Jika pun harus bersama dengan manusia, jadikan cinta kepada manusia itu untuk menuju kecintaan abadi dan suci terhadap ALLAH. Mereka yang tekun beribadah akhirnya akan dapat kesimpulan 'makna cinta sebenar'. Sebaliknya mereka yang mengabaikan kecintaan pada ALLAH akan berakhir sebagai "mangsa cinta". Bercintalah kerana ALLAH, bila mana kamu melihat dia mencintai ALLAH, kamu suka akan peribadi dan akhlaknya yang cintakan ALLAH dan kamu yakin dia boleh menjadi kekasih yang dapat membimbing kamu bertemu kekasihmu yang sejati iaitu ALLAH S.W.T. Berpisahlah kerana ALLAH. Bila mana kamu rela meninggalkan dirinya kerana sayangnyA kamu pada ALLAH, kamu enggan berbuat maksiat kerana malu pada ALLAH. Di saat itu kamu rasa berbaloilah tinggalkan dia...
p/s: khas buat sahabatku lina.. thanx yer shbat kerna mengajar ku sesuatu.. (n_n)
No comments:
Post a Comment