Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Friday, July 1

Panggilan Misteri



Hadis Abu Hurairah r.a katanya: 
"Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima kewajipan bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah"


JOM SEBARKAN SALAM DAN SENYUMAN SESAMA KITA!. INSYAALLAH.. (n_n)

ASSALAMUALAIKUM WBT
.............................................................................................................

Kejadian yang agak pelik menimpa hamba kebelakangan ini. Tapi hamba berlagak kool dan tidak menghiraukannya sangat sedangkan pada hakikatnya perkara tersebut mengganggu fikiran hamba. Satu persatu petunjuk di berikan kepada si fakir ini. astagfirullah.

Hamba menerima "teguran" yang cukup baik daripada seseorang melalui email hamba. "Dia" memberikan nasihat yang amat bermakna buat hamba. Walaupun pada awalnya sukar menerima "teguran" itu namun apabila hamba berfikir kembali berulang kali. "Teguran" itu amat patut hamba ambil dan memuhasabah diri akibat kekhilafan dan kecuaiaan hamba tidak menitik beratkan hal ini. Yang paling mengherankan hamba, hamba tidak mengenali siapa "dia" yang menegur hamba itu. Hamba pernah bertanya siapakah "dia" namun dia tidak membalas email hamba lagi. Mungkin "dia" sekadar ingin menasihati si pendosa setia ini. astagfirullah. 

Kejadian pelik terus berlaku dalam hidup hamba. Kali ini hamba menerima "panggilan misteri" pula. Agak menakutkan kerna "panggilan" hanya di terima seawal 2.30 pagi setiap hari. Hamba pernah menggangkatnya sekali namun tiada suara yang kedengaran. Akhirnya hamba tidak pernah menggangkatnya lagi walaupun "panggilan" di terima setiap hari. Yang agak memusykilkan hamba adalah hanya angka "00" yang muncul di skrin telefon hamba. Hamba menceritakan hal ini kepada abang ofis hamba. Dia kata itu "panggilan maut". Hamba cuba berfikiran positif dan tidak mempedulikan tentang "panggilan" itu sangat. Tetapi akhirnya kakak hamba berkata "mungkin dia nak kejut hg solat tahajud kot". Ya Allah! Mungkin benar sangkaan kakak hamba itu. Jadi hamba berterima kasih pada "si pemanggil misteri" itu kerna menelefon hamba setiap hari. (n_n). Semoga Allah SWT sahaja dapat membalas jasa anda. 


p/s: kesimpulannya mungkin ada " hamba-hamba Allah" yang ingin mentarbiah hamba ke arah kebaikan. Dan hamba sangat berterima kasih kepada Allah SWT kerna menggerakkan hati insan-insan ini untuk menasihati dan mengingatkan si fakir dan pendosa setia ini. astagfirullah. Semoga "petunjuk" selalu datang dalam hidup hamba kerna hamba banyak khilaf dan silap yang masih bersisa di dalam hati ini. Semoga dengannya hati akan lebih tenang dan di arahkan kepada kebaikan. amin. (T__T)...

No comments: