Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Thursday, June 16

Permata Yang Tersembunyi

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah Allah SWT masih memberikan kesempatan hidup buat hamba insan yang penuh dosa dan hina ini. Astagfirullah. Hamba bukan seorang yang mahir dan berpendidikan khas dalam bidang agama ini, namun hamba ditakdirkan oleh Allah SWT untuk bertemu dengan insan-insan yang ingin bertanyakan persoalan yang menguji kepahaman hamba yang cetek ini. Hamba berdoa semoga hamba dipermudahkan dan diberikan kefahaman yang baik oleh Allah SWT untuk menjawap dan mengurai soalan yang dikemukakan. amin. InsyaAllah. 

Sebelum hamba menjawab soalan yang diberikan izinkan hamba berkongsi video yang mempunyai kaitan dengan persoalan yang di ajukan kepada hamba. insyaAllah. 




Hijab, tudung, jilbab, n pelbagai nama lain yang diberikan khas kepada tuntutan Allah SWT terhadap kaum wanita ini untuk menutup rambut, alur leher dan belahan dada. Paling jelas sekali banyak kaum wanita yang telah memakai hijab ini sekarang. Alhamdulillah. Syukur Ya ALLAH.

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [ An-Nur (24):31].

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 

Namun bukan itu yang hamba ingin nyatakan di sini. Persoalan yang hamba terima adalah mengenai "Tidak panas ker pakai tudung besar?". Hamba tersenyum sendiri apabila membaca soalan itu di fb hamba. Bukan kerna hamba gelakkan soalan itu sebaliknya ada sambungan lain yang menyebabkan hamba terasa soalan itu sangat menarik untuk hamba kupas. alhamdulillah. Insan yang bertanya pula masih kanak-kanak. Syukur kepada Allah SWT kerna telah mengerakkan hatinya untuk bertanya hal itu pada hamba. insyaAllah.

Hamba belum pun menjawab soalan nya kerna hamba telah mendeactivate fb, tapi hamba telah berjanji padanya akan memberi jawapan yang baik buatnya. insyaAllah. 

"Tidak panas ker pakai tudung besar?'. Alhamdulillah. Pada fikiran hamba yang hina dan jahil ini, tuntutan pemakaian tudung atau berhijab bukan bergantung pada situasi sebaliknya ia kewajiban sebagai wanita muslimah. Jadi walau panas atau sejuk, pemakaiannya tetap wajib dilaksanakan bila ingin berhadapan dengan yang bukan muhrim kita. insyaAllah. Lagi pula panas dan sejuk itu datangnya dari Allah SWT, jadi mengapa takut panas sedangkan di akhirat lagi panas kerna kita bakal di bakar di api neraka akibat kecuaian kita dalam melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah SWT. astagfirullah, nauzubillah hi minzalik.

Wahai adikku sayang, panas di dunia hanya ujian buat kita, tetapi panas di akhirat adalah hukuman buat kita manusia yang engkar. astagfirullah. 

Wahai adikku yang di kasihi Allah SWT, sama juga klu adik pakai baju, panas tak pakai baju?
kadang-kadang panas kan? Abis kalau panas adik tidak mahu pakai baju lagi ker? Mesti adik tetap pakai baju kan? Hmm.. Jadi adik dah dapat jawapan dari persoalan adik sendiri. 

Wahai adikku yang di terangi cahaya dari Illahi, pemakaian tudung bukan sahaja-sahaja di wajibkan kepada manusia, sebaliknya ada pelbagai alasan yang baik mengapa pemakaian tudung ini di wajibkan. Pemakaian tudung bukan kerna fashion atau trend sebaliknya ia berkaitan agama itu sendiri. wallahuallam.

Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” 
[Al-Ahzab (33):59]. 

manis kan adikku sayang bila nampak muslimah pakai begini. (n_n)


p/s: selesai sudah menjawap persoalan yang diberikan. hamba harap jawapan yang hamba berikan dapat memuaskan hati adik hamba itu. amin. insyaAllah. hamba juga masih baru dalam arena ini. jadi mohon tunjuk ajar dari insan-insan yang berkenaan untuk betulkan hamba. insyaAllah. 

p/s 2: kepada adik hamba yang bertanya itu, cuba ambil iktibar dari ayat ini. insyaAllah.

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".

Jadi ayuh buat semuanya niat kerna Allah SWT. insyaAllah. selamat beramal wahai adik ku sayang. (n_n)  

No comments: