ALLAHUAKBAR. ALLAHUAKBAR. ALLAHUAKBAR
Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. insyaAllah.
Alhamdulillah. Akhirnya hamba sempat mencoret jawapan bagi soalan yang di ajukan kepada hamba di laman sesawang facebook. Hamba belum pun sempat untuk menjawab soalan itu kerna hamba bukan seorang yang mahir dalam menjawab soalan-soalan yang berkaitan hal ini. Tetapi hamba akan usahakan menjawab soalan yang di ajukan kepada hamba. InsyaAllah. Dan hamba mohon Allah SWT permudahkan hamba dan melapangkan fikiran untuk menjawap persoalan yang di utarakan kepada hamba. amin ya rabb.
Soalan yang di tanyakan kepada hamba ia berkenaan jodoh lewat. Hamba penah menulis mengenai jodoh ini di sini sebelum ini. Tetapi mungkin isinya masih belum mampu menjawap persoalan yang di ajukan.
Jodoh lewat? Apakah yang menentukan jodoh itu lewat atau cepat? Hamba penat berfikir untuk merungkai masalah ini. Akhirnya seorang teman mengatakan bahawa jodoh lewat ini dikaitkan dengan seseorang lelaki atau perempuan itu masih belum berumah tangga walaupun umurnya hampir mencecah 30 tahun. MasyaAllah, begitu rupanya yang dikatakan jodoh lewat. Bagi hamba itu perkara biasa kerna jodoh adalah berkaitan takdir dan ia adalah dalam perancangan Allah SWT. Jodoh adalah urusan Allah, maka sabarlah menanti ia hadir dalam hidup kita.
Allah Taala berfirman:
“Segala sesuatu itu di sisi Allah adalah dengan ketentuan takdir.” (Q.S. Ar-Ra’d:8)
Jadi jika jodoh itu belum sampai maknanya Allah SWT belum mengkhendaki kamu untuk bernikah. Ingatlah perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik. Jangan cepat mengeluh dan bermuram durja kerna menanti jodoh yang belum kunjung tiba. InsyaAllah, cepat atau lambat jodoh itu pasti akan tiba selagi maut tidak datang menjemput.
Allah SWT berfirman :
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. 2 : 216).
Berdoa dan teruskan berdoa sehingga jodoh itu datang kepada anda. Dan jangan lupa persiapkan diri dengan ilmu serta bersedia hadapi tanggungjawab dan cabaran yang bakal di hadapi di alam perkahwinan. Perkahwinan adalah berkaitan tugas dan tanggungjawab, maka persiapkan diri dengan sebaik-baiknya supaya tidak terkejut di masa depan. insyaAllah.
Semasa belum bernikah inilah masa terbaik untuk kita memperbaiki batiniah dan lahiriah kita supaya kehidupan selepas dunia perkahwinan dapat dijalani dengan baik. insyaAllah. Jika anda seorang lelaki mungkin anda perlu persiapkan iman serta ilmu yang banyak untuk menjadi pemimpin keluarga dan membawa kepada keluarga yang sakinah. Dan jika anda seorang wanita mungkin ini masa terbaik untuk anda mendalami ilmu dan menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri kerna seorang anak mencontohi sikap dan tingkah laku ibubapanya. insyaAllah.
Ada juga yang bertanya kepada saya, mereka takut di keji, di cemuh dan di fitnah lantaran mereka yang belum berumah tangga walaupun usia mereka sudah makin meningkat. Astagfirullah. Nauzubillah hi minzalik. Jika mereka mencemuh ingatlah sentiasa bahawa mereka itu hanya makhluk, mereka tidak punya apa-apa kuasa dan tidak bisa memudaratkan kehidupan kita. Yang punya kuasa Allah SWT. Jadi jangan takut akan ancaman manusia, semoga Allah SWT memberi hidayah kepada mereka dan menyedari kesilapan mereka. amin ya rabb.
Jadi kepada kekasih dan hamba-hamba Allah SWT sekalian, jangan pernah putus harapan terhadap Allah berkaitan jodoh ini. Allah SWT telah merancang yang terbaik buat anda, jadi jangan bimbang k. Allah kan ada sebagai pendamping. (n_n).
insyaAllah hamba akan berkongsi doa yang boleh di amalkan berkaitan jodoh ini.
amalkan selalu supaya Allah mudahkan jodoh. insyaAllah
p/s: kepada insan yang bertanya kepada hamba berkenaan jodoh ini, hamba harap jawapan hamba ini membantu dan dapat merungkai masalah yang di hadapi. Maafkan hamba kerna hamba memang kurang mahir dalam menjelaskan sesuatu permasalahan. harap Allah SWT memudahkan jodoh kalian semua dan merahmati rumah tangga yang bakal terbina serta semoga Allah SWT mengikat jodoh yang terbina itu hingga ke syurga. amin ya rabb..
No comments:
Post a Comment