Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Monday, July 4

Surat dari Si Mawar Berduri




kehadapan ikhwan yang cintakan Allah,
maafkan aku kerna tidak menjawap salammu,
tetapi padaku,
salammu bakal menjadi fitnah dalam hidupku,
jadi aku haruslah mengelakkan fitnah itu,
kerna maruahku harus aku utamakan.


kehadapan ikhwan pejuang agama,
maafkan aku kerna aku tidak memandang wajahmu,
apabila engkau berbicara denganku,
bukan niatku untuk mengecilkan hatimu,
tetapi jika pandangku tepat di wajahmu,
ku takut hadir sesuatu dihati ini.


kehadapan ikhwan yang budiman,
maafkan aku atas ketelanjuran diriku,
bukan niatku untuk berbicara kasar denganmu,
tetapi tuntutan melarang aku berlembut denganmu,
tetapi kasarku bukan bertujuan untuk tidak beradab di hadapanmu.

kehadapan ikhwan yang dikasihi Allah,
maafkan atas semua ketelanjuran yang menguris hatimu,
aku tidak berniat untuk menyakiti kamu,
aku lebih rela menyakiti kamu dari menyakiti hati Kekasihku,
maafkan aku atas semuanya.

Semoga Allah merahmatimu wahai ikhwan. 

No comments: