Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Friday, July 22

Tolong Ingatkan Saya

ASSALAMUALAIKUM WBT

Tolong ingatkan saya,
kerna saya pelupa orangnya.


Tolong ingatkan saya,
bahawa kasih Allah lebih bermakna buat saya.


Tolong ingatkan saya,
Bahawa kasih sayang Allah tidak mampu dihitung oleh saya


Tolong ingatkan saya,
Bahawa kasih sayang manusia hanya sementara.


Tolong ingatkan saya,
Bahawa kejayaan manusia hanya dalam agama.


Tolong ingatkan saya,
Kejayaan manusia hanya apabila dia berada di syurga.



Tolong ingatkan saya,
Kekayaan hanya membuat saya alpa.


Tolong ingatkan saya,
Amal ibadat lebih utama dari harta.


Tolong ingatkan saya,
Bahawa redha Allah bergantung pada redha ibubapa.


Tolong ingatkan saya,
syurga saya di bawah tapak kaki ibu saya.


Tolong ingatkan saya,
andai diri kadang-kadang lebih pemarah dari pemaaf


Tolong ingatkan saya,
Supaya mengasihi sesama manusia.


Tolong ingatkan saya,
Kerna saya sentiasa lupa saya hanya menumpang di dunia.


Tolong ingatkan saya...
Tolong ingatkan saya...
Tolong ingatkan saya...
kerna saya sentiasa terlupa.

No comments: