‘Sesungguhnya seorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman
oleh kedua duanya, maka gugurlah dosa mereka sepertimana berguguran daun
dari pokok yang kering ditiup angin kencang, melainkan kedua duanya
diampunkan segala dosa mercka walaupun banyak seperti buih di lautan.’
(Riwayat Thibrani)
........................................................................................................
Peristiwa yang menarik dan memberi hidayah sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Masjid Negeri, Shah Alam.
PERISTIWA 1
Sesampai di Masjid Negeri, Shah Alam, Hamba terus memulakan langkah untuk membuat perkara sepatutnya apabila berada di masjid. Hamba pun mencari tempat yang agak tersembunyi untuk membuat perkara tersebut. Sahabat hamba pula duduk jauh dari hamba, seusai abis hamba menyelesaikan perkara tersebut hamba pun pergi kembali ke tempat sahabat, sahabat hamba sedang berbual mesra dengan seorang makcik yang baru di kenali di situ. Tangan di hulur untuk bersalaman dan tandanya ukhwah telah terbina. Makcik itu sangat mesra dan lembut orangnya. Alhamdulillah. Makcik menjemput kami ke rumahnya namun kami tidak dapat memenuhi undangan kerna perlu segera pulang setelah selesai majlis ilmu itu. Namun insyaAllah, jika di izinkan Allah pasti kami akan sampai ke rumahnya. insyaAllah. Semoga Allah panjangkan dan redhai ukhwah yang terjalin di Masjid Negeri Shah Alam. InsyaAllah.
PERISTIWA 2
Majlis bermula dengan solat sunat tasbih yang di imamkan oleh Tuan Guru Syeikh Nurudin Al-Banjari. Syukur dan gembira kerna solat berimamkan seorang ulama dan tuan guru yang hebat. Alhamdulillah. Selesai solat sunat dan berzikir sebentar . Tuan Guru memulakan bicara dengan berpandukan kitab yang di tulisnya bertajuk “ Al-Mujarabat Al- Makkiyah”. Selepas itu majlis di teruskan dengan dendangan Qasidah Burdah dari para-para daie. Sungguh sedap bunyi dan alunannya. MasyaAllah. Berbekas di hati hamba ini.
PERISTIWA 3
Selesai sudah majlis ilmu Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari, hamba dan sahabat hamba terus beransur untuk pulang. Semasa di dalam teksi, encik pemandu teksi itu memulakan bicara dengan kami. Hamba dan sahabat mendengar ucapan pemandu itu dengan teliti mengenai islam. MasyaAllah, hamba kagum dengan sikap encik pemandu tersebut, kerna apabila ada pelancong meminta pendapatnya untuk membawa mereka melawat tempat-tempat menarik. Beliau pasti akan membawa para pelancong itu melawat tempat yang berkaitan islam seperti muzium, masjid. Katanya, dia ingin memperkenalkan tentang islam kepada para pelancong itu yang majoritinya bukan beragama islam. Dia ada mengatakan bahawa, dia tidak mampu untuk menerangkan tentang islam tapi ia boleh memperkenalkan para pelancong ini kepada individu-individu yang layak untuk memberikan penerangan yang jelas mengenai agama islam ini. Dia menyokong sekumpulan jemaah yang berdakwah untuk agama islam, kerna ia adalah kerja manusia sebagai khalifah di muka bumi. Katanya lagi, “jika kita tidak mampu untuk berdakwah, cukuplah sekadar kita menyokong usaha dakwah orang lain.”
PERISTIWA 4
Semasa dalam perjalanan untuk singgah di masjid al-hidayah AU3 Keramat, hamba dan sahabat hamba menaiki sebuah teksi. Semasa di dalam teksi, pemandu itu memanggil kami dengan gelaran cikgu. MasyaAllah. Beliau berkata bahawa kami seperti cikgu lantaran pakaian kami dan cara kami. Hamba hanya tersenyum tanpa mengatakan apa-apa. Pemandu itu akhirnya menyatakan hasratnya untuk mengambil sahabatku menjadi menantunya kerna katanya orang islam harus memakai purdah/niqab kerna ia melambangkan peribadi mukmin. Terkedu hamba saat pemandu itu mengatakan begitu. Hamba hanya tersenyum kerna sahabat hamba mula malu-malu. Yang menarik perhatian hamba, apabila pemandu itu berkata, jika menjadi menantunya, sahabat hamba tidak perlu pergi bekerja kerna tempat isteri hanya di rumah. masyaAllah. Seronoknya dengar.. heheh…
PERISTIWA 5
Alhamdulillah, setelah seminggu hamba berusaha mencari di manakah lokasi surau Al-Hidayah AU3 Keramat akhirnya Allah izinkan hamba dan sahabat untuk sampai di sana. Syukur Ya Allah! Sekarang mudahlah bagi kami untuk mengikuti majlis ilmu di surau tersebut. insyaAllah….
p/s: peristiwa-peristiwa ini amat berbekas di hati hamba lantaran terlalu banyak yang hamba dapat belajar darinya. Terima kasih kepada Allah SWT kerna mengasihi hamba dan menunjukkan perkara kebaikan kepada hamba. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment