya ibu yang Allah tinggalkan buat kami setelah ayah pergi. 


Ibu itulah insan yang kukenali sebagai ibubapa hamba sejak ayah pergi menghadap Illahi. Hanya ibu tempat meluahkan rasa dan menagih kasih sayang. Ibu amat mengenali anak-anaknya. Setiap tingkah laku anak-anak sudah ibu tahu puncanya. Setiap apa yang tidak kena pasti diketahui oleh ibu walaupun kami tidak menyatakan pada ibu.


Sekarang kami dah semakin membesar, adik bongsu hamba yang dulu ayah tinggalkan masih berusia 4 tahun, kini sudah berusia 15 tahun. MasyaAllah. Cepatnya masa berlalu. 


Ibu tiada kata yang mampu anakmu luahkan untuk menyatakan bertapa anakmu ini menghargai pengorbanan dan kesusahan yang ibu lalui sepanjang hidup ini dalam mendewasakan kami. Terima kasih untuk semua nya wahai ibu. Ku mohon Allah mengasihimu seperti mana kamu mengasihani kami. amin.


SAYA SAYANG IBU SAYA!




p/s: tiba-tiba hati ini terasa ingin berkongsi tentang insan yang kukasihi ini. Hamba harap hamba sempat membalas jasa ibu sebelum hamba menhadap Illahi. amin. 

No comments: