ASSALAMUALAIKUM WBT
Indahnya sabar dan syukur hingga Allah SWT telah di mengulangnya berkali-kali di dalam Al-Quran. Allah berfirman bahawa balasan keimanan buat umat yang bersyukur dan sabar dalam ujian yang menimpa mereka. Jom sama2 sematkan sifat sabar dan syukur dalam diri. InsyaAllah...
"Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur" (Al-Baqarah:152)
"Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya." (Al-Baqarah:172)
Oleh itu, makanlah dari apa yang dikurniakan Allah kepadamu dari yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu menyembah-Nya.(Al-Nahl: 114)
"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’, satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!."(Saba:15)
"Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala bukan menyembah Allah, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepada-Nya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan."(Al-'Ankabut:17)
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya):Bersyukurlah kepada Allah Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu terpulanglah kepada dirinya, dan sesiapa yang ingkar dan tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." (Luqman: 12)
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu." (Luqman:14)
p/s: semoga kita semua dapat menyemaikan sifat sabar dan syukur ini. Dan dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.. selamat beramal wahai diri dan sahabat-sahabat sekalian.. salam mujahadah... (n_n)
No comments:
Post a Comment