Keluarga adalah sesuatu anugerah indah yang Allah SWT telah berikan pada hamba di dunia ini. Walaupun keluarga adalah satu pinjaman dan harus di kembalikan apabila tiba masanya namun ia adalah pinjaman yang indah dan hamba tidak pernah menyesal kerna memilikinya. insyaAllah. Hamba berterima kasih kepada Allah SWT kerna telah menganugerahkan sebuah keluarga yang besar dan saling kasih-mengasihi. insyaAllah. Alhamdulillah..
Wahai saudara yang sedarah denganku,
Sesungguhnya aku bahagia kerna Allah takdirkan kita bersama,
Dengan redha Nya dapat kita bersaudara di dunia yang sementara,
Walaupun hidup hanya seketika,
Namun ia tetap hadiah yang tinggi nilainya.
Wahai saudara yang sedarah denganku,
Walaupun ayah pergi buat selamanya,
Namun masih ada ibu yang kita cinta,
Sebagai penguat kasih kita,
Menjadi pendokong kejayaan kita.
Wahai saudara yang sedarah denganku,
Perwatakan kita memang berbeza,
Namun itu bukan tanda perpecahan buat kita,
Kerna ukhwah yang terbina sukar di pisahkan,
Lantaran darah yang mengalir adalah sama.
Wahai saudara yang sedarah denganku,
Pelbagai dugaan datang melanda,
Keluh kesah dan hati pun hiba,
Ibu melihat bermuram durja,
Kerna kita tidak seperti sedia kala.
Wahai saudara sedarah denganku,
Berbeza pendapat bukannya titik perpisahan buat kita,
Kerna ia sekadar dugaan yang datang melanda,
Kita tetap bersama kerna ibu ada bersama,
Kasihnya ibu menyatukan kita.
Wahai saudara sedarah denganku,
Pertemuan ini amatlah bermakna,
Aku harap kita dapat terus bersama,
Kerna ibu perlukan kita,
Walaupun tempat tinggal kita mungkin berbeza.
p/s: hamba dedikasikan nukilan ini khas buat keluarga tercinta. (n_n)
No comments:
Post a Comment