ASSALAMUALAIKUM WBT
Wahai Saudari ku sayang,
Maafkan saya kerna tidak menegur kamu,
Bukan niatku membiarkanmu terus hanyut,
namun apakah dayaku,
kamu hanya memandang sepi pandanganku.
Wahai Saudari ku sayang,
maafkan saya kerna membiarkan kamu berlalu pergi tanpa pesanan,
Bukan saya tidak ingin memberi pesanan kepada kamu,
tetapi pesananku hanya lagu yang tidak sedap untuk di dengari olehmu,
sepatah pesananku hanya membuatkan kamu membenciku.
Wahai Saudari ku sayang,
maafkan saya kerna tidak memandang kamu,
Kamu terlalu cantik untuk di lihat oleh ku,
Kecantikan kamu juga menjadi tarikan para adam selalu,
Kamu tersenyum simpul berlalu di hadapan para lelaki itu.
Wahai Saudari ku sayang,
maafkan saya kerna memekak kan telinga apabila kamu ingin bercerita,
Bukan saya tidak mahu mendengar ceritamu,
Tetapi cerita kamu menjadikan saya pemakan daging saudara sendiri,
Seperti mana saya tidak mahu saudara saya memakan daging saya,
saya juga tidak mahu memakan daging mereka.
Wahai Saudari Ku sayang,
Maafkan saya kerna tidak dapat keluar bersama,
Bukan saya tidak sudi keluar denganmu,
Tetapi saya bimbang tarikan yang ada padamu menjadikan diri ku kurang selesa,
Bukan saya mencemburui kamu sebaliknya saya malu apabila menjadi bahan tarikan di luar sana.
Wahai Saudari ku sayang,
Maafkan jika saya mengajakmu ke kuliah agama,
Ajak kan ku bukan bermakna kamu kurang didikan agama,
Sebaliknya aku ingin kita menambah ilmu yang ada,
supaya senang tingkatkan iman dan amal untuk menghadap Yang Maha Esa.
Wahai Saudari ku sayang,
Maafkan saya kerna terus membisu,
bukan saya tidak sudi berbicara denganmu,
tetapi saya bimbang bicaraku menguris hatimu,
saya akan doakan perubahan dirimu dalam kebisuan diriku.
Wahai Saudari ku sayang,
apakah dayaku,
sahabat sendiri ku biarkan hanyut,
sesungguhnya saya manusia pendosa,
kerna tidak menasihati kamu sentiasa.
Wahai Saudari ku sayang,
marahlah saya,
pukullah saya,
kerna telah membuat khilaf sepanjang masa,
membiarkan kamu bergelombang dengan dosa.
Wahai Saudari ku sayang,
semoga kita dapat bersama,
merangkak, berjalan dan mendayung bersama,
menuju Allah Yang Maha Esa,
Semoga kita bersahabat selama-lamanya,
kerna kita bersahabat kerna Allah Yang Esa.
No comments:
Post a Comment