Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Tuesday, June 7

Kemewahan itu.




Hati ini selalu menginginkan sesuatu yang luar biasa dan berlainan dari orang lain. Namun semua itu langsung TIDAK membantu dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT. Itu hanya kehendak dan bukanlah keperluan kita dalam kehidupan. Alangkah ruginya kita kerna sering terperdaya dengan tipu daya syaitan terhadap kita dan membazir kejalan yang tidak sepatutnya. Astagfirullah.. (T__T)


Ingin sekali rasanya memandu kereta mewah seperti BMW, Mercedes, Lambogini, dan kereta mewah lain. Tetapi terdetik di hati ini, adakah ia suatu keperluan atau kehendak?? Sekiranya kereta saga atau kancil sudah memadai buatku, mengapa aku perlu kereta mewah sebegitu? Bagaimana nanti semasa aku dipersoalkan di akhirat nanti, untuk apa aku memiliki kereta mewah itu sedangkan kereta saga atau kancil itu sudah cukup bagiku? Apakah jawapan yang akan ku berikan?? (T__T)



Setiap kali gaji ada sahaja barang yang ingin kita beli. Kasut, beg, pakaian baru. Kita ingin membeli semuanya seolah-olah kita tidak punya apa-apa. Sedangkan kasut kita masih cantik, beg kita masih baru, baju kita masih boleh digunakan. Jadi mengapa kita ingin membeli semua yang baru sedangkan semuanya masih elok dan masih boleh di gunakan?



 Daripada Al-Quran, surah Al-Fuurqan (25), ayat ke 67:
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu."



Ingatkan diri selalu bahawa kita akan dipertanggungjawabkan di mashyar tentang semua perbuatan kita di dunia. Kita perlu mempunyai jawapan buat semua perkara yang pernah kita lakukan. Jadi pikirlah, jika nanti di mashyar kita akan dipertanggungjawabkan tentang kereta mewah, beg, kasut, pakaian yang telah kita bazirkan itu. 


Apakah jawapan yang akan kita berikan? 


Tidak cukupkah segala yang kita punya hingga kita selalu berlebih-lebihan? 


Untuk apakah semua itu? keperluan atau kehendak?


Mengapa kita selalu bermegah-megah sedangkan sederhana itu lebih baik?


Lidah akan terkunci saat itu, maka amalan kita akan menjawap. Maka tewaslah kita kerna kealpaan kita yang sedikit ini. Astagfirullah.. Sesungguhnya kita telah terjerat dengan nafsu kita sendiri. Nafsu telah menjadi tuan dalam diri kita sehingga kita tidak dapat membezakan yang mana perlu dan tidak perlu.. isk3.. sedihnya terhadap diri sendiri kerna sering lalai hingga menjadi hamba dunia.. astagfirullah..



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” (
Riwayat al-Ibn an-Najjar)


p/s: insyaAllah.. hamba cuma bermuhasabah hati tentang hal ini kerna kadang-kadang hati ini lalai dan melakukan yag tidak sepatutnya dan melampaui batas. Jadi entry begini sebagai peringatan buat diri sendiri. InsyaAllah.. selamat beramal buat diri sendiri dan anda semua.. Assalamualaikum.. (n_n)

No comments: