Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Monday, July 25

Hamba dan Kerja Sekolah

ASSALAMUALAIKUM WBT

Ahad bersamaan 24/07/2011, bermulalah kerjaya baru untuk hamba. Kerjaya baru ini agak mencabar lantaran diri ini tidak mahir dan tiada latihan khas. isk3. Semangat hamba memulakan tugas walaupun pada mulanya agak kekok.


Kerjaya baru hamba adalah mengajar anak-anak buah hamba membuat kerja sekolah. MasyaAllah, sungguh mujahadah tugas ini kerna anak-anak sangat suka bermain waktu belajar.  


(anak-anak tak perasan hamba snap gambar mereka.. hehe..masing-masing khusyuk buat kerja sekolah)

Mereka sebenarnya tertarik nak bermain mainan ini, soalan berkenaan mainan ini lebih banyak berbanding soalan kerja sekolah mereka.. heheh....

(mereka seronok sebab ada monyet.. heheh)

Lumrah kanak-kanak, apabila melihat mainan terus lupa nak belajar. Hamba dulu pun macam tu, penat mak dan ayah marah.. hehe... 

Hamba doakan anak-anak hamba ini berjaya dunia dan akhirat. Semoga mereka menjadi mujahid dan mujahidah agama suatu hari nanti. ameen...

2 comments:

penchacaiz said...

tetiba rasa nak jadi kanak2 balik...huhu

leh main2. sahabat r.a kecik2 lagi dah fikir dakwah.

btw. kanak2 di bangladesh umur 5 tahun sudah pandai ikram jamaah yang datang kg mereka. tak macam kanak2 malaysia yg masih lari sana dan sini dlm masjid. huhu

nam said...

farid: macam best jadi kanak-kanak.. heheh...

masyaAllah... kecik2 dah fikir dakwah.

kanak2 malaysia masih main sbb budaya dakwah tidak di semai dalam hati mereka.. mereka lebih terkesan dengan citer kartun dan mainan dari dakwah.. jadi tugas ibubapa untuk sematkan budaya dakwah ni dalam diri anak2.. wallahuallam...