Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Wednesday, July 13

Cemburunya Si Wanita kepada Bidadari Syurga

ASSALAMUALAIKUM WBT


Kebelakangan ini hamba banyak terbaca mengenai bidadari syurga yang asyik di ungkapkan oleh kaum adam. Rasa menarik hal ini lantaran diri ini adalah seorang wanita. Sememangnya muncul rasa cemburu di hati kerna si bidadari adalah idaman kaum adam walaupun si bidadari hanya ada di syurga.Cemburu ini bukannya kerna hasad dengki atau membenci ketetapan Allah SWT sebaliknya muhasabah buat diri buat wanita lantaran wanita ini perlu bersaing dengan bidadari dalam meraih hati suami mereka. Namun teringat hamba mengenai pertanyaan Ummu Salamah kepada Rasulullah...

Daripada Ummu Salamah,katanya. .(dalam sebuah hadis yang panjang)  

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” 

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” 

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” 

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning –yakni emas- rantai mereka daripada permata ,sikat mereka daripada emas . 


Lalu mereka berkata : kami kekal –didalam syurga- dan kami tidak akan mati lagi , kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal –didalam syurga dan kami tidak akan berpindah , kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah , beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan )untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami . 

Lalu Ummu Salamah bertanya lagi : Wahai Rasullallah , ada dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki , atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian , cerai atau lainnya) , kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga , maka siapa yang akan menjadi suaminya (didalam Syurga) , 

Baginda menjawab : dia akan memilih yang terbaik dikalangan mereka dari segi akhlak... (riwayat al-Tabrani)

Jadi wanita solehah itu lebih baik dari bidadari dan wanita solehah itu ada di dunia. Wah! Di dunia juga telah di nyatakan siapakah bidadari syurga itu. MasyaAllah.. 

Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :
“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Sesungguhnya sang bidadari ini sedia menunggu para syuhada untuk mereka temani di syurga. Jika si isteri itu taat pada Allah, Rasul dan suaminya maka mereka adalah bakal ratu bidadari di syurga. 

Namun begitu, sang bidadari itu penah bersumpah bahawa:
"Tidak ada seorang isteri yang menyakiti suaminya di dunia melainkan bidadari yang menjadi pasangannya berkata: "Jangan engkau sakiti dia -semoga Allah melaknatmu- sesungguhnya dia hanyalah bertamu (di rumahmu), hampir saja dia berpisah meninggalkanmu menuju kami.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).

Jadi makin tebal lah cemburu sang wanita itu kepada si bidadari syurga ini. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui. MasyaAllah... Bertuahnya sang suami kerna memiliki sang bidadari yang sedia menunggu mereka di syurga. 

Cantiknya sang bidadari itu ada di nyatakan di dalam beberapa surah dalam Al-Quran

Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (Ad-Dukhan:54)

Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya. (Al-Waqi’ah:22)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (Al-Waqi’ah:35-36)
Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad:52)
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (Ar-Rahman:56-58)
Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (As-Saffat:48)
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahman:70)
MasyaAllah. Besarnya nikmat Allah SWT kepada manusia. Jadi nikmat mana lagi perlu kita dustakan??
Jadi kisah sang bidadari syurga ini sebagai penguat semangat kepada kaum lelaki untuk berjihad ke jalan Allah dan muhasabah kepada para wanita untuk menjadi wanita solehah dan RATU BUAT SI SUAMI DI SYURGA!
SELAMAT BERAMAL DAN SELAMAT TINGKATKAN IMAN KERNA ALLAH SWT!

p/s: hadith ehsan daripada blog menanti cintaNya.. terima kasih kakak... (n_n)

No comments: