Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Friday, July 29

Andai ini saat terakhir ku nikmatinya

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah, bulan yang penuh barakah yang di nantikan saban tahun akhirnya berkunjung juga. Syukur kepada Allah kerna masih memberikan izin kepada hamba-hamba-Nya untuk menjalani satu episod dalam memantapkan iman dan amal. InsyaAllah. 

Puas hati ini berbisik, andai ini kali terakhir ku dapat menikmati nikmat ini bagaimana? Adakah pantas hamba bergelak ketawa tanpa menambahkan timbangan amalan hamba yang hanya sekecil kuman? Adakah layak hamba bergembira dan bersuka ria tanpa mempedulikan nasib hamba di mashyar kelak? Sedih hati ini memikirkan semua itu. Lantas diri mengkaji kembali kenangan silam nikmat puasa tahun-tahun yang lalu. Astagfirullah. Nikmat yang lalu telah banyak hamba persiakan. Alangkah ruginya hamba.

Merintih hati ini memikirkan apakah hamba sempat bersama-sama umat islam lain untuk menjalani ibadah di bulan puasa nanti? Semua itu belum pasti kerna semuanya di tangan Allah SWT. Pada bila-bila masa Dia bakal memanggil hamba pulang kepadaNya. 

Semakin deras tangisan hiba, lantaran memikirkan amal yang tidak seberapa. Masa silam yang di buang sia-sia tanpa mengutip hasil tuaian yang segar-segar dan sihat-sihat untuk di bawak ke mashsyar sana. Rasa terkilan kerna masa lepas di bazir saja.

Jika masih sempat diri ini beribadat di bulan puasa nanti, hamba akan bersyukur kepada Yang Esa, kerna memberikan kesempatan kepada si pengembara yang sesat ini untuk membaiki kesilapan yang lama.

Semoga Allah akan memberikan kesempatan buat hamba untuk menjalani ibadah di bulan ramadhan, bulan yang penuh barakah dan rahmat dari Allah SWT. Semoga pada bulan ini juga hidayah akan sampai kepada hati umat islam seluruhnya. ameen...

p/s: post kali ini hanya sekadar luahan apa yang terbuku di jiwa.. (T_T)

No comments: